EZAM MD NOOR MINTA KPN TANGKAP JHO LOW...????

November 21, 2016 Admin 0 Comments

KPN: Mana waran tangkap Jho Low?

1.Merujuk kenyataan saya 12 Nov lalu dan bbrp laporan media Singapura dan Antarabangsa yang membuat liputan perbicaraan kes 1MDB d Mahkamah Singapura. 

2.Sudah lebih satu minggu berlalu mengapa pihak berwajib kerajaan Malaysia khususnya  Ketua Polis Negara masih membisu terhadap persoalan serius ini? 

3.Pihak Polis boleh menangkap puluhan pemimpin dan aktivis Bersih tetapi seorang Jho Low tidak boleh dikesan sama sekali?bukan sahaja tiada tangkapan.waran tangkap pun tidak dikeluarkan! 

4.saya desak KPN membuat penjelasan segera mengenai hal ini.Beliau punya tanggungjawab menjelaskan kerana kes 1MDB adalah dibawah siasatan PDRM. 

5.Tolong jaga dan bela maruah negara.cukuplah kita ada seorang PM yang menjadi bahan lawak dan cemuhan seantero dunia. Kita tidak boleh biarkan institusi2 lain di negara ini ranap kredibiliti dan maruah hanya kerana ketakutan kepada seorang Jho Low.Atau ketakutan kepada seorang yang dibelakang Jho Low? 

Mohamad Ezam Mohd Nor 
Pengerusi Hisbah 
21Nov 2016/21 Safar 1438H 

komen aku : Nak Tangkap Jlow atas kesalahan apa..? Sebab tipu Aabar? Lantak la.. itu bukan masalah 1MDB. siapa yang sebenarnya membuat kan pemimpin kita menjadi bahan lawak dan cemohan seluruh dunia.. bukan kah pihak belah sana. kalau tangan itu tidak boleh membantu. jangan lah jadi tangan yang menghancurkan

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.