CUBAAN MENGUBAH SEJARAH ASAL USUL MELAYU

November 30, 2016 Admin 0 Comments

Laman Facebook, The Patriots yang sering memaparkan fakta sejarah baru-baru ini memuatnaik satu artikel menafikan dakwaan yang cuba diungkap satu laman, Malaysian Indian Forum kononnya perkataan Melayu berasal dari perkataaan ‘Malai’ yang diberi Raja Rajendra Cholan.
Artikel itu bagaimanapun dikatakan dipadam Facebook kerana didakwa berunsur rasis. The Patriots juga adalah sebuah pertubuhan berpaksikan kepada kajian sejarah tempatan dan luar negara.
Berikut disiarkan semula artikel penafian berkenaan:
DAKWAAN DANGKAL DAN CETEK MENGENAI SEJARAH ASAL USUL NAMA MELAYU DAN RAJA CHOLAN OLEH ADMIN PAGE MALAYSIAN INDIAN FORUM
1. ASAL USUL MELAYU DARI RAJA RAJENDRA CHOLAN?
Dakwaan :
Kaum Melayu yang kamu semua bermegah-megah dan angkuh itu, adalah nama berian RAJA RAJENDRA CHOLAN (ராஜ ராஜேந்திர சோழன்) seorang India Tamil,dalam abad ke 5 yang bermakna Malai (மலை)=Gunung ; Kaum Gunungan yang beragama HINDU and animisma)
Ulasan :
Walaupun terdapat teori popular yang mengatakan perkataan “Melayu” yang dinisbahkan kepada bangsa Melayu ini berasal dari perkataan “Malai” atau “Malaya”, tetapi perlu diingatkan bahawasannya tiada bukti kukuh yang menunjukkan nama “Melayu” itu diberi oleh Raja Rajendra Cholan.
Perkataan “Melayu” yang tertua direkodkan dalam sejarah dicatatkan dalam buku atlas Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang dilukis oleh seorang Greek bernama Claudius Ptolemius pada sekitar tahun 150 AD.
Dalam peta Aurea Chersonese (diterjemahkan sebagai Semenanjung Emas) yang terdapat dalam atlas tersebut, anda akan menemui perkataan yang disebut sebagai Maleu-kolon atau Malaiu-kolon di mana menurut pendapat Gerolamo Emilio Gerini, kawasan yang dilabelkan sebagai Maleu-kolon itu terletak di sebuah tempat bernama Tanjung Kuantan di Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) kini.
Persoalannya jika nama “Maleu-kolon” sudah dicatatkan dalam peta seorang pengembara Greek yang diterbitkan sejak tahun 150 AD lagi, bagaimana anda boleh mengatakan yang nama Melayu ini diberi oleh seorang raja Tamil yang hidup pada abad ke 11 Masihi?
Dari sini terbukti nama “Melayu” yang merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu kini sudah wujud 1000 tahun sebelum Rajendra Chola lahir ke dunia lagi.
Satu lagi, kami tidak menafikan bahawa ada sesetengah pakar sejarah dan etimologi yang berpendapat bahawa nama Melayu berasal dari perkataan “Malai” atau “Malaiur” dalam bahasa Tamil atau Sanskrit. Namun perlu diingatkan juga bahawa terdapat juga pendapat lain mengenai asal usul etimologi Melayu yang banyak diutarakan oleh pakar sejarah lain.
Ada pendapat yang mengatakan perkataan “Melayu” atau “Malaya” berasal dari perkataan Himalaya di mana dalam bahasa Sanskrit bermaksud Tempat Bersalji. dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari perkataan “Malaya” dalam bahasa Tagalog yang bermaksud “bebas”.
Setakat ini saya pernah belum mendengar pendapat yang menyetujui bahawa nama Melayu itu diberi oleh Rajendra Chola, melainkan pendapat karut tersebut hanya dibuat oleh orang syok sendiri sahaja.
2. RAJENDRA CHOLA MEMBUKA KEDAH TUA?
Dakwaan :
Raja Raja Cholan ayanda Rajendran Cholan adalah Raja terunggul dunia yang pernah wujud : Mengujudkan kerajaan Kadaram (கடாரம்-Kedah ) di lembah bujang (பூஜாங் பள்ளதாக்கு) dan di selatan Kota Kalinggi ( di sorokan kewujudanya )
Sehingga itu, kaum kamu tidak bernama atau bertamadun langsung. Saya tidak berminat untuk memperkecilkan kaum kamu tetapi ingin memperjelaskan fakta dan sejarah semata-mata. Maaf kalau tersinggung. Kalau kamu inginkan rujukan janganlah buat rujukan sejarah dari text gubahan Malaysia yang karut dan dongeng semata-mata. Tetapi rujukan sejarah dari text Thailand, Indonesia, India, Austraia, Singapura, England and Dunia.
Ulasan :
Saya sedikit rasa lucu melihat dakwaan syok sendiri yang dibuat oleh admin page tersebut yang mengatakan Raja Raja Cholan dan Rajendra Chola sebagai “raja terunggul dunia yang pernah wujud”. Dakwaan ini nampak melampau dan seolah-olah memperkecilkan banyak raja agung dalam sejarah dunia, yang jauh lebih agung dari raja-raja Chola seperti Alexander The Great, Aurangzeb, Khalifah Harun al Rasyid, Shih Huang Ti, Peter The Great dan banyak lagi.
