KENAPA TEMPOH KELULUSAN PERUMAHAN MEWAH DIPERCEPATKAN TETAPI KELULUSAN UNTUK RUMAH RAKYAT DILAMBATKAN, DAP?????

Februari 19, 2017 Admin 0 Comments

Tempoh untuk kelulusan untuk projek-projek pembinaan di Pulau Pinang di bawah kerajaan DAP amat berbeza.
Macam ada SUPER-EXPRESS Lane dan SLOW-SLOW Lane
Misalnya, projek kondo mewah dari syarikat swasta kenalan pemimpin kerajaan Pulau Pinang diluluskan dalam 8 hari sahaja.

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK CADANGAN MENDIRIKAN 2 BLOK BANGUNAN PANGSAPURI PERKHIDMATAN 39 TINGKAT http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=581191&S=S
(This project is on the land which was payment by the state govt as part of the dodgy RM305 million studies for the dodgy Penang Tunnel project).

Tetapi, permohonan dari syarikat dan perbadanan perumahan Kerajaan Persekutuan seperti PERDA dan JKP Sdn Bhd untuk projek rumah sejahtera rakyat dan flat kos rendah diluluskan dalam 516 hari ataupun kelulusan masih tidak dibagi walaupun sehingga1317 hari.

Amat pelik sekali.

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN SEJAHTERA RAKYAT YANG MENGANDUNGI : A) 46 UNIT RUMAH BERKEMBAR SETINGKAT JENIS A B) 6 UNIT RUMAH BERKEMBAR SETINGKAT JENIS B
http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=590040&S=S
LULUS - 516 Hari

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN : a) 1 BLOK PANGSAPURI KOS SEDERHANA 24 TINGKAT (900KP) (395 UNIT)
http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=474184&S=S
TANGGUH 1317 hari

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK CADANGAN PEMBANGUNAN YANG TERDIRI DARIPADA : FASA 1 : i) BLOK PANGSAPURI KOS RENDAH 19 TINGKAT (400 UNIT) (700 K.P)
http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=478291&S=S
TANGGUH 1277 hari

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Kadir Nyanyuk Jaga Cucu La Kau

Februari 19, 2017 Admin 0 Comments

Ahli Majlis Tertinggi Pribumi A Kadir Jasin kata "Nilai ringgit tidak merudum dan harga barang tidak melambung bila Bank Negara rugi AS$12 bilion (RM30 bilion) pada tahun 1990-an".
Mungkin A Kadir Jasin sudah lupa.

Ada. Oleh kerana Bank Negara kalah judi seteruk itu, rizab negara tidak mampu untuk mempertahankan matawang dan diserang teruk.
Pada amnya, inflasi dan penurunan matawang pada tahun 1990an jauh lebih teruk berbanding sekarang - sehingga matawang terpaksa ditambat.
Ringgit ada diparas USD1 ke RM2.60 pada mula abad 1990an dan jatuh seteruk 86% sehingga RM4.83. Pada akhir abad 1990an, Ringgit pula ditambat pada kadar RM3.80 atau 46% lebih teruk berbanding awal abad itu.
Keseluruhan abad itu,Ringgit tidak pernah kuat meningkat berbanding USD.
Bila Najib mula mentadbir, Ringgit ada paras RM3.73 dan pernah kuat meningkat sehingga RM2.96. Pada hari ini pula, matawang kita ada pada paras RM4.43 - iaitu kejatuhan 18% berbanding awal April 2009.
Matawang sekarang tidak ditambat sekarang kerana matawang kebanyakkan negara didunia juga ada jatuh berbanding dengan matawang US Dollar - langsung tidak sama seperti tahun 1990an.
Kebutaan A Kadir Jasin mungkin disebabkan tertalu taksub kepada Mahathir sehingga jadi tahap kritikal.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Si Penipu Kadir Kantoi

Februari 19, 2017 Admin 0 Comments

A Kadir Jasin kata kena buat siasatan penjudian dan kehilangan USD12.5 bilion Rizab FOREX cepat-cepat pasal orang yang terlibat dengan perniagaan forex tahun 1990-an itu atau tahu mengenainya tak ramai lagi yang ada.

