LAGI HARTA JUTAWAN MUDA ADAM ROSLY AMK DIDEDAHKAN !

November 17, 2016 Admin 0 Comments

Nampaknya, puak pembangkang semakin tertekan apabila satu persatu kemusykilan dan persoalan timbul. Sebelum ini, Pulau Pinang menjadi popular but for the wrong reason. Lim Guan Eng DAP dapat memiliki rumah terlajak murah dan sekarang berdepan dengan kes korupsi dan salah guna kuasa.


Turut panas sekarang ialah pendedahan tentang kekayaan seorang ketua AMK bernama Adam Rosly yang baru berusia 28 tahun tetapi sudah memiliki kekayaan melampau.

Bermula dengan pendedahan sebuah 'istana' yang mendapat jolokan 'istana Disneyland' yang bernilai RM1 juta, sekarang semakin banyak lagi pendedahan tentang kekayaannya.


Yang terbaru ialah 2 rumah lagi yang didakwa milik Adam Rosly seperti yang disiarkan di dalam instagram beliau.

Satu rumah di Ampang Saujana Elite.


Dan satu lagi di Putrajaya. Bukan itu sahaja. Budak AMK ini juga telah mempamirkan kereta-kereta mewah beliau yang bernilai ratus ribuan ringgit.


Yang menjadi persoalan besar ialah dimanakah budak AMK ini mendapat kekayaan melampau ini walau pun baru berusia 28 tahun?

Apakah ianya hasil daripada jawatan beliau sebagai Ketua AMK Ampang dan pegawai khas ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin?

Soalan ini timbul kerana ada pihak termasuk blogger pro-pembangkang yang mendakwa budak AMK ini hanya berkelulusan SPM sahaja dan tinggal di rumah kos rendah PPRT sebelum ini : baca sini

DC mudah sahaja. Budak AMK ini perlu isytihar hartanya.

Adam Rosly AMK perlu membuktikan bahawa kekayaan beliau itu adalah hasil daripada keuntungan perniagaan beliau dan keluarga beliau seperti yang beliau dakwa.

Beliau mesti menyenaraikan syarikat perniagaan beliau secara terbuka supaya dapat dinilai oleh rakyat sama ada budak AMK ini bercakap benar atau berbohong besar.

Persoalannya, beranikah budak AMK ini berbuat demikian?

Mudah. Diam maksudnya benarlah segala dakwaan di atas.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.