Rajendra Chola bukanlah pengasas kerajaan Kedah Tua, jauh lagi mengasaskan Kota Gelanggi. Dalam sejarah, Rajendra Chola hanya melakukan penjarahan sahaja ke atas kerajaan Kedah Tua yang pada masa itu sudah lama wujud dan mempunyai tamadun yang tersendiri. Berdasarkan Prasasti Tanjore yang mencatatkan tempat-tempat yang dijarah oleh Rajendra Chola, tiada disebut langsung nama yang merujuk kepada Kota Gelanggi atau Kalinggi.
Kaum Melayu sudah lama membina tamadun yang gemilang jauh sebelum kelahiran Rajendra Chola lagi. Tamadun tertua yang dibina oleh bangsa Melayu direkodkan terletak di Sungai Batu, Kedah yang sudah wujud sejak tahun 500 SEBELUM MASIHI. Ini kemudian diikuti oleh kerajaan Funan (abad pertama Masihi), Champa (abad pertama Masihi), Sri Dharmaraja (abad pertama Masihi) dan Empayar Srivijaya (abad keenam Masihi). Semua nama ini ialah nama-nama kerajaan yang dibina oleh bangsa Melayu dan sudah wujud sejak Rajendra Chola lahir ke dunia lagi.
3. AGAMA ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU DIBAWA OLEH ORANG TAMIL SAHAJA?
Dakwaan :
Agama Islam di tanah “Malai” ( மலை நாடு-Malai Nadu) adalah usaha Ustaz-Ustaz dan pendakwah-pendakwah Tamil yang datang ke “Malai Nadu” – Tanah Melayu untuk berdagang sambil berdakwah lebih kurang dalam abad ke 14/15 semasa
pemerintahan Parameswara (பரமேசுவரன்) and keturunanya.
Ulasan :
Sangat lucu membaca dakwaan semberono yang dibuat oleh anda sendiri, seolah-olah seperti ingin mengatakan bahawa penyebaran agama Islam di Asia Tenggara hanya dibuat oleh orang Tamil sahaja walhal anda hanya membuat andaian tanpa bukti kukuh.
Penulisan rekod-rekod klasik orang Melayu sendiri kebanyakan menceritakan bahawa pengIslaman raja-raja di Kepulauan Melayu dilakukan oleh pendakwah-pendakwah berketurunan Arab.
Hal ini menjadi bukti kukuh bahawasannya penyebaran Islam di Asia Tenggara secara majoritinya dilakukan oleh orang orang dari Timur Tengah.
Walaupun begitu, kami tidak pernah menafikan yang ada pendakwah dan ulama dari India dan China dalam sejarah, yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di sini, sehingga akhirnya agama ini menjadi agama Persekutuan Malaysia kini mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara kita sendiri.
Sulalatus Salatin (The Malay Annals) dengan jelas menceritakan bahawa Raja Kechil Besar pemerintah Melaka telah memeluk Islam oleh Sayyid Abdul Aziz dari JEDDAH. Raja Kechil Besar kemudiannya menukar namanya kepada Sultan Muhammad Shah (1424 – 1444 M).
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, pengIslaman raja Kedah yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa telah dilakukan oleh seorang syeikh dari BAGHDAD yang bernama Syeikh Abdullah Yamani. Phra Ong Mahawangsa kemudiannya menukarkan namanya menjadi Sultan Mudzaffar Shah (1136 – 1179 M).
Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai, pengIslaman pemerintah kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera, Raja Merah Silu (atau Merah Silau) dilakukan oleh Syeikh Ismail yang berasal dari MAKKAH. Baginda kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikus Salleh (1267 – 1297 M).
Semua tempat yang disebut itu terletak di Timur Tengah, bukannya dari India.
Jadi admin page Malaysian Indian’s Forum selepas ini mohon jangan suka sangat menyebarkan tulisan-tulisan syok sendiri, terutamanya tulisan-tulisan yang memuatkan perkara-perkara palsu dan tidak mempunyai bukti sejarah yang kukuh.
4. BAHASA MELAYU HANYA BERUSIA 600 TAHUN?
Dakwaan :
Usia Bahasa Melayu hanyalah lebih kurang 600 tahun sahaja tetapi Tamil berusia 20 ribu tahun berasaskan benua Kumari (குமரி காண்டம்)( Bahasa pertama dunia – digelar bahasa klasik antarabangsa) : Kalau tidak kerana orang India, Tanah Melayu mungkin masih seperti Bali beragama Hindu.
Ulasan :
Adakah anda mengetahui tentang kewujudan Prasasti Dong Yen Chau (Dong Yen Chau Inscription), Prasasti Kedukan Bukit (Kedukan Bukit Inscription), Prasasti Talang Tuwo (Talang Tuwo Inscription) dan Batu Bersurat Terengganu (Terengganu Inscription)? Kesemua batu-batu bersurat (prasasti) tersebut ialah bukti bertulis yang menunjukkan Bahasa Melayu sudah wujud sebelum zaman Kesultanan Melaka lagi.
Prasasti Kedukan Bukit (ditemui di Kampung Kedukan Bukit, Palembang, Sumatera Selatan) yang mencatatkan peristiwa tahun 605 Saka (682 Masihi) ini diukir dalam Bahasa Melayu Kuno dengan banyak kosakata dari bahasa Sanskrit. Prasasti milik kerajaan Srivijaya ini mempunyai banyak kosakata bahasa Melayu Kuno yang masih digunakan dalam bahasa Melayu Moden sehingga kini. Berikut merupakan petikan yang terdapat di atas batu bersurat Kedukan Bukit tersebut ;
