Pembangkang Rosakkan Masa Depan Artis Tanahair.

Baru-baru ini, samada disengajakan ataupun tidak, Mahathir mendakwa, dia telah mula menggerakkan Plan C untuk mencapai apa yang dia hajatkan. Adakah Plan C yang dimaksudkan Mahathir ini adalah menggunakan artis sebagai modal untuknya meraih sokongan?
Tindakan itu langsung tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan artis-artis ini hilang mata pencarian kerana mereka tiada sokongan peminat bagi peminat mereka yang menyokong kerajaan.
Mungkin beberapa artis tidak sedar yang mereka akan kehilangan periuk nasi memandangkan mereka hanya dipergunakan pembangkang semata-mata. Sebelum ini sejarah sudah menunjukkan nasib yang menimpa beberapa artis yang dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali kepada dunia seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat mereka.
Menurut kenyataan dalam Facebook Datuk Rizal Mansor semalam,beliau juga menasihatkan golongan artis agar jangan dipergunakan parti-parti pembangkang untuk meraih undi.
Dalam kenyataan semalam juga, Rizal Mansor turut menyelar pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan menyifatkan parti itu dalam keadaan terdesak susulan kenyataan pengarah komunikasi PAN Khalid Samad yang berkata kemenangan penyanyi Aishah dalam program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) akan membantu parti itu terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Guna artis sebagai ayam tambatan tidak boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat. Rakyat juga tidak bodoh untuk memberikan undi kepada pembangkang hanya kerana dapat mengheret artis ke pentas ceramah mereka atau kancah politik.
Pengundi kini tidak hanya memandang populariti, tetapi mereka melihat sejauh mana artis berkenaan boleh membawa isu negara ini. Dunia politik akan jadi seperti dunia hiburan di mana artis-artis lebih terkenal kerana kontroversi dan populariti berbanding kualiti mereka.
Ramai artis telah tertipu dengan taktik pembangkang yang cuba menggunakan populariti artis untuk meraih undi. Seperti kita lihat beberapa artis suam-suam kuku seperti Sheila Majid, Fathia Latiff, Adibah Noor dan ramai lagi artis-artis yang dipergunakan pembangkang yang akhirnya tidak mendatangkan hasil pada artis-artis tersebut malah lebih merosakkan masa depan mereka.
Adakah habuan wang ringgit merupakan faktor artis-artis tersebut menyertai parti politik pembangkang dan mereka menjadi ‘buta mata’ berbanding menegakkan agama Islam dan memartabatkan Melayu? Semua ini hanyalah permainan pembangkang untuk mencapai matlamat mereka dan menggunakan artis untuk mempengaruhi rakyat untuk meraih undi pada PRU14 nanti.
Nasihat buat artis-artis ini, jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak dapat.
-PRU14.TV

Dulu, takde pun Mahathir cakap kita jual negara kepada Jepun.

Malaysia and Japan have enjoyed close diplomatic, economic and cultural relations since Malaya gained independence from Britain in 1957. The ties between the two countries have been further reinforced through the 'Look East' policy introduced in the beginning of the 1980s by the former Malaysian Prime Minister Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Why does Pakatan make it an issue that there are investment from China to Malaysia when in the past under Tun Mahathir, we happily took money and investment from a country that had invaded us, occupied our land killed tens of thousands of us and caused suffering to millions during World War II?
In the past, Malaysia was one of the biggest recipients of Japanese funding in Asia. From January 1969 to March 2001, Malaysia received JPY827.4 billion (RM26.39 billion then) as bilateral loans. Divided per person, the amount would be equal to approximately RM1,165, which is the highest in Asia (Ruhanie 2001).
In 2003, the Japanese government decided to provide JPY82.40 billion (RM2.25 billion) as a bilateral loan for the Pahang-Selangor raw water transfer project.
It was reported earlier in August 1998 that Tokyo was ready to offer several billion yen in low interest loans in the year to March 1999.
The Malaysian Government has recently made an official request for
Japanese loans as the country battles the Asian financial crisis.
Japan had made several loans of 10 billion yen to Malaysia each year through the 1980s.
In 1994, when Japan provided 61.5 billion yen (RM2.5 billion) in official development aid to help construct the KL International Airport - and funded 75% of the cost to build the airport.
Post 1998, Japan also loaned the following to Mahathir's govt.
2002 - Pahang - Selangor Raw Water Transfer Project - 82 billion Yen (RM3.32 billion)
1999 - Kenyir Hydroelectric Power Plant Project - 17 billion yen (RM 690 million)
1999 - Port Dickson (Tuanku Jaafar) Power Station Rehabilitation Project- 53.7 billion yen (RM2.17 billion)
1999 - Higher Education Loan Fund Project (II) - 5.3 billion yen (RM210 million)
1999 - Sewerage Treatment Plant Project - 4.85 billion yen (RM 200 million).
Bear in mind that these are decades old figures. In today's terms, it would have been much larger.