Seingat saya ada dua orang saja lagi iaitu (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop dan (Datuk) Abdul Murad Khalid. Nor Mohamed jaga forex Bank Negara dan Murad, kalau tak silap, jaga pematuhan (compliance) Bank Negara.
(Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz pun boleh jadi tahu juga. Mereka bertiga pegawai kanan Bank Negara masa itu. Bank Negara ni badan bebas. Kerajaan tak boleh kacau. Gabenor masa itu, (Tan Sri) Jaffar Hussein, dah lama meninggal dunia.
Eh Kadir.. Mahathir, Daim, Anwar masih hidup lagi, kan? Takkan Perdana Menteri, Menteri Kewangan semua se-bodoh sampai berpuluh-puluh bilion hilang dan dijudi pun langsung tak tahu apahal sudah terjadi?

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Terima Kasih Kadir Jasin Kerana Buktikan Harga Petrol Zaman Mahathir Mahal Dan Membebankan.

Februari 12, 2017 Admin 0 Comments

Ahli Majlis Tertinggi PPBM A Kadir Jasin merumuskan bahawa harga petrol di negara kita mahal.

Dia membuat rumusan ini kerana mengikut dia, "Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna. Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan." Kadir Jasin pula membandingkan harga petrol Malaysia dengan pendapatan penduduk di negara kaya.

"Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia. Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia."

Tetapi peliknya Kadir Jasin tidak pula membuat perbandingan dengan negara lain seperti Thailand dan Indonesia di mana harga petrol mereka jauh lebih tinggi walaupun pendaptan lebih rendah berbanding Malaysia.

Walau apapun, penjelesan Kadir Jasin senang difahami. Oleh itu, kita gunakan cara Kadir Jasin untuk membuat perbandingan harga petrol dan kemampuan rakyat dengan zaman Mahathir. Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2017 ialah AS$10,878 dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 1990 ialah AS$2,417 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.42 seliter. Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2003 pula ialah AS$4,427 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.34 seliter.
Maksudnya, pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 3.5 kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.2 kali lebih tinggi.

Pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 1.56.kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.48 kali lebih tinggi.  Tambahan pula, petrol tahun 2017 yang merupakan RON95 lebih tinggi mutu berbanding petrol RON92 zaman Mahathir.  

Nak lebih mudah faham, saya katakan macam ini. Pendapatan Rakyat hanya cukup membeli 5,701 liter pada tahun 1990 dan 12,843 liter tahun 2003 berbanding 21,329 liter petrol yang lebih bermutu tinggi sekarang.

Ini jelas menunjukkan harga petrol zaman Mahathir jauh lebih mahal dan membebankan rakyat Malaysia. Ini ialah kerana selama 22 tahun, walaupun harga minyak dunia murah dan Mahathir tidak memberi apa-apa subsidi tetapi memungut cukai 58.62 sen setiap liter diatas petrol pula. Terima kasih Kadir Jasin kerana jelas membuktikan harga petrol zaman Mahathir mahal, kejam dan membebankan rakyat. Tetapi peliknya ialah pada masa itu, Kadir Jasin tidak pernah mengutuk Mahathir.

Hari ini, harga petrol kita ke-17 termurah antara 193 negara didunia tetapi pihak pembangkan tidak pula menyebut hal ini. Lebih-lebih lagi, harga petrol sekarang jauh lebih mampu dibeli oleh Rakyat Malaysia berbanding dahulu - seperti yang ditunjukkan oleh Kadir Jasin. Ini fakta yang para pembangkang patut mengaku.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Rafizi Dicabar Ulang Kenyataan Duit Kerajaan Diseleweng Dalam NFC.

Februari 12, 2017 Admin 0 Comments

Aku cabar Ahli Parlimen Pandan untuk mengulang dakwaan beliau bahawa wang kerajaan diselewengkan dan digunakan oleh National Feedlot Corp (NFC) secara terus ataupun sebagai jaminan untuk membeli rumah kondo.

Boleh YB Rafizi ataupun mana-mana pemimpin pembangkang mengulas sekali lagi "NFC: Cows for Condo"? 

---
Saya berterima kasih di atas penghakiman Yang Arif Azizul Azmi Adnan yang memutuskan kenyataan saya adalah fitnah dan mengarahkan saya membayar RM300,000 kepada Dato’ Seri Salleh Ismail dalam bentuk gantirugi dan kos guaman.
Saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai sudut-sudut penghujahan yang boleh dikemukakan di dalam rayuan kelak.
Saya akan memaklumkan kepada media apabila rayuan dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.
Sementara saya yakin keputusan ini tidak mengubah pandangan masyarakat mengenai skandal NFC dan segala pendedahan yang saya buat setakat ini, saya mengambil pendirian mempertahankan ruang untuk membawa kebertanggungjawaban kepada mereka yang menggunakan dana awam mestilah dipertahankan sebaik-baiknya.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
31 Oktober 2016

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Zaid Ditibai Oleh Veteran DAP.

