Senarai Bukti Penipuan Mahathir Tentang Pinjaman & Hutang.

Disember 29, 2016 Admin 1 Comments

Terdapat satu artikel menarik semalam di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengubah sejarah semata-mata mahu mempertahankan dirinya. Sebagaimana dijangka, jawapan Dr Mahathir sarat dengan penipuan dan pembohongan.


Antara petikan daripada laporan itu, Dr Mahathir menafikan keadaan ekonomi hari ini adalah lantaran reformasi ekonomi yang dilakukan ketika masih berkuasa.
Beliau menjawab satu tulisan daripada Dan Slater dari Unversiti Chicago yang berkata, perjalanan ekonomi Malaysia mula ranap ketika Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri dan bukannya ketika Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan itu.
Slater turut mendakwa Dr Mahathir tidak membuat sebarang pengubahsuaian yang diperlukan bagi menarik negara ini keluar daripada krisis, sebaliknya membebankan negara dengan pinjaman dan perbelanjaan.
“Itu tidak benar. Jika krisis dimulakan oleh saya, saya telah, ketika berkuasa selama 22 tahun, berdepan dengan masalah pembayaran hutang, kemelesetan ekonomi dan lain-lain,” katanya melalui portal berita Free Malaysia Today.
Tiada kemelesetan ekonomi? Dr Mahathir buat-buat lupa kerana terdapat beberapa kegawatan dan kelembapan ekonomi ketika pentadbirannya selama 22 tahun, iaitu kemelesetan ekonomi pada 1985, 1998 dan kelembapan ekonomi pada 2001.
Bagaimana Dr Mahathir boleh menafikan hakikat ini tanpa ragu-ragu?
Jika beliau masih mudah lupa, beliau hanya perlu pergi mengunjungi Plaza Rakyat, Lembah Beringin, Duta Grand Hyatt dan Bandar Wawasan, antara berdozen projek yang terbengkalai kerana krisis pada 1998
Foto: Projek Plaza Rakyat yang masih terbengkalai yang turut digelar kolam paling besar Kuala Lumpur dan tempat pembiakan Aedes terbesar di ibu negara.
Selepas hampir dua dekad terbengkalai ketika pentadbiran Dr Mahathir, ia kini dipulihkan.
Ia sama seperti pemulihan projek Bandar Wawasan yang kini menjadi Quill City Mall pada 2012 selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengarahkan semua projek terbengkalai dan merosakkan lanskap pemandangan kemajuan Kuala Lumpur diselamatkan.
Foto: Peninggalan Dr Mahathir bagi Bandar Wawasan.
Foto: Bandar Wawasan yang dipulihkan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib.
Sarawak serta negeri di Pantai Timur, tol, kawalan modal hinggalah kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), pengangkutan awam dan keseimbangan ekonomi, pentadbiran Najib pada masa ini berterusan memperbetulkan kesilapan Mahathir dan salahlaku.

