CUBAAN MENGHALAU ORANG MELAYU DARI TANJUNG SEPAT
Secara sedar atau pun tidak, kerajaan Selangor hari ini mungkin mempunyai niat untuk menghalau orang Melayu yang tinggal di Tanjung Sepat.Ini adalah berikutan dengan projek ternakan babi mega dikawasan berkenaan.
Ini diakui sendiri oleh exco pertanian negeri Selangor.
Majoriti penduduk di Ladang Tumbok Tanjung Sepat adalah dikalangan orang Melayu dan kenapa kerajaan negeri dibawah pentadbiran Azmin Ali perlu meletakkan kandang babi di kawasan tersebut.
Kerajaan negeri agaknya lupa dengan apa yang berlaku beberapa tahun dahulu apabila negara dikejutkan dengan sejenis virus bawaan babi yang mengakibatkan kematian.
Sejauh mana pun kecanggihan pusat ternakan ini, sudah pasti ianya mempunyai risiko dan risiko ini akan ditanggung oleh penduduk Tanjung Sepat.
Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat yang mengundi kerajaan pada dua pilihanraya yang lepas? Dengan menghadiahkan kandang babi di kawasan merek??
Tepuk dada tanya pada otak, masih berakal atau pun tidak.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.