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604?) ekādaśī śu-
klapakşa vulan vaiśākha ḍapunta hiyang nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha ḍapunta hiyang maŕlapas dari minānga
tāmvan mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko-
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>
laghu mudita dātaṃ marvuat vanua
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa
Perhatikan banyak perkataan bahasa Melayu Kuno dalam petikan prasasti ini yang masih lagi digunakan sehingga sekarang.
vulan = bulan
ḍapunta hiyang nāyik di sāmvau = Dapunta Hiyang naik di sambau (kapal)
marlapas dari minānga tāmvan = berlepas dari Minanga Tamvan
mamāva yaṃ vala dualakşa dangan ko- = membawa bala dua laksa (dua ribu) dengan
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu = dua ratus pawang di sambau (kapal) dengan jalan seribu
tlurātus sapulu dua vañakña dātaṃ di mata jap = tiga ratus sepuluh dua banyaknya datang di Matajap
mudita dātaṃ marvuat vanua = mudik datang membuat benua
(nota : perkataan yang mengandungi huruf V dalam bahasa Melayu Kuno akan ditukar kepada huruf B dalam bahasa Melayu Moden)
Kewujudan perkataan bahasa Melayu Kuno dalam Prasasti Kedukan Bukit yang berusia 1400 tahun ini menunjukkan bahawa hipotesis anda bahawa bahasa Melayu hanya berusia 600 tahun adalah salah dan mengarut sama sekali.
Tidak kurang daripada itu, sarjana berpendapat bahawa Bahasa Proto-Austronesia, iaitu nenek moyang kepada Bahasa Melayu telah wujud sejak 5000 SM, iaitu 7000 tahun yang lalu!
5. 70% PERKATAAN BAHASA MELAYU BERASAL DARI TAMIL
Dakwaan :
Perbendaharaan kata Bahasa Melayu itu sekali banyak berasal dari Bahasa Tamil(தமிழ்), Sanskrit(சமஸ்கிருதம்),
Hindi(இந்தி), Telegu(தெலுங்கு), Urdu(உருது): Lebih Kurang 70% daripada Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman dari bahasa-bahasa berasal dari India. Kalau tak silap bahasa Melayu hanya mewarisi 3 perkataan asal sahaja. satu daripadanya adalah perkataan “babi”(பன்றி).
Ulasan :
Tidak hairan apabila Bahasa Melayu mempunyai banyak kosakata pinjaman dari bahasa-bahasa asing termasuklah Sanskrit, Arab, Inggeris dan Cina. Lokasi Kepulauan Melayu itu sendiri terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antarabangsa antara India dan China.
Tetapi pinjaman sebuah bahasa dari bahasa lain tidak pernah menjadikan darjat sebuah bahasa direndahkan. Faktor utama yang mewujudkan kepada pinjaman ini adalah kerana sebuah bahasa itu merupakan lingua franca. Sebagai contoh, bahasa Inggeris sering didabikkan sebagai bahasa antarabangsa telah meminjam daripada bahasa Melayu itu sendiri apabila terdapat pertembungan antara tamadun Inggeris dan juga Tamadun Melayu.
Mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanya mempunyai 3 buah perkataan, izinkan saya untuk matikan fantasi dan mimpi basah admin page Malaysian Indian Forum.
Mari saya kongsikan kepada anda antara perkataan-perkataan asli dalam bahasa Melayu.
~~air, akar, aku, alu (pasangan kepada lesung), alur, anak, api, balai, **barat, bara, baru, bau, bayang, benua, beras, beri, besi, betina, bibir, bintang, buah, bukit, bulan, bulu, bunuh, cucuk, dahi, danau, dapur, darah, darat, daun, dekat, dendam, dengar, duri, ekor, gatal, habuk, hampar, hanyut, hantar, hantu, hari, hati, hidung, hirup, hujan, hulu, huma, ikan, induk, ini, itu, jahit, jarum, kail, kanan, kayu, kerbau, ketawa, kiri, kita, kuku, kulit, kutu, labah-labah, labuh, langit, laut, layar, leher, lelap, lesung, lintah, liput, luar, ludah, makan, malam, mati, mentah, mimpi, minum, nanah, nasi, nyiur, orang, padi, pahit, paku, palu, panah, peha, penuh, puluh, putih, ratus, rumah, tahi, tampi, tanah, tanak, tanam, tangis, telinga, telur, timur, tiup, tua, tuli, ubi, udang, urat, yu (ikan).~~
6. KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU MELAKA BERASAL DARI INDIA
Dakwaan:
Keturunan and warisan Raja Raja Melayu adalah warisan dari Raja Raja berasal dari Raja Parameswara seorang Putera Hindu Majapahit yang berasal dari India. Tapi kita tahulah Sejarah Malaysia ingin mengaburi minda muda telah mengubal sejarah untuk memajukan agenda “ketuanan Melayu” secara palsu and mengkhianati sejarah sebenar Malaysia. HARAM semata-mata.
Ulasan:
Bercakap pasal entiti Parameswara ini, ianya sebenarnya merujuk kepada dua entiti. Apa yang dipaparkan dalam buku teks adalah salah kerana ianya memetik catatan Tom Piresyang menceritakan tentang seorang putera raja dari Sumatera lalu ke Singapura dan membuka kerajaan baru. Konon putera raja ini membunuh seorang pentadbir Singapura bernama Temagi sebelum melarikan diri lagi dan membuka Melaka.
