BANGLO MEWAH : NASIHAT PEDAS ADAM ADLI KEPADA DATUK ADAM ROSLY
Pesanan Adam Adli Kepada Adam Rosly.
Nama dah hampir sama tapi nasib jauh berbeza, seorang jutawan muda seorang dah jadi aktivis sosial yang tidak lagi aktif berpolitik.
--------------------------------------------------------------------------------
“Saya tidak ada sebarang perkara hendak kecam pada mana-mana individu, apa lagi perkara itu belum dibukti salah benarnya. Cuma suka saya berkongsi rasa dan pandangan, iaitu lazimnya, lihat balik kepada lipatan sejarah.
“Antara tanda awal bibit kejatuhan sebuah kerajaan hebat mahupun empayar besar itu adalah apabila rakyatnya sedang hidup dalam keadaan sukar, tetapi pemimpinnya pula dilihat makin mewah dan senang lenang.
“Ini telah diajar dalam sejarah moden kita sendiri. Baik di Perancis, di Iran, di Mesir, di Indonesia, di Filipina, di Rusia, di mana-mana negara sahaja di dunia ini,” tegas Adam Adli kepada portal pro kerajaan Pusat itu.
Beliau juga membangkitkan kisah kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada 2008 apabila rakyat negeri itu menghukum parti pemerintah yang ‘terleka’ dan tidak menjaga kepentingan rakyat bawahan.
“Di Selangor dahulu pun, apabila rakyat melihat pemimpinnya mewah, tapi rakyatnya masih menunggu rumah kos rendah mereka tolak BN. Dan apabila jatuh pula, jangan diharapkan rakyat akan berasa simpati.
“Tiada satu pun pemimpin mewah dalam negara atau negeri yang masih lagi rakyatnya pula kena hidup susah, akan dikasihani kembali oleh rakyatnya setelah mereka itu jatuh. Malah selama-lamanya pula akan dihina.
“Maka sebab itu, saya fikir wajar untuk kita berhati-hati dalam menilai duduk letak diri jika mahu jadi pemimpin,” katanya sambil berpesan kepada Adam Rosly, supaya pemimpin muda itu berpada-pada mengumpul kekayaan.
Ini kerana sebagai pemimpin kecil dalam parti, tanggungjawab sebenar mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat marhaen yang teruk tertindas dan bukan pula hidup bermewah-mewah dengan segala macam aset mahal.
“Kita hormati hak individu masing-masing untuk kumpul kekayaan diri sendiri, untuk pilih gaya hidup masing-masing, cuma untuk bergelar pemimpin yang mewakili rakyat tertindas, maka kenalah berpada-pada juga.
“Penilaian kita biar waras. Ini saya kira pedoman yang baik untuk semua yang bergelar pemimpin. Terserah kepada pendirian masing-masing untuk menerima atau tidak,” luah Adam Adli lagi.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.