APA LAGI KHALID SAMAD... KATA HERO SANGAT... TAJUDDIN DAH CABAR TU, ULANGLAH BALIK 'MENTERI SIAL' KAT LUAR DEWAN PULA!!!
Khalid Samad kini boleh membuktikan yang dia tidak berselindung di sebalik kekebalan Ahli Parlimen, apabila Tajuddin Rahman mencabarnya agar mengulangi ayat 'MENTERI SIAL' yang dituturkannya ketika membela Teresa Kok, kesan daripada kekeliruan fikirannya yang mengaitkan perkataan 'KOK' dengan kelucahan melampau.
KOK adalah nama keluarga Teresa, Ahli Parlimen Seputeh.
Teresa Kok yang malu alah selepas cuba mencelah dan mengganggu ucapan Tajuddin Rahman, menjadikan kata-kata Tajuddin Rahman, 'The only woman with 'a Kok' is in Seputeh', sebagai bahan untuknya menagih simpati, sekaligus cuba menafikan nama keluarganya adalah KOK.
Khalid Samad yang kemudiannya cuba berlagak hero dan sebagai penyelamat menggelarkan Tajuddin Rahman sebagai 'Menteri Sial' kerana memanggil nama 'KOK' yang baginya merupakan satu cubaan mencarut atau melucah.
Kini, Tajuddin mencabar Khalid Samad untuk mengulangi semula makiannya di luar Dewan.
"Saya tak boleh terima dia cakap saya sial, malah Parlimen juga tidak membenarkan perkataan itu disebut dalam Dewan Rakyat," kata Tajuddin kepada pemberita di Lobi Parlimen. Tajuddin menegaskan beliau akan mengarahkan peguam bagi tindakan selanjutnya untuk menentukan sama ada Khalid berada di pihak yang benar.
Tajuddin mengulas tindakan Khalid yang mengeluarkan perkataan itu ketika Tajuddin menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berhubung inisiatif kerajaan bagi memartabatkan kualiti beras negara.
Terdahulu, Khalid mengeluarkan perkataan itu selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (DAP-Seputeh) wanita yang mempunyai nama dengan perkataan 'Kok' di Seputeh.
Bagaimanapun, gurauan tersebut menyebabkan Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa anggota Parlimen pembangkang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk Khalid yang berkata 'sial'. Kekecohan itu bagaimanapun ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan 'Kok' adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.
Tajuddin berkata, "Teresa cuba kacau saya ketika saya nak menjawab soalan.
Dia seorang sahaja mempunyai nama 'Teresa Kok'. Tapi itu tak bermaksud bila saya cakap begitu boleh mengizinkan Shah Alam (Khalid) bangun dan cakap saya sial, sial, sial, itu tak mewajarkan dia bercakap perkataan sial," katanya. (RUJUK SINI)
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.