Macai CAP BUNGA MEMEKAK PASAL TUDM SUNGAI BESI TETAPI TUTUP CERITA SEBENAR TENTANG KEJAHATAN MAHATHIR TERHADAP ATM.

Januari 09, 2017 Admin 0 Comments

CAP BUNGA MEMEKAK PASAL PANGKALAN UDARA TUDM SUNGAI BESI, TAPAK KEM TRANSIT JALAN AMPANG DAN KEM REJIMEN 502 JALAN AMPANG TAK MAHU CERITA JUGAK KE... TAHUN 1999 TU!
Puak Cap Bunga sedang berkompang kononnya Najib telah menjual tanah tentera kepada China. Ada juga anggota tentera yang telah terpengaruh tanpa mengetahui perkara sebenar.
Hakikatnya, penutupan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi merupakan sesuatu yang sangat wajar memandangkan pangkalan tersebut tidak lagi strategik, bahkan dikelilingi bangunan pencakar langit, dan sangat terdedah kepada sebarang elemen subversif.
Penggantian 303 hektar bersamaan 750 ekar di Sendayan bagi pangkalan udara TUDM selain pembinaan beberapa kem tentera dan pangkalan udara bagi unit PDRM Udara, jauh lebih baik dan lebih selesa, namun langsung tidak disentuh atau cuba disembunyikan oleh puak berkenaan.
Barangkali ramai yang tidak sedar, sekitar tahun 2005, KSU Kementah menyuarakan tidak puas hati apabila terdapat 15 projek ATM terbengkalai, termasuklah Kem Transit Jalan Ampang dan Kem Rejimen 502 (AW) Jalan Ampang yang telah pun ditutup tetapi Kem Transit dan kem 502 gantian, masih tidak dapat disiapkan semenjak tahun 1999.
Wisma Transit berketinggian 10 tingkat yang dibina menggantikan Kem Transit Jalan Ampang hanya disiapkan pada tahun 2008 setelah sekian lama terbengkalai. Ia sepatutnya siap pada tahun 1999.
Tapak Kem Transit Jalan Ampang (berhadapan dengan Hospital Gleneagles), telah dikomersialkan.
Siapa pemilik tanah itu sekarang? Ini adalah kerana kaedah yang digunakan pada waktu itu ialah, Kementerian Pertahanan akan membayar nilai projek tersebut dengan penukaran tanah milik Kerajaan Persekutuan kepada syarikat terbabit.
Penyokong Mahathir seronok menyorak tentang Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, tetapi mereka lupa tentang SWAPPING TANAH pada zaman Mahathir yang sangat rakus dilakukan!

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.