Februari 12, 2017 Admin 0 Comments

Must be some sort of shortest time record for a new member of a political party to say something wrong and get publicly whacked by his own party leaders.

Well done Zaid!

There has been no “silent agreement” among the Opposition that former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad is their de facto leader, DAP's Gobind Singh Deo today.
In dismissing the claim made by Datuk Zaid Ibrahim, who just joined DAP earlier this week, Gobind said that such a matter was never discussed in the DAP leadership previously.
“I find it strange that Zaid has chosen to make such an announcement as a DAP member without first consulting the party leadership. He should know better,” Gobind, who is a DAP central executive committee member, said in a statement to Malay Mail Online.
Zaid, a former de facto law minister, made the claim in an interview with Malay Mail Online a day after announcing that he was joining the DAP.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Surat arahan bincang semula fatwa kalimah Allah tersebar

Februari 12, 2017 Admin 0 Comments

Kerajaan DAP Pulau Pi­nang terus ditekan untuk menjelaskan kemelut me­ngenai campur tangan dalam isu pewartaan fatwa selepas surat arahan supaya Jawatankuasa Fat­wa membincangkan semula fatwa kalimah Allah tersebar di laman sosial hari ini. SURAT arahan Abdul Malik Abul Kassim kepada Hassan Ahmad berkenaan Surat bertarikh 26 Mei 2010 itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama ne­geri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan ditujukan kepada Mufti Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Hassan Ahmad. 

Surat itu turut ditujukan untuk perhatian Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Zainal Rahim Seman. Menerusi surat itu, Abdul Malik melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap Hassan yang didakwa membelakangkannya selaku Exco berkaitan agama Islam dalam pemfatwaan kalimah Allah tanpa terlebih dahulu merujuk kepada beliau. Tambah Abdul Malik, tindakan itu dilakukan dalam keadaan Hassan mengetahui ‘pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang’ selepas beberapa kali dibangkitkan dalam pertemuan mereka sebe­lumnya. 

Dalam surat sama, Abdul Malik turut menegaskan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam pembentangan isu kalimah Allah oleh Jawatankuasa Fatwa. Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Abdul Malik mengenai ‘pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang’ di dalam surat itu adalah merujuk kepada gesaan Guan Eng sebelum ini supaya kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Dalam pada itu, Abdul Malik ke­tika dihubungi mengenai surat arahan tersebut tetap dengan pendirian bahawa arahan yang dikeluarkan supaya membincang­kan semula fatwa tersebut bukan bermaksud adanya campur ta­ngan kerajaan negeri. 

Mengulas surat sama, Mufti negeri, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor pula berkata, kandu­ngan surat itu tidak mengarahkan Jawatankuasa Fatwa negeri supaya mengubah fatwa sedia ada. Malah katanya, mesyuarat ja­watankuasa itu juga mengambil keputusan mengekalkan fatwa sedia ada iaitu larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah selain menambah 39 lagi kalimah berkaitan Islam.  
“Apabila Ketua Menteri membuat kenyataan pada 2014 yang mana bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, saya yang mengambil alih jawatan Mufti negeri membantah dan beliau tidak membangkitkan lagi isu itu sehingga kini,” katanya