Another Example Of DAP's Lies.

Here’s another example of lies from DAP - this time from DAP Sabah.
DAP uses tragedy of houses being washed away to make their tipu allegations.
——
KOTA KINABALU: A census of illegally constructed houses along Sg. Pampang in Keningau district will be taken before demolition begins, said District Officer Yusop Osman.
He said Malaysian squatters living along the river would be relocated to various housing schemes.
This follows an incident on Sunday (Dec 17) where two houses were washed away and dozens were damaged as raging water eroded its banks after a heavy deluge.


In a related development, Sabah Chief Conservator of Forests Datuk Sam Mannan said the Sungai Pampang surge was reminiscent of what occurred along the river in 1996.
Mannan added that the riverbank was a riparian reserve and was unsuitable for human occupation.
He said that while Sg. Pampang is a creek under normal conditions, its flow increases when the Crocker Range receives incessant rain.
“Excess water has to be dispersed somehow, and it is dispersed by flowing into various rivers including Sg. Pampang,” he said.
Mannan dismissed claims that the flooding was due to logging at the catchment area along the Crocker Range.
"The Crocker Range is still pristine. There is no logging there."
He said that the allegations made on social media were made those who were completely ignorant of what was going on, on the ground.
Sabah DAP leaders had alleged that the incident of the houses being washed away is due to logging.
“The excess flow from surface runoff is a natural phenomenon – but building houses inside or beside a river is not. It is asking for death and disaster,” said Mannan.

Yang Roboh MBSA Yang Salah Noh Omar, Ikut Logik Azmin.

Here is another one that defies logic.
MB Azmin tai-chi the blame to Noh Omar for failing to halt the demolition of three houses and two shophouses near the Sultan Abdul Aziz Shah Airport on Wednesday.
Help me understand the Pakatan logic too.
1. Tanah itu di Selangor. MB ialah Azmin.
 
2. Kuasa mutlak isu tanah di bawah kerajaan negeri. MB ialah Azmin.
 
3. Yang jalankan kerja robohkan ialah MBSA Majlis Bandaraya dan Pejabat Tanah Daerah Petaling, di bawah MB Azmin.
 
4. Yang PSM panggil untuk menghentikan robohan selama berbulan-bulan ialah MB Azmin.
 Yang salah pula ialah Noh Omar. ?????





Kesian, No More Rakyat Come To PH's Ceramah.

Pakatan Harapan Johor was launched last week where they say 1,000 people attended.
The launching ceremony in Tampoi featured big names like Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Salahudin Ayub and Datuk Saifuddin Nasution.
It seemed like a rather low-key affair given the coalition’s ambitions in Johor. In fact, it was little more than a ceramah apart from some fireworks lighting up the sky towards the end.
The crowd would have been more impressed had the speakers indicated what they intend to do in Johor that is different from what the Barisan Nasional government is doing. It would also have lit a spark if they had dropped hints about potential mentri besar candidates.
People voted with their emotions in 2013 without caring which party or individual would lead the state or country. The signs this time around are that they will be more discriminating about candidates and leadership.
Instead, the speakers dished out the usual fare – kleptocracy, demonising the Prime Minister and his wife, accusing PAS of accepting dedak and lots of colourful name-calling. And they managed to collect only RM5,117 from the crowd.
Pakatan leaders have shown that they are experts at criticising others but they need to convince voters that they can provide a better alternative to what Johoreans have now.