Dr Mahathir terus mempertahankan dirinya dan berkata:
“Mengenai isu meminjam wang, Dr Mahathir menafikan telah membuat pinjaman yang besar ketika pentadbirannya selama 22 tahun.
“Dr Mahathir turut mengakui cuba mendapatkan pinjaman ketika negara menghadapi krisis kewangan pada penghujung 1990-an namun gagal memperolehi dana diperlukan.
“Sebaliknya, orang ramai akan dapat melihat rekod pinjaman. Sangat sedikit. Malah ketika krisis kewangan, kita cuba mendapatkan pinjaman namun gagal,” dakwa Dr Mahathir dalam laporan itu.
TIDAK MEMINJAM BANYAK?
Pada lima tahun pertama dilantik sebagai Perdana Menteri, pentadbiran Dr Mahathir merekodkan kenaikan 235 peratus hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sebagaimana carta di atas. pada 1985, nisbah hutang kepada KDNK negara berganda kepada 103.4 peratus daripada hanya 44 peratus. Menambah beban kewangan negara, kebanyakan pinjaman dibuat Dr Mahathir ketika itu adalah dalam matawang asing.
Pada tahun itu, jika pendapatan negara adalah RM100, kita berhutang RM103.40, dan secara teknikalnya kita sudah bankrap.
Bagaimana Dr Mahathir mudah lupa akan hakikat ini?
Dibandingkan antara hutang kepada KDNK pada hari ini ialah 53.6 peratus, bermakna jika pendapatan negara adalah RM100 contohnya, kita hanya berhutang RM53.60.
Dan jangan lupa kepada kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa tiada kemelesetan.
Jika tiada kemelesetan, mengapa Dr Mahathir perlu merayu daripada Singapura, Jepun dan beberapa negara lain untuk meminjam wang?
Dan tentu sekali Singapura menolak permintaan itu memandangkan berdekad lamanya Dr Mahathir tak lekang menghentam Singapura.
Dr Mahathir kemudian mendakwa:
“Menyentuh isu pinjaman, Dr Mahathir menafikan telah membuat pinjaman yang banyak ketika pentadbiran 22 tahunnya sebagai Perdana Menteri.
“Tunjukkan bila saya meminjam wang. Saya hanya meminjam wang dari Jepun kerana tawaran mereka dengan faedah rendah iaitu 0.7 peratus dan bagi tempoh bayar balik selama 40 tahun.”
“Ia seperti wang percuma. Jika anda tidak meminjam, maka anda adalah bodoh. Maka dengan itu, saya pun meminjam,” katanya kepada portal iMoney.
Pada 1 Jun 1981, 100 Yen Jepun adalah sama nilai dengan RM1.06.
Ketika Dr Mahathir meninggalkan jawatannya pada 31 Oktober 2003, 100 Yen telah melonjak kepada 3.5 ganda iaitu RM3.49.
Memandangkan semua pinjaman dibuat Dr Mahathir bagi pihak semua rakyat Malaysia daripada Jepun, ia dibuat dalam matawang Yen dan peningkatan 3.5 ganda matawang Yen ketika zaman pentadbirannya menyebabkan ia satu beban yang amat mahal berikutan keengganan beliau untuk mengikat atau menguruskan kadar tukaran matawang bagi pinjaman itu.
Contohnya, pinjaman berjumlah RM50 bilion dalam YEN bermakna ia akan menjadi RM150 bilion.
Baru-baru ini menteri bertanggungjawab terhadap ekonomi, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mengesahkan perkara ini.
“Untuk makluman Dr Mahathir statistik terbaru Bank Negara menyatakan 97% hutang Malaysia dalam ringgit.
“Keputusan kerajaan untuk hanya meminjam dalam ringgit ialah kerana belajar daripada kesilapan lalu dalam pentadbiran Dr Mahathir,” katanya.
Rahman mendakwa Dr Mahathir meminjam dari Jepun dengan pinjaman dalam yen, namun peningkatan nilai yen menyebabkan kerugian kepada negara.
“Kerajaan pada masa ini bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan itu. Itu sebabnya hutang kerajaan dibuat dalam ringgit dan hanya terkesan daripada pergerakan pertukaran wang asing,” katanya.
Beliau turut menyelar “pembangkang yang diketuai DAP” kerana terus menerus menyatakan Malaysia akan bankrap.
“Kami hendak tanya Dr Mahathir mengapa Malaysia tidak bankrap ketika dia berhutang 2 kali ganda berbanding hutang sekarang, iaitu dari 44% kepada 103.4% nisbah hutang kepada KDNK pada 1986.
“Jika pada takat 103.4% kita tidak bankrap, bagaimana nisbah hutang kepada KDNK sekarang 54% akan menyebabkan Malaysia bankrap,” kata Abdul Rahman.
Ya, kita belajar daripada pengalaman, terima kasih kepada Dr Mahathir. Malaysia kini mempunyai pinjaman dalam matawang asing paling kecil.
Dr Mahathir turut mengakui:
“Peningkatan nilai matawang Yen membebankan kewangan kerajaan Asia Timur yang telah meminjam secara banyak daripada Jepun dan terpaksa membayar pinjaman itu dalam matawang yang sangat tinggi.