Versi kedua pula adalah Sri Tri Buana atau juga dikenali dalam sejarah Melayu sebagai Sang Nila Utama yang tiba di Sungai Singapura. Dan tahukah anda bahawa Sri Tri Buana atau Sang Nila Utama ini adalah daripada Srivijaya.
Dari keturunan Sang Nila Utama inilah lahirnya pemerintah Singapura Purba yang akhirnya bersambung pada Iskandar Shah pembuka Melaka. Diceritakan bahawa kota ini diserang oleh Majapahit atau Singgahsari yang lebih awal ketika itu kalau kita ikut timeline. Dan ketika itulah Iskandar Shah ini lari ke Melaka dan membuka kota Melaka.
Dari kerajaan yang manakah asalnya Parameswara sebab India bukan sebuah kerajaan yang kecil sahaja tetapi sebuah kerajaan yang besar. Jadi, tiada penjelasan yang kuat. Ada banyak kerajaan yang berdiri di India ketika itu dan perlunya menyebut sebuah kerajaan dari Benua India itu sendiri.
Perlu juga diketahui bahawa sesungguhnya Majapahit itu sendiri merupakan kerajaan orang Jawa dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana putera raja India. Adalah sebuah pembohongan yang terlalu bebal apabila tidak mampu untuk membezakan antara sebuah kerajaan orang Jawa dan juga India. Kami orang Melayu yang merupakan adik-beradik serumpun dengan orang Jawa dan juga terdapat orang Jawa yang sudah berasimilasi ke dalam bangsa Melayu agak terkilan apabila kerajaan Majapahit yang menjadi kebanggaan orang Jawa pun mahu di-India-kan hanya kerana beragama Hindu suatu masa dahulu.
Sebelum kita ke point seterusnya, hadam kata-kata dibawah:
“It is clear that he (Parameswara) was a prince of Malayu and that he was a Malay. This fact is corroborated in Tome Pires’ account where the Parameswara himself acknowledged that he was a Malayu. His father was a king or ruler, the Sang Aji, of Palembang.”
(al-Attas, 2011; hlm 43)
7. SEMUA BUDAYA MELAYU BERASAL DARI INDIA
Dakwaan:
Seni permainan seperti congkat, adalah berasal dari India : Peralatan musik seperti Kompang, Gendang, Gong and lain lain lagi juda mempunyai asal usul India : Seni mempertahakan diri seperti Silat itu adalah berasal dari “Silambam & Kalari ” : Adat Perkahwinan – seperti Tepung Tawar,Bersanding, Berinai, Hantaran, Sirih/Pinang and pelbagainya adalah adat istiadat India berasakan Hindu. : Seni Logam, Logam hiasan, Tarian and pelbagai lagi adalah tempisan adat India-Hindu.
Permakanan : Kaum Gunungan ( Melayu) – Di abad Ke 5 : Cara pemakanan mereka adalah beraskan Ulam, Rebusan, Tumbukan Sahaja dan tangkapa sungair/Laut ataun Hutan. Cara pemasak beresepi, pengunaan minyak, tumisan, rempah ratus, cili, beras dan sebagainya mempunyai hubungan dari benua India-Hindu.Kuih-kuih seperti Roti Canai, Kari,Muruku, Kuih Ros,Thumbi, dan banyak lagi adalah berasakan permakanan dari India. Yang Benarnya tak terkira dan melaului masa semua bercampur aduk.
Dalam abad ke 18 datanglah ramai orang dari India untuk memajukan Tanah Melayu and sekaligus membangunkan ekonomi tempatan : Lebih kurang 1.2 juta orang India berkorban dalam jangga masa 100 tahum bermula 1850 ke 1950 untuk meneroka tanah ini. Pengorbanan kerana – gigitan ular, penyakit tropika, Malaria and kekurangan pemakanan berkhasiat ,Kalau tidak kerana orang India tidak adalah adalah estet-estet yang mendokong ekonomi kita lebih dari satu kurun. Orang Indian sahaja melalui estet menyumbangakan lebih daripada 50% GDP dari 1850 to 1950.
Ulasan:
Ini sebuah dakwaan yang tidak berasas. Untuk membuat sebuah dakwaan bahawa sebuah budaya atau adat itu datang daripada sebuah tamadun, ianya memerlukan analisis yang mendalam.
Sebagai contoh, anda mengatakan bahawa silat berasal daripada seni bela diri silambam. Maka di sini saya mahu melihat apakah falsafah-falsafah silat itu masih mampu dapat dipenuhi di sini ataupun tidak. Sekurangnya falsafah keris itu mesti wujud di mana-mana tempat di India.
pencak-silat
Falsafah Keris itu juga sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri. Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Manakala bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.
Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’.
Sekiranya, hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.
Terdapat 10 simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara. Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan, harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri, pembantu dan pakaian.
Sumber: www.widjana.devianart.com
