JAWAPAN KEPADA MEREKA YANG RISAU MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI ZIMBABWE.

November 12, 2016 Admin 0 Comments

Terdapat beberapa orang yang mengakui dirinya bijak mengatakan bahawa Zimbabwe kini merupakan tanah jajahan China berikutan pelaburan oleh China beberapa tahun kebelakangan ini yang telah membantu menyelamatkan kegagalan ekonomi Zimbabwe.
Sebagai bukti, mereka menunjukkan bahawa baru-baru ini kerajaan Zimbabwe telah membuat Yuan China “tender sah” di sana atau boleh digunakan sebagai mata wang tempatan.


Ini merupakan penipuan semata-mata, memandangkan ramai orang yang tidak faham apa yang telah berlaku di Zimbabwe. Selepas sedekad kegagalan dasar ekonomi bermula pada akhir tahun 1990an (Zimbabwe pernah menerima nasihat daripada Mahathir) yang membawa kepada hiperinflasi puluhan ribu peratus dimana dolar Zimbabwe akhirnya menjadi tidak bernilai, keputusan diambil pada tahun 2009 oleh kerajaan Zimbabwe untuk memansuhkan mata wang domestik dan menggunqkan mata wang lain termasuk dolar Amerika Syarikat (USD) dan Rand Afrika Selatan (ZAR) – proses yang dikenali sebagai penggantian mata wang.
Sejak 2009, mata wang yang kerap digunakan di Zimbabwe ialah dolar AS – tetapi tiada siapa yang mengatakan bahawa Amerika telah menjajah Zimbabwe.
South African Rand juga digunakan secara meluas di samping penggunaan dolar AS tetapi tiada siapa pernah mengatakan bahawa Afrika Selatan telah menjajah Zimbabwe.
Pada Oktober 2015, kerajaan Zimbabwe juga mula mengiktiraf Yuan China untuk kegunaan di dalam negara mereka. Dan pada awal tahun ini, Yuan China juga telah diterima dalam bakul mata wang elit oleh IMF untuk digunakan sebagai mata wang rizab. Tetapi tiada siapa pernah mengatakan bahawa IMF kini dijajah oleh China.
Wang kertas Singapura dan Brunei boleh digunakan sebagai pertukaran di kedua-dua negara. Adakah ini bermakna Brunei telah dijajah oleh Singapura?
Tiada keraguan lagi bahawa ekonomi China telah menjadi sangat penting di dunia dan perdagangan antarabangsa antara China dan dunia telah melonjak.
Peningkatan penerimaan Renmimbi China (atau Yuan) hanya satu pengiktirafan terhadap peningkatan kepentingan ini.
Terjemahan oleh : KKMM

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.