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

PAKATUN KATA INFLASI DAN KENAIKAN HARGA BARANG HANYA DI MALAYSIA WALAUPUN SEBENARNYA INFLASI MALAYSIA ANTARA TERENDAH

Februari 03, 2017 Admin 0 Comments

Pembangkang sentiasa cuba untuk mengecap BN sebagai Barang Naik dan berkata BN adalah punca utama yang menyebabkan inflasi.
Seolah-olah inflasi tidak berlaku di mana-mana negara lain – menyimpang dari kebenaran.
Berikut adalah jadual berdasarkan Indeks The Economist’s bagi Big Mac yang popular, sejarah harga untuk satu big Mac.
Sesetengah orang akan mengatakan bahawa mereka tidak makan big Mac setiap hari dan ia tidak mewakili kehidupan sebenar kerana begitu banyak perbezaan faktor – kualiti, lokasi, jenama – berbanding makanan lain, ini adalah yang paling dekat yang boleh dibuat perbandingan harga makanan dan inflasi harga makanan, sama ada disini atau di kalangan negara-negara lain.
Dalam jadual ini, Malaysia berada pada kedudukan kedua terendah inflasi harga makanan dan hanya ketinggalan di belakang Jepun yang telah bergelut dengan deflasi serius untuk beberapa lama.
Harga sebiji Big Mac di Malaysia telah meningkat 30.37% sejak 8 tahun yang lalu dari tahun 2009.
Ini tidak lah teruk memandangkan Unit Perancang Ekonomi data (EPU), menunjukkan bahawa pendapatan median kasar bulanan isi rumah untuk semua rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM4,585 pada 2014 daripada RM2,830 pada tahun 2009 – peningkatan sebanyak RM1,755 atau 62% pertumbuhan dalam tempoh lima tahun – yang melebihi kenaikan harga Big Mac.
Hakikat kehidupan adalah bahawa harga akan sentiasa meningkat – walaupun sejak beribu-ribu tahun dulu. Kita mungkin juga tidak akan suka jika pendapatan kita tidak meningkat sejak 2009 dan rumah yang kita beli pada harga RM200k pada tahun 2009 masih kekal bernilai RM200k pada tahun 2017.
Apa yang paling penting adalah jika pendapatan atau pendapatan isi rumah kita meningkat lebih cepat daripada harga makanan. Yang sebenarnya apa yang telah berlaku di Malaysia sejak 2009.
Nota: Untuk tujuan perbandingan, dimasukkan juga harga untuk negara-negara yang terpilih bagi tahun 1986 – tahun pertama indeks Big Mac bermula. Malangnya, Malaysia tidak disenaraikan ketika itu walaupun McDonalds pertama dibuka di Malaysia pada Mei 1982.
Popaganda Pakatan seolah-olah bahawa hanya mereka yang boleh menghalang harga daripada meningkat tetapi realitinya adalah bahawa mereka juga terus menaikkan harga – mereka sendiri menaikkan gaji ADUN dan EXCO, yang akan meningkatkan kos kepada rakyat, kenaikan kadar air empat kali sejak 2008, cukai pintu dan denda.
Atau mungkin Pakatan mahu menjadikan kita sebuah negara komunis jika mereka menang, menghapuskan pasaran bebas dan mengawal harga segala-galanya di Malaysia?
Jika tidak, ia adalah lebih baik bagi mereka untuk mengeksport “kepakaran” mereka untuk mengawal harga di negara-negara lain di dunia seperti pada jadual ini kerana mereka perlukan Pakatan Rakyat lebih daripada kita disini dalam soal inflasi.
—-
Data penuh disini: http://infographics.economist.com/2017/databank/BMFile2000toJan2017.xls
Rujukan:

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

KENYATAAN TERKINI PEGUAM NEGARA: ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH ?

Februari 03, 2017 Admin 0 Comments

Akhirnya. Membetulkan salah satu lagi yang dilakukan oleh seorang Peguam Negara yang lepas.
Fakta-fakta baru ditemui yang entah macamana Peguam Negara sebelum ini boleh terlepas pandang.

ADAKAH MALAYSIA KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH KEPADA SINGAPURA KERANA RASUAH ?
Nampaknya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, telah sengaja kalah dalam kes pertikaian wilayah di Pulau Batu Puteh kepada Singapura selepas didakwa menerima rasuah.
Pulau Batu Puteh pada asalnya dalam wilayah Kesultanan Johor yang diasaskan pada tahun 1528, dan kekal di bawah Kesultanan baru Johor di bawah pengaruh sfera British berikutan pemeteraian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 antara United Kingdom dan Belanda .

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Apa Kejadahnya Nurul Izzah Nak Samakan Anwar dengan Nabi Yusuf A.S..Mulia Ke Anwar nak disamakan dengan Nabi Allah SWT?

Februari 03, 2017 Admin 0 Comments

Kami membaca sepatah demi sepatah tulisan lidah penjilat rasmi Malaysia Kini yang mana Nurul Izzah mengatakan nasib PAPA sama seperti kisah Nabi Yusuf..kononnya sama sebagai mangsa fitnah..kenyataan ini membuatkan kami tergelak dan ianya hanya bersifat politik..jauh sekali untuk mengambil iktibar tentang nasib Anwar sebagaimana sirah Nabi Yusuf..