Sumber: www.widjana.devianart.com
Itu belum lagi saya menceritakan mengenai Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia dan falsafah anatomi keris. Apakah di India mempunyai sesuatu yang seumpama dengannya? Apakah Silambam menggunakan senjata yang tinggi falsafahnya? Itu saya bicara mengenai soal keris sahaja tuan. Belum lagi soal semua budaya-budaya yang didakwa datang dari India. Dakwaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tuan. Anda perlu berdasarkan analisis dan bukti yang jitu.
Itu belum lagi kami bicarakan sesuatu seperti gendang misalnya. Untuk pengetahuan semua, gendang yang wujud di Nusantara adalah berusia 600 SM, kira-kira 400 ratus tahun sebelum permulaan era Sanggam di selatan India. Gendang Dong Son namanya. Gendang Dong Son banyak ditemui di seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Gendang Dong Son di Malaysia ditemui di Batu Buruk, Terengganu dan Sungai Lang, Selangor.
Atau kami bicarakan mengenai perbezaan penggunaan rempah dalam masakan, tentang rempah masakan India adalah rempah kering manakala di Nusantara menggunakan rempah-rempah basah. Bahkan Nusantara ini adalah tempat asal kepada rempah seperti cengkih, kayumanis, dan pala.
Dari segi musik, paling mudah mematahkan hujah kerana alat muzik India lebih tertumpu pada jenis drums, string instrument dan flute.
Ini jauh berbeza dari alat muzik Nusantara/Melayu yang menggunakan jenis bronze ensemble termasuk gong, gamelan yang merangkumi sauron, demong, kenong dan bonang. Alatan seperti canang juga unik di Nusantara.
Kalau soal seperti tarian, ianya lebih kompleks kerana ada tarian yang memang lokal genius tempatan, tetapi dalam masa yang sama bercampur dengan pengaruh Parsi, india, Arab, China dan banyak lagi.
Oh ya, nak bagitahu makanan dari India seperti maruku, capati dan roti canai sememangnya dari India, tidak pernah pula didengar ada orang Melayu klaim bahawa itu makanan tradisi kami. Tetapi adalah tidak munasabah apabila mengatakan bahawa semua makanan yang dibuat oleh orang Melayu berasal dari India? Adakah belacan dan tempoyak misalnya berasal dari India juga?
Perlu diketahui bahawa Kepulauan Melayu merupakan sebuah wilayah yang menjadi rebutan kerana kekayaan rempahnya. Adalah tidak munasabah apabila pribumi yang sudah selalu bergelumang dengan rempah-ratus yang kaya ini tidak tahu untuk memasak? Kalau macam tu, sebelum orang India datang ke sini, kami di sini memang tak pandai memasak makanan sendiri la ya? Kebuluran gitu?
Menarik betul logik akal saudara.
Terakhir:
Boleh kami dapat rujukan kepada sumbangan 50 peratus GDP pada tahun 1850 negara kita?
Rujukan:
1. Gerini, Gerolamo Emilio (1974), Researches on Ptolemy’s geography of eastern Asia (further India and Indo-Malay archipelago, Oriental Books Reprint Corporation, pp.101
2. Arokiaswamy, Celine W.M. (2000). Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines. Manila s.n. pp. 37, 38, & 41.
3. Guy, John. (7 April 2014). Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia. Metropolitan Museum of Art. p. 21
4. Abdul Rashid Melebek; Amat Juhari Moain (2004), Sejarah Bahasa Melayu (History of the Malay language), Utusan Malaysia. Pg 27
5. Abdul Rahman Al-Ahmadi (1991), “Old Malay scripts (pre-Jawi) of Champa and Srivijaya”, Excerpta Indonesica, Centre for Documentation on Modern Indonesia, Royal Institute of Linguistics and Anthropology, 42-48
5. Shahrir Mohd Zain (2003). Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu. pp129-146
6. Dr. Md. Salleh Yaapar. (2014) Peri Nama, Asal Usul dan Identiti Melayu: Ke arah Pencerahan yang Dinantikan oleh Prof. Dato’ Seri Dewan Bahasa Dan Pustaka
7. Paul Michel Munez. (2004) Early Kingdom Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula
8. Mohd. Zariat Abdul Rani, Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu : Beberapa Catatan Pengkaji Barat dalam Jurnal Sari edisi 23 (2005), p.67 – 82
9. Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan tamadun bangsa Melayu pg. 24 – 50
10. Mahyudin Al-Mudra (2009). Melacak Asal-Usul Keris dan Peranannya Dalam Sejarah Nusantara. Sari 27-44.
11. Khamid Mohamad & Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (2013). Falsafah dan Isu Masa Kini. International Journal of the Malay World and Cilivization (Iman): 45 – 43.
12. Video Pembentangan Prof Mokhtar Saidin Tentang Sungai Batu (Link: https://www.youtube.com/watch?v=OSZU3JxDcxY)
Bantu kami sebarkan artikel ini demi mempertahankan sejarah kita!

