Bila PPBM Nak Siasat Skandal Muhyiddin Pula?

Disember 28, 2016 Admin 0 Comments

Oh. Cap Bunga ialah parti bodoh dan alasan semua keliruan ini ialah kerana merupakan “kesilapan teknikal”. Angkat sumpah pun “kesilapan teknikal”. Betul kata Anina; "Parti bodoh". Memang Parti Virus.

Beberapa jam selepas disingkirkan sebagai ketua wanita Parti Pribumi, Anina Saadudin berkata, keputusan itu boleh dikaitkan dengan dakwaan beliau terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya. 

“Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya kepada FMT. Anina menegaskan dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita , namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor. Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu. 

“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi. Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”. 



“Beliau dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Tertinggi, bukan sebagai ketua Srikandi,” katanya kepada FMT. Dalam pada itu, Anina mempersoalkan dakwaan Mukhriz dan Shahruddin yang beliau sekadar “menaja” jawatan itu, manakala barisan pucuk pimpinan PPBM yang diumumkan bulan lalu adalah pelantikan rasmi. 

“Parti ini baru berusia 3 bulan, tetapi dipimpin seorang presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman politik. “Beliau lebih bijak,” katanya secara sinis. Anina bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks. 

Jun lalu, Presiden PPBM, Muhyiddin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.