Ok..kami ceritakan Nabi Yusuf A.S memang seorang yang kacak..dan dia dijadikan anak angkat oleh orang besar Mesir Kitfir dan Zulaikha..ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf AS memang tidak boleh disangkal..hampir semua wanita terpesona melihat ketampanan dan bentuk badan Nabi Yusuf..

Sehinggakan isteri Kitfir, Zulaikha sendiri pun ternoda dengan Nabi Yusuf..suatu hari Zulaikha menggoda Nabi Yusuf untuk bersama..tetapi iman Nabi Yusuf A.S telah melindungi dirinya daripada ternoda..kisah ini telah sampai ke pengetahuian Kitfir dan Kitfir menyiasat perkara sebenar..hasil siasatan terbukti Nabi Yusuf A.S tidak bersalah atas bukti menunjukkan baju Nabi Yusuf telah terkoyak di belakang akibat ditarik Zulaikha..Ini penilaian awal bersandarkan kepada bukti baju..apakah kes ini sama dengan kes Anwar yang didakwa atas tuduhan meliwat?bukti di mahkamah telah menyaksikan terdapat DNA milik Anwar 4 cm di dalam dubur Saiful..

Jka Kitfir mengetahui ada bukti membuktikan Nabi Yusuf bersalah awal-awal lagi dia telah dipenjarakan..tetapi Kitfir dibebaskan dan diminta merahsiakan perkara ini..tetapi perkara ini tidak bertahan lama..cerita Zulaikha menoda Nabi Yusuf tersebar dan Kitfir khuatir isterinya akan ternoda lagi..maka Nabi Yusuf dipenjarakan atas alasan takut isterinya ternoda dengan kekacakkan Nabi Yusuf..

Tambahan pula, Nabi Yusuf pandai meramal mimpi..macam ini pun Izzah nak samakan nasib Nabi Yusuf sama seperti PAPA..memang satu kesilapan besar dan kenyataannya amat bahaya untuk generasi muda..kami bimbang generasi akan rosak apabil generasi muda menyamakan kisah Nabi Yusuf dengan Kes Anwar...inilah cara pembangkang..ambil sedikit cerita lepas tu goreng untuk ambil mileage..memang hampeh!!baca kisah Nabi Yusuf A.S di SINI...lepas tu anda bandingkan sendiri dengan Anwar..

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Syukur.. @NajibRazak Diiktiraf Pemimpin Islam Berpengaruh Nombor 2..Bukan Pembela Rumah Maksiat..

Februari 03, 2017 Admin 0 Comments

Macai pakatoon haram pasti meluat dapat tahu yang PM kita berada dikedudukan nombor 2 dunia yang paling berpengaruh..

Pemimpin yang diagungkan pakatan Jokowi pn ditempat kelapan..Yusof Qaradawi pula berada di kedudukan kesembilan..

Apapun hinaan yang dibuat langau pakatan..Najib tetap teruskan perjuangannya membela rakyat Malaysia..syabas PM!!jika tidak masakan dapat pengiktirafan nombor 2 pemimpin Islam paling berpengaruh..ingat berpengaruh ok bukannya makan rasuah macam pemimpin disebuah negeri membeli rumah..dan bukannya pembela rumah maksiat!!!

10 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh..PM kita nombor 2

1) Presiden Turki, Tayyip Erdogan
2) Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak
3) Raja Arab, Raja Salman Bin Abdulaziz
4) SU Agung Pertubuhan OIC, Dr Yousef Ahmad
5) Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh
6) Sultan Brunei, Sultan Hj Hassanal Bolkiah
7) Raja Jordan, Raja Abdullah II
8) Presiden Indonesi, Jokowi
9) Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa, Sheikh Yusuf Qaradawi
10) Mantan Pangliman Angkatan Bersenjata Mesir, Abdel Fattah Saeed

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Caj Rawatan Pergigian Naik Untuk Kelas Pertama Dan Kedua Sahaja.

Februari 03, 2017 Admin 0 Comments

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

CAJ RAWATAN PERGIGIAN DI FASILITI KESIHATAN KERAJAAN MASIH TERUS DIBERI SUBSIDI YANG TINGGI

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi kepada pesakit dalam Kelas 3.

Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM pada 14 November 2016.

Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada tahun 1982. Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi seperti sebelum ini.

KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2).

KKM ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.
Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 FEBRUARI 2017