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

LEGASI DR MAHATHIR YANG MENYUSAHKAN, DISELESAIKAN DATUK SERI NAJIB

November 30, 2016 Admin 0 Comments

Dari tulisan Lim Sian See.
Plus Highway Berhad adalah syarikat lebuhraya terbesar di Malaysia dan Asean, memiliki Lebuhraya Utara Selatan, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), laluan kedua Malaysia Singapura, Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE), jajaran tambahan Lebuhraya Persekutuan dan Jambatan Pulau Pinang.
PLUS bermula dengan penswastaan lebuhraya Utara Selatan di mana pada 1986, biarpun kerajaan membayar dan membina separuh daripada lebuhraya Utara Selatan itu, ia ‘secara misteri’ diswastakan kepada syarikat kroni kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Halim Saad untuk tempoh 30 tahun bermula 1988 hingga 2018.
Syarikat baharu ditubuhkan itu dibenarkan untuk mengutip tol bagi keseluruhan jajaran lebuhraya itu, dengan alasan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)  tidak membinanya dengan cukup pantas.
Salah satu rungutan masyarakat terhadap konsesi tol ini adalah perjanjian konsesi berat sebelah yang membenarkan kadar tol dinaikkan seperti pusingan jam pada setiap tahun.
Melalui perjanjian itu, kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dibenar dinaikkan sebanyak 10 peratus bagi setiap tiga tahun.
MELANJUTKAN TEMPOH KONSESI
Pada 1999, biarpun menerima pelbagai kecaman, Dr Mahathir sendiri telah melanjutkan konsesi tol itu kepada 12 tahun hingga 2030 bagi mengelak kenaikan kadar tol berdasarkan kepada perjanjian yang ditandatangani sendiri oleh Dr Mahathir pada 1998.
Pada 2005, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menandatangi lanjutan konsesi tol untuk lapan tahun lagi dan berakhir pada 2038 bagi mengelak kenaikan kadar sebagaimana dimaktubkan dalam perjanjian yang ditandatangani Dr Mahathir pada 1998.
Malah, sebagaimana dilaporkan pada 2005, jika kerajaan membekukan kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan, kerajaan akan terpaksa membayar RM38 bilion sebagai pampasan kepada pemilik persendirian yang memegang konsesi sebagaimana perjanjian ditandatangani Dr Mahathir.
Berikutan itu, lanjutan itu dipersetujui Tun Abdullah (bagi mengelak kerajaan terpaksa membayar RM38 bilion kepada kroni Dr Mahathir).
Sebagaimana kadar kenaikan perkhidmatan ERL yang tinggi baru-baru ini atau kerajaan terpaksa membayar RM2.9 bilion atau melanjutkan konsesi kepada 30 tahun kepada syarikat swasta YTL, Lebuhraya Utara Selatan ini juga isu legasi yang terpaksa didepani Datuk Seri Najib Tun Razak.
KENAIKAN KADAR TOL DIHALANG
Pada 2008, Lebuhraya Utara Selatan dijadualkan akan menaikkan kadar tol sekali lagi namun Datuk Seri Najib menghalangnya dengan mengemukakan satu rancangan membeli semula PLUS Highways Berhad.
(Biarpun syarikat UEM diambilalih oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada proses menyelamatkan syarikat itu pada 1998, PLUS telah diswastakan dan disenarai di pasaran saham pada 2002 bagi mengurangkan hutang UEM/Renong yang semakin meningkat pada masa itu).
Perjanjian itu berjaya disempurnakan pada 2011 dan Kementerian Kewangan (melalui syarikat UEM yang dimiliki 100 peratus) kini memiliki 51 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 41 peratus dalam syarikat PLUS Highways Berhad.
16 Nov 2011: UEM Group Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemilik baharu aset PLUS Expressways, telah melepaskan hak mereka bagi pampasan RM6.5 bilion sebagai gantian kepada lanjutan tempoh konsesi bagi Jambatan Pulau Pinang dan dua lagi lebuhraya.
UEM dan KWSP turut berkata kenaikan bagi Lebuhraya Utara Selatan, mahkota PLUS, akan diturunkan daripada 10 peratus kepada lima peratus bagi jarak tempoh yang sama manakala tiada kenaikan akan dilakukan terhadap tol di Jambatan Pulau Pinang. Kerajaan berhutang dengan PLUS berbilion Ringgit dalam bentuk pampasan berikutan keputusannya untuk membekukan kenaikan tol sebagaimana dimaktubkan dalam perjanjian konsesi sehingga 2015.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, KWSP membiayai pembelian RM23 bilion dengan membeli bon yang diterbitkan PLUS dan kerajaan kini mengawal sepenuhnya lebuhraya ini dan sebarang rundingan akan lebih mudah kerana ia melibatkan kerajaan sendiri.
Oleh itu, hutang RM6.5 bilion bagi pampasan yang ditanggung kerajaan sejak 2005 telah dilupuskan dan kerajaan meneruskan urusan merunding semula terma perjanjian konsesi.
Sebagai maklumat tambahan, berbeza dengan persepsi orang ramai dan bagi meningkatkan pendekatan pentadbiran yang lebih telus dan seimbang, antara langkah pertama diambil Datuk Seri Najib ketika mengambilalih jawatan Menteri Kewangan pada 2008 ialah mengubah status kesemua perjanjian tol.
Terdapat perubahan kepada kadar kenaikan tol selepas PLUS Bhd diambilalih pada 2011 dan kadarnya turut dirunding semua:
A. Kadar kenaikan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dirunding semula dan diturunkan daripada 10 peratus kepada 5 peratus setiap tiga tahun tanpa sebarang lanjutan tempoh konsesi.
Mengambil kira tempoh konsesi dan kesannya, semakan semula ini amat signifikan melalui carta simulasi di bawah:
Melalui semakan ini, tol yang anda bayar bagi perjalanan dari Jalan Duta ke Ipoh Selatan pada 23 tahun akan datang iaitu 2038 adalah RM39.15 dan bukannya RM83.17 sebagaimana dimaktubkan dalam perjanjian berat sebelah dimeterai Dr Mahathir.
Malah, kenaikan lima peratus bagi setiap tiga tahun adalah kenaikan hanya 1.7 peratus, lebih rendah daripada inflasi.
Generasi akan datang seharusnya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib.
Sebagai sebahagian daripada pakej rundingan yang disebut di atas, lebuhraya lain yang bertol dimiliki PLUS turut disemak semula:
B. Lebuhraya Laluan Kedua Singapura Malaysia: Kenaikan kadar tol disemak semula daripada 25 peratus setiap lima tahun kepada lima peratus sahaja bagi setiap tiga tahun dan tanpa sebarang lanjutan tempoh konsesi.
C. Lebuhraya Elite: Kadar kenaikan tol disemak semula daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada lima peratus sahaja setiap tiga tahun dan tempoh konsesi hanya dilanjutkan sebanyak lapan tahun daripada 2030 kepada 2038.

D. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE): Kenaikan tol dikurangkan daripada 25 peratus bagi setiap lima tahun kepada lima peratus bagi setiap tiga tahun tetapi tempoh konsesi dilanjutkan 12 tahun daripada 2026 kepada 2038.
E. Jambatan Pulau Pinang: Kenaikan tol disemak semula dan diturunkan daripada 10 peratus bagi setiap lima tahun kepada TIADA kenaikan langsung namun tempoh konsesi dilanjutkan daripada tahun 2021 kepada 2038.
Dan pada 2013, PLUS turut memberikan diskaun sebanyak 20 peratus, daripada RM7 kepada RM5.60 jika anda menggunakan kad Touch N Go bagi mereka yang bekerja atau tinggal di Pulau Pinang.
jambatan-pulau-pinang-malam
Foto daripada http://www.penang-traveltips.com/fwukai-quah.htm
Melihat kepada penurunan ini, kerajaan telah merunding dan menyemak semula dengan baik bagi mewujudkan penjimatan untuk rakyat sambil masih adil kepada KWSP dan kerajaan sendiri.
KWSP memperolehi pelaburan yang baik dengan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) bagi pelaburan terhadap PLUS ini menjana sekurang-kurangnya 10 peratus selari dengan garis panduan pelaburan KWSP, dan ia turut bermakna satu dividen yang baik bagi pemegang akaun KWSP.
Biarpun kerajaan kini mengawal sepenuhnya PLUS, ia tidak boleh menghapuskan kesemua tol kerana ia masih lagi perlu membayar hutang RM23 bilion yang dibiayai KWSP bagi membeli syarikat lebuhraya ini. Menghapuskannya sekarang tidak akan adil kepada pemegang akaun KWSP.
Dan biarpun dengan semakan semula kadar tol ini, PLUS masih berupaya menyelenggara lebuhraya dan membiayai pembesaran lebuhraya yang ada dan pembinaan lebuhraya akan datang termasuk mewujudkan lorong tambahan bagi Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Utara Selatan.
Sejak 2005, tiada kenaikan kadar tol bermakna pengguna telah berjaya berjimat selama 11 tahun hasil inisiatif Datuk Seri Najib untuk tidak membiarkan kroni terus menjarah wang rakyat untuk poket sendiri.
JIMAT.. Hasil insiatif dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, pengguna tidak berdepan kenaikan tol selama 11 tahun sejak 2005.
JIMAT.. Hasil insiatif dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, pengguna tidak berdepan kenaikan tol selama 11 tahun sejak 2005.
Apapun bagi kes Lebuhraya Utara Selatan ini di mana ia adalah Lebuhraya Tol Antara Bandar, tidak akan ada kenaikan.
“Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya akan menghormati janji yang dilafazkan pada 2013 untuk mengurangkan kadar tol secara berkala bagi tol lebuhraya Antara Bandar menjelang 2018.”
Sekali lagi, ini adalah satu masalah legasi yang ditinggalkan pemimpin terdahulu dan Datuk Seri Najib perlu menyelesaikannya di mana perjanjian berat sebelah dimiliki syarikat persendirian menimbulkan kepayahan kepada rakyat dan kerajaan.
Bagi kes lebuhraya bertol, Datuk Seri Najib telah memulakannya dengan PLUS namun ia perlu dilihat sebagai langkah pertama sebelum meneruskan rundingan dan semakan dengan pemilik lebuhraya lain pada masa akan datang.
Sekurang-kurangnya, Lebuhraya Pan Borneo yang dibina oleh kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib akan menjadi lebuhraya tanpa tol dan dibiayai menggunakan model pembiayaan alternatif tanpa sebarang syarikat swasta memilikinya dan menjarah wang rakyat sebagaimana konsep Dr Mahathir.
Malah Dr Mahathir sendiri dalam satu kenyataannya pada 2007 mengakui beliau tersilap dengan perjanjian konsesi ini:
“Ini adalah salah satu perkara yang perlu diperbetulkan (daripada kesilapan saya). Apa yang anda ada pada ketika itu adalah barisan kabenit yang tidak berpengetahuan setiap masa kerana ia bukanlah dibarisi mereka yang pakar tetapi ahli politik (dan) ada di kalangan mereka termasuk saya sendiri kadang-kadang bodoh,” katanya apabila ditanya wartawan mengenai lima lebuhraya bertol dibina pada zaman beliau adalah Perdana Menteri.
“Kabinet hanya memberikan kelulusan secara prinsipal dan tidak mengkaji sepenuhnya implikasi pada beberapa bahagian dalam perjanjian itu.”
Apapun, seseorang perlu membersihkan kekalutan yang ditinggalkan Dr Mahathir, dan banyak sudah dibersihkan kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib termasuk harga kereta, perjanjian berat sebelah IPP, Permit Import (AP) dan banyak lagi.
Nota: Perkiraan kadar tol di atas adalah berdasarkan kepada maklumat yang boleh diperolehi secara terbuka. Ia adalah bersandarkan kepada asas usaha terbaik dan saya tidak memberi jaminan di atas adalah 100 peratus tepat. Saya akan membuat pengubahan sekiranya maklumat tambahan tersedia atau jika ada yang menunjukkan terdapat kesilapan kepada perkiraan itu.
Lim Sian See adalah penulis ekonomi dan politik yang sering dipaparkan di pelbagai media. Biarpun memilih untuk tidak dikenali dan menggunakan nama samaran, Sian See mengemukakan fakta sahih dalam tulisannya.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

MAHATHIR KEPANASAN, LARI KE TUNISIA KETIKA #PAU2016

November 30, 2016 Admin 0 Comments

Perjuangan menentang kerajaan tidak bermakna jika pemimpin yang mendalanginya penakut dan tidak berani berdepan cabaran yang mendatang.
Begitulah boleh diibaratkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila asyik melarikan diri ketika acara melibatkan pembangkang yang mahu menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Tahun ini, ketika acara demonstrasi haram TangkapMO1 di ibu negara, Dr Mahathir yang kini Pengerusi PPBM melarikan diri ke Langkawi untuk bercuti dan tidak menghadiri perhimpunan berkenaan yang berakhir dengan kegagalan.