“Kita telah cuba berunding pinjaman itu bagi membolehkan ia mengurangkan beban hutang kita kepada Jepun,” jelas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya di Jepun. Beliau turut menambah, “Kita bagaimanapun tidak diberi satu Yen pun pengurangan.”
“Ia adalah seperti wang percuma. Jika anda tidak meminjam, maka anda adalah bodoh. Maka saya pun meminjam,” kata Dr Mahathir.
Dan Dr Mahathir membuat kenyataan itu bukan bertahun-tahun dahulu, tetapi semalam.
Dan sejarah menunjukkan sebaliknya, kini siapa yang bodoh sebenarnya?
Hanya mereka yang bodoh sahaja akan mempercayai dengan pembohongan tanpa henti beliau dan penafian rapuhnya.
Dan satu lagi kenyataan yang dibuat ialah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika penutupan Persidangan Tahunan parti itu pada 4 Disember 2016 di mana turut dihadiri Dr Mahathir:
Baca: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/04/tindakan-najib-main-isu-perkauman-tanda-terdesak-kata-guan-eng/
Tindakan Umno memainkan isu perkauman adalah tanda ia berada dalam keadaan terdesak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata, tidak seperti presiden semasa Umno Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menggunakan sebarang “taktik kotor” sepanjang 22 tahun beliau memimpin parti.
“Dr Mahathir, pada perhimpunan agung Umno zamannya, tidak pernah menggambarkan DAP sebagai musuh nombor satu beliau.
“Beliau tidak perlu melakukan ini kerana mampu mengurus negara dan ekonomi dengan baik,” kata Guan Eng.
Kenyataan itu bagai kita semua dalam keadaan koma selama 22 tahun atau kita telah terlupa apa yang dikatakan oleh DAP selama ini mengenai Malaysia, bom jangka yang meletup dan bankrap, negara gagal, skandal mega, krisis ekonomi pada 1985 dan 1998. Guan Eng membayangkan kita semua terlupa akan skandal pertukaran matawang RM30 bilion, IPP kroni, polisi bumiputera membantutkan ekonomi negara, skandal PKFZ yang diluluskan oleh Dr Mahathir. Semuanya bagai hilang begitu sahaja.
Dan Mahathir tidak pernah memanggil Lim Kit Siang atau DAP sebagai rasis. Tidak pernah.
Secara tiba-tiba hanya kerana Dr Mahathir sudah berada dalam kem mereka, Guan Eng mendakwa Dr Mahathir tidak pernah rasis dan telah menguruskan negara dan ekonominya dengan baik sepanjang 22 tahun.
Di manakah pendirian Guan Eng?
Saya kesian kepada penyokong DAP yang terpaksa mendengar penipuannya.
Guan Eng dan DAP langsung tidak mempunyai pendirian tetap.
Ia juga bermakna apa sahaja yang dikatakan selama 22 tahun melalui berpuluh ribu ceramah, kenyataan, temuramah adalah satu pembohongan?
Tempoh 22 tahun bukan sekejap.
Jadi mengapa perlu ada yang masih mempercayai DAP lagi?
DAP menganggap kita semua bodoh?
Sekurang-kurangnya seorang perwakilannya tahu dia tidak mahu lagi diperbodohkan oleh DAP dan Dr Mahathir.

1 ulasan:

  1. Kami adalah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
    bantuan seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda melalui kewangan
    Masalahnya, jika anda mengalami kekacauan kewangan dan memerlukan dana
    memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau bayar
    bil, mulakan perniagaan yang baik atau anda merasa sukar
    dapatkan modal pinjaman dari bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e-mel
    rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

    "Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu,
    Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

    Nama anda: ______________________
    Alamat Anda: ____________________
    Negara anda: ____________________
    Tugasan anda: __________________
    Amaun pinjaman yang diperlukan: ______________
    Tempoh pinjaman: ____________________
    Pendapatan bulanan: __________________
    Nombor telefon mudah alih: ________________
    Adakah anda memohon pinjaman terdahulu: ________________
    Sekiranya anda memohon pinjaman terlebih dahulu, di manakah anda dilayan dengan jujur? ...

    Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, huru hara, dan cabaran
    hubungi FIRM PINJAMAN REBECCA WILLIAMS hari ini melalui e-mel:
    rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

    BalasPadam

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.