Kini Profesor P. Ramasamy mula dipinggirkan oleh Pemimpin dan Ahli DAP Pulau Pinang.
*Kenyataan Media*
*J. Dhinagaran*
*Malaysian Indian Congress (MIC)*
*Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)*
1. Selepas dimalukan oleh Lim Guan Eng dalam isu perlantikan Chow Kon Yeow sebagai bakal Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Profesor P. Ramasamy kini dihina pula oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto selepas gambar beliau (P. Ramasamy) tidak diletakkan pada banner Majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali 2016 di kawasan Parlimen Batu Kawan walaupun beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
2. Lebih mengejutkan lagi Profesor P. Ramasamy sebenarnya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai yang terletak dibawah kawasan Parlimen Batu Kawan, tempat (Taman Inderawasih)dimana Majlis Rumah Terbuka Hari Deepavali 2016 itu bakal diadakan. Nampaknya Profesor P. Ramasamy kini diboikot oleh pemimpin serta ahli-ahli DAP seluruh Pulau Pinang dan seperti beliau tidak dijemput ke majlis yang dianjurkan oleh Kashturi Patto.
3. Secara peribadi, saya melihat tindakan Kashturi Patto ini sebagai satu tindak balas dan langkah awal untuk "menamatkan" karier politik Profesor P. Ramasamy di Pulau Pinang. Umum ketahui bahawa Lim Guan Eng sememangnya tidak yakin dengan kebolehan dan tahap kepimpinan Profesor P. Ramasamy dalam mentadbir negeri dan oleh sebab itu Chow Kon Yeow bakal dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru menggantikan Lim Guan Eng.
4. Tindakan Kasthuri Patto ini adalah respon terhadap tindakan jijik beberapa pegawai Profesor P. Ramasamy yang bekerja keras untuk menjatuhkan Kashturi Patto di Parlimen Batu Kawan. Salah satu tindakan kumpulan Profesor P. Ramasamy adalah dengan melantik Satees Muniandy sebagai Setiausaha DAP Batu Kawan sekaligus memberi tekanan kepada Kashturi Patto.
5. Malah, baru sebentar tadi saya difahamkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh JKKK kawasan Perai apabila kanopi yang dipasang oleh Profesor P. Ramasamy untuk sambutan majlis Hari Deepavali ADUN Perai esok telah dibakar oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab. Nampaknya pertelingkahan antara kedua kumpulan DAP di Pulau Pinang ini semakin kritikal.
6. Akhir sekali saya juga berpendapat bahawa tindakan segelintir ahli DAP berbangsa India di Pulau Pinang yang menghina Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor juga membuktikan bahawa Profesor P. Ramasamy telah gagal mengawal tingkah laku serta disiplin ahli akar umbi DAP dan ini sedikit sebanyak membuktikan ahli DAP sudah tidak hormat lagi kepada Profesor P. Ramasamy sebagai pemimpin mereka.
7. Konklusinya, saya merasakan Profesor P. Ramasamy kini mula dipiggirkan oleh pemimpin -.pemimpin DAP di peringkat negeri dan pusat dan hanya menunggu masa untuk digugurkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dan digantikan dengan calon yang lebih berkebolehan.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.