Skil Diplomasi PM Najib vs Skil Temberang Pembangkang

Sebelum ini, puak pembangkang mendakwa kononnya cara pentadbiran PM DS Najib Razak melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia berada dalam bahaya.


Pembangkang juga berlagak pandai menuduh kononnya keengganan Najib menggunakan pihak ketiga ketika menangani konflik Kuala Lumpur - Pyongpyang akan menjadikan Malaysia bahan ketawa antarabangsa.

Pembangkang yang tidak ada skil berdiplomasi dengan negara asing selain daripada memburuk-burukkan nama baik Malaysia itu juga mendakwa kerajaan bertindak gopoh, bermegah, dan tidak bijaksana menghadapi konflik Korea Utara itu.

Puak Pembangkang juga berkata bahawa 'bukanlah satu perkara yang mengaibkan bagi negara-negara kecil seperti Malaysia mengunakan khidmat negara ketiga untuk menjadi pengantara rundingan kerana itu adalah sebahagian daripada adat dan resam dunia diplomatik'.

Seperti yang dijangka, puak pembangkang terpaksa menjilat balik ludah hijau yang terpalik ke muka mereka apabila Najib Razak mengotakan janji beliau untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat. Kepulangan 9 rakyat Malaysia itu membuktikan skil diplomasi Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN yang tinggi dan patut dipuji.


Skil diplomasi kerajaan Persekutuan BN terbukti lagi apabila 5 rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf juga telah selamat sampai ke tanah air Malaysia. Kesemuanya diculik di perairan Lahad Datu, Sabah pada 28 Julai 2016.

Najib Razak dan isteri telah meluangkan masa untuk berjumpa mangsa culik bersama keluarga masing-masing. Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), DS Abdul Azeez Rahim yang turut membantu mangsa dan keluarga terlibat juga telah hadir.

DS Najib Razak dan DS Azeez Ibrahim mendengar pengalaman mangsa culik





Syukur Alhamdulillah kerana kesemua yang terlibat telah balik dan dapat bersama kembali dengan keluarga masing-masing.

Dalam masa yang sama, Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN bukan sahaja dapat menyelesaikan 2 isu ini melalui diplomasi tetapi ianya turut terserlah semasa insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada Julai 2014.

Melalui kekuatan diplomasi PM Najib Razak dan kerajaan Malaysia, pihak pemisah Ukraine telah bersetuju menerima tuntutan Malaysia seperti menyerahkan mayat penumpang dan kotak hitam pesawat MH17 yang diserahkan langsung kepada Malaysia.

Malaysia juga telah mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine untuk membenarkan anggota polis antarabangsa memasuki lokasi kapalterbang dan melindungi penyiasat antarabangsa.

Begitu juga dengan peristiwa bersejarah Perjanjian Damai antara Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation (MILF) di Manila pada bulan Mac 2014 yang turut dibantu oleh Najib Razak dan kerajaan Malaysia.


Presiden Filipina Benigno Aquino III telah berkata, 

"Rakyat Filipina akan terhutang budi selama-lamanya kepada Malaysia dan kehadiran Malaysia memberi sinar kepada setiap peringkat perjanjian damai itu...sesungguhnya Malaysia, di bawah kepimpinan Najib, telah memainkan peranan penting."
Isu-isu di atas pasti akan membuka mata kita rakyat bahawa segala tuduhan puak pembangkang tentang tahap diplomasi kerajaan Persekutuan hanya satu cubaan untuk mengaut keuntungan politik murahan daripada kesedihan yang dihadapi oleh rakyat.

Kejayaan Najib dan kerajaan Persekutuan BN ini sudah pasti telah memalukan seluruh kepimpinan pembangkang.

Apatah lagi mereka itu terlibat dalam agenda sabotaj ekonomi negara dengan memburuk-burukkan nama baik Malaysia di luar negara.