Selepas itu, pada perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lepas, Dr Mahathir pada awalnya sudah mengatakan bahawa beliau akan berada di Sudan untuk satu program dan mengatakan bahawa beliau tidak mungkin hadir.
Kemudian, mungkin selepas dipaksa kerana kehadiran semakin berkurangan, Dr Mahathir terus menghadiri Bersih 5 dari lapangan terbang hanya dengan menyarungkan sahaja t-shirt Bersih berkenaan di luar kemejanya.
Kali ini, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang bermula semalam sehingga 3 Disember nanti, Dr Mahathir lari lagi kali ini ke Tunisia pula.
Dr Mahathir sebenarnya bimbang sekiranya didatangi oleh pihak media khususnya arus perdana yang sudah semestinya mempunyai banyak soalan untuk ditanyakan kepada beliau yang kelihatan amat membenci Najib dan Barisan Nasional (BN).
Selain media, beliau juga khuatir akan ditanya oleh rakan-rakan politik yang ramai hadir ke ibu negara untuk menghadiri PAU kali ini berkenaan pendirian sebenar dan apakah asas kebenaran beliau menentang Najib ketika ini.
Dr Mahathir juga bukan seorang pemimpin yang tahan dengan kritikan kerana terbukti pada zamannya sebagai Perdana Menteri, mana-mana pihak yang melampau dalam mengkritiknya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pada masa ini, beliau sudah tiada kuasa menahan sesiapa, jadi apa yang boleh beliau lakukan selain daripada lari.
Beliau seolah-olah tidak senang duduk dan berasa seperti kepanasan untuk berada di ibu negara ketika perhimpunan parti terbesar Melayu ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ketika tragedi Memali dulu, Dr Mahathir mengatakan bahawa pada ketika itu beliau sudah berlepas ke China.
Mahathir takut berdepan dengan kebenaran. Panas telinganya kalau berada di Malaysia mendengar ucapan ucapan PAU 2016. Tahun lepas pun Mahathir kepanasan mendengar ucapan Dato Seri Najib.
Tahun ini Mahathir lari terus. Maknanya Mahathir akui parti bunganya tidak ke mana. Menentang parti UMNO adalah satu kesilapan besar pada Mahathir.
Lebih buruk lagi bila parti bunganya juga tidak dapat sambutan. Apa lagi yang boleh dibuat melainkan lari ke luar negara.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Rafizal, Patutnya Kau Tumbuk Jer Muka Zunar Tu !!

November 26, 2016 Admin 0 Comments


Hahhhh akhirnya ada juga wakil UMNO pergi sekolahkan si Zunar mangkuk hayun yang dikurniakan Allah kelebihan dan kreativiti melukis tapi tak memanfaatkan ke arah yang lebih baik. 


TAHNIAH diucapkan kepada saudara Rafizal, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Pemuda² berani tampil berhadapan dengan pelukis kartun biadap, si Zunar bahalol. Datang dengan aman dengan tujuan memberitahu hasrat yang terbuku di dalam hati.




Saya fikir jika Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan saudara Razlan Rafii atau Dato' Jamal yang berhadapan dengan keparat Zunar ni, mahu lebam muka dia kena sedas tumbukan. Puiii~

Sesiapa saja akan merasa marah terhadap Zunar apabila beliau tanpa henti memperlekehkan kepimpinan negara dan menjadikan bahan gelak rakyat serta orang luar negara.

Hari ini, Zunar kenal langit ni tinggi atau rendah. Tengok muka dia pun dah cuak beb.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Sejuta Belia Melayu Belum Daftar Pengundi.

November 26, 2016 Admin 0 Comments

Umno percaya lebih sejuta anak muda Melayu yang layak masih belum mendaftar sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata ketua penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, meskipun jentera Umno di peringkat akar umbi berusaha mengesan mereka, namun agak sukar kerana kebanyakan mereka berada di luar kawasan kerana bekerja.

“Banyak cabaran tetapi Umno kena terus bekerja. Apa yang penting kini adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan mereka yang belum berdaftar,” katanya dalam temubual dengan Bernama menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 di pejabatnya, di sini semalam.

Beliau berkata kesedaran itu penting kerana politik adalah satu-satunya kekuatan kaum Melayu, malah ia merupakan tuntutan fardu Kifayah dalam urusan membentuk kerajaan.

“Kita kena tahu orang Melayu tiada apa, tiada kekuatan ekonomi, tiada kekuatan lain kecuali kekuatan politik kerana kita ramai… tetapi sebenarnya yang ramai itu kini sudah berpecah-belah dan ditambah dengan yang tidak daftar mengundi, maka orang Melayu kena terima kalau kita hilang satu-satunya kekuatan,” katanya.

Malah, kata Annuar, Umno juga mengenal pasti ratus ribu anggota parti yang belum berdaftar sebagai pengundi. — Bernama

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

KARTUN HINA PM NAJIB DITURUNKAN !

November 25, 2016 Admin 0 Comments

Sungguh memalukan dan kebudak-budakkan apabila Lim Guan Eng DAP yang berjawatan Ketua Menteri Negeri telah merasmikan satu pameran kartunis Zunar di KOMTAR Pulau Pinang sebentar tadi.


Zunar pula seperti mahu memperbodoh-bodohkan rakyat Pulau Pinang dengan berkata kononnya karikatur-karikatur itu 'bukan bersifat politik, sebaliknya lebih kepada kartun rakyat'.

Come on .... Zuhar. Jangan hendak berbohong. Kita semua tahu kiblat politik kamu yang kuning kotor menyokong Pembangkang.

Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri negeri pula sepatutnya bersikap profesional dan tidak berpolitik setiap masa dengan menyokong pameran yang mempamerkan karikatur-karikatur yang turut menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Cuba bayangkan jika kerajaan Persekutuan berfikiran sempit seperti ini dan mengadakan pameran karikatur Lim Guan Eng pula di Putra Jaya.

Jangan kita lupa 'Banglo No Swimming Pool' . 'No Rain No Banjir' dan pelbagai lagi kata-kata Lim Guan Eng yang boleh dijadikan bahan karikatur untuk dipamerkan tetapi MiM yakin Perdana Menteri tidak kebudak-budakkan seperti kroni tegar Kit Siang DAP.






Mujurlah Pemuda UMNO Pulau Pinang telah hadir dan berbincang dengan Zunar sebelum rakyat Pulau Pinang bertindak balas merampas dan menurunkan sendiri karikatur-karikatur berbau fitnah milik Zunar itu.

Kartun-kartun itu diturunkan. Lihat video di bawah:


0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.