Barang Basah Semakin MAHAL. Mana FAMA DAN LKIM???
Semalam aku ke Pasar Chow Kit untuk bekalan makanan basah dwi-mingguan rumah. Berbanding harga sebelumnya, memang wujud peningkatan harga ketara terutama yang membabitkan sayur-sayuran.Daging batang pinang yang aku beli semalam berharga RM29 sekilo berbanding RM32 sebelumnya. Ayam RM8 sekilo berbanding RM7.80 Ikan sardin untuk kucing aku, sekilo RM7 berbanding RM6 sebelumnya.
Kembong besar dan kerisi RM12 berbanding RM9. Kalau di kedai pula RM17 sekilogram. Kobis RM6 sekilogram, sebelum tu RM5. Udang sederhana masih RM32 berbanding RM29.
Udang harimau kekal RM35. Ketam, kekal dengan harga lama. RM24 sekilogram. Kacang bendi sekilo RM7 berbanding RM4. Cili api RM18 di kedai, berbanding RM10. Malaysia ada FAMA dan LKIM. Kedua-duanya sepatutnya berfungsi menstabilkan harga yang dikuasai oleh kartel dan orang tengah.
Tetapi apabila FAMA dan LKIM sendiri menjadi kartel yang berlumba-lumba mendapatkan keuntungan dan berurusan pula dengan kartel dan orang tengah, sudah tidak nampak relevannya kewujudan kedua-dua agensi kerajaan ini!
Takkan hanya cukup dengan dengan menyalak dan memekak supaya peniaga tidak sorokkan barang tetapi pada masa yang sama, mereka sebenarnya yang diberi tanggungjawab menjaga harga, bertindak lebih lintah dari pacat.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.