Pembangkang memang patut ditolak pada PRU14 nanti.

PM Najib & Korea Utara : Ada Yang Kecewa 9 Rakyat Malaysia Selamat !

PM Najib Razak telah mengotakan janji beliau untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat.



Kepulangan 9 rakyat Malaysia itu membuktikan skil diplomasi Najib Razak, Kementerian Luar Negeri dan kerajaan Persekutuan BN yang tinggi dan patut dipuji.

Saya telah menulis artikel tentang isu Korea Utara ini dan beberapa lagi pencapaian diplomasi Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN. ( Baca Sini )

Pembangkang menuduh kononnya cara pentadbiran PM DS Najib Razak melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia berada dalam bahaya.

Kerajaan BN juga dituduh bertindak gopoh, bermegah, tidak mahu menggunakan pihak ketiga dan tidak bijaksana menghadapi konflik Korea Utara itu. Segala tuduhan puak pembangkang ini telah menyerlahkan kebodohan mereka sendiri.

Malah, kedua-dua negara masih tetap menjalani hubungan diplomasi negara walau pun telah bertegang buat seketika dek konflik kematian Kim Jong Nam. Memang mind boggling dan impresif apabila melihat kaedah diplomasi PM Najib Razak dan kerajaan BN Malaysia yang dapat mengekalkan status quo dengan sebuah negara asing yang dianggap keras dan tidak peduli dengan negara lain.

Segala tuduhan serkap jarang pembangkang ini ibarat ludah hijau yang terpalit balik ke muka puak pembangkang. Apatah lagi, puak pembangkang sering memburuk-burukkan nama baik Malaysia di luar negara dan sanggup sabotaj ekonomi negara sendiri.

Kemampuan Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN membawa pulang rakyat Malaysia melalui saluran diplomasi dan rundingan ini bukan sahaja telah mengecewakan puak pembangkang tetapi juga pihak luar negara!

Siapakah pihak luar negara yang kecewa dengan kemampuan kerajaan kecil Malaysia berjaya membawa pulang rakyatnya tanpa sebarang konfrontasi yang tidak diingini?

Sumber mendedahkan bahawa pihak luar negara itu adalah negara kuasa besar yang amat mengharapkan agar negara Malaysia terperangkap dalam mainan konfrontasi mereka. Konflik Kuala Lumpur - Pyongpyang ini diharapkan menjadi lebih besar impaknya dan berlarutan supaya pihak ini mempunyai alasan untuk menekan Korea Utara.

Kuasa besar ini juga amat mengharapkan agar kerajaan Malaysia membuat percaturan yang silap seperti yang diharapkan oleh puak pembangkang dan Korea Utara bertindak lebih keras dan kejam terhadap 9 rakyat Malaysia itu.

Bagi kuasa besar yang bermusuh dgn Korea Utara itu, nasib dan nyawa 9 rakyat Malaysia tidak penting, kata sumber itu. Tetapi bagi kerajaan BN Malaysia, setiap warga rakyat adalah aset negara dan kerajaan akan lakukan apa saja untuk memastikan keselamatan rakyatnya.

Kita juga menjangka media asing mengharapkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini, tetapi sebagai negara yang berdaulat, kerajaan Malaysia telah berjaya menyakinkan Korea Utara untuk membebaskan kesemua 9 rakyat Malaysia tanpa gagal.

Sumber juga mendedahkan bahawa proses rundingan berlangsung dgn penuh serius di mana kedaulatan Malaysia kekal selain mendesak 4 rakyat Korea supaya menyerah diri kekal kerana mereka adalah suspek.

Kerajaan Malaysia juga tidak tunduk dengan tekanan supaya kes pembunuhan Jong Nam diubah kepada mati biasa walaupun dipaksa oleh Korea Utara. Pendirian kerajaan Malaysia ialah kes akan tetap diteruskan dan 4 suspek kekal dlm Interpol Red Notice.

Kerajaan Malaysia juga tidak akan tarik balik siasatan kerana ianya melibatkan undang-undang negara dan kedaulatan undang-undang.