Kadir bukan pertahan Desa Water Park atau Cina Dap, tapi hanya penjuangkan hasrat Tun M
1. Pelik apabila A Kadir Jasin menulis tentang "Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?" kerana dia sendiri menyedari dan banyak menulis mengenai bahaya Cina Dap dari segi ideologi mereka yang memperjuangkan sosialisme, sekularisme dan liberalisme serta menyifatkan parti itu pada Mei 2012 sebagai "sebuah parti yang cenderung kepada pencetusan gelora". Sudah tentu Kadir sedar membandingkan Cina Dap dengan orang Cina lain bukan suatu perbandingan yang bijak dan tepat.2. Pelik juga kerana di sebalik dakwaan Kadir bahawa dia membaca berita akhbar The Star bertarikh 30 September 2016 mengenai penutupan Desa Water Park, dia gagal menyedari bahawa dalam artikel yang sama jelas disebut kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz bahawa "DBKL telah menjual tanah ini kepada pembida paling tinggi" dan ia dijual di atas syarat pemaju bersetuju membangunkan rumah mampu milik, iaitu Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
3. Jika Kadir membaca berita tersebut secara teliti dan memahami keseluruhan kandungannya, sudah pasti dia memahami bahawa penjualan tanah ini dibuat secara bidaan terbuka dan tidak perlu lagi mempersoalkan kenapa ia tidak diberi kepada GLC, GILC atau GOC. Tidak timbul juga persoalan kenapa Perdana Menteri perlu mengarahkan Khazanah, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) untuk membeli dan memajukan tapak tersebut. Jika mereka berminat, buatlah cadangan dan bidaan yang lebih baik. Apapun, pastinya, penjualan tanah ini jauh lebih baik dari membiarkan ia dipajak secara berterusan oleh syarikat Berjaya yang dimiliki sahabat baik Tun Dr Mahathir, Tan Sri Vincent Tan.
4. Artikel Kadir mencerminkan kecelaruan pemikirannya yang mencampur adukkan soal Desa Water Park, Taman Tugu Negara dan Bandar Malaysia, 1MDB, orang Cina bukan kroni dan orang Cina kroni serta orang Cina Malaysia, orang Cina Dap dan rakyat negara China.
5. Kadir cuba berbohong apabila menyebut "60% saham projek Bandar Malaysia dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China." Fakta sebenar adalah ekuiti Bandar Malaysia masih dimiliki oleh 76% rakyat Malaysia, iaitu 40% oleh kerajaan pusat, 14% oleh kerajaan negeri Johor melalui syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan 22% oleh rakyat Cina Malaysia melalui syarikat Credence Resources. Manakala rakyat China, melalui syarikat CRC memiliki 24% ekuiti. Jelas Kadir tidak merujuk fakta apabila menulis dan cuba mengelirukan pembaca yang tidak teliti.
6. Kadir cuba memutar belit konteks pembangunan Bandar Malaysia apabila mempersoalkan "bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik
1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?". Konteks sebenar adalah, pertama, tidak perlu kerajaan menyerahkan pembangunan Bandar Malaysia kepada GLC dan GLIC kerana sumber dananya masih dana berkaitan kerajaan. Bukankah lebih mudah dan menjimatkan sekiranya kerajaan menyuntik dana dari KWSP, KWAP dan LTAT ke dalam 1MDB bagi membangunkan Bandar Malaysia? Tetapi, siapakah yang menyerang 1MDB sebegitu rupa dan menghalang kerajaan dari membantu 1MDB?
7. Kedua, Kadir cuba menggambarkan bahawa Bandar Malaysia 'diserahkan' kepada syarikat orang Cina dan China, sedangkan fakta sebenar adalah, proses penjualan ekuiti ini dilakukan melalui bidaan terbuka. Menurut CH Williams Talhar and Wong (WTW), penasihat urus niaga bagi tender untuk Kebenaran Merancang (RFP) Bandar Malaysia, pada peringkat Pernyataan Minat sebanyak 40 syarikat tempatan dan antarabangsa termasuk dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia menghantar cadangan dan 12 syarikat menghantar cadangan pembidaan pada 28 Ogos 2015. 4 syarikat akhirnya disenarai pendek yang terdiri daripada sebuah syarikat pemaju swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat asing yang menghantar cadangan secara persendirian dan sebagai konsortium. Ia bukan soal "syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia", seperti yang didakwa Kadir, tetapi soal siapa boleh memberikan tawaran terbaik.
8. Sekali lagi Kadir cuba memutar belitkan fakta apabila mempersoalkan "siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan
harga RM9 bilion".
9. Pertama, jelas Kadir tidak memahami perbezaan di antara syarikat IPP dengan stesen janakuasa apabila menyebut "IPP hujung usia". Tiada IPP hujung usia, kerana IPP adalah syarikat pembekal tenaga. Kedua, tiada stesen janakuasa 'hujung usia'. Usia stesen janakuasa 1MDB ketika pembelian semuanya, adalah di bawah 20 tahun. 11 daripada 13 stesen ini berusia di bawah 16 tahun. Sedangkan tempoh hayat purata stesen janakuasa di seluruh dunia adalah 30 tahun dan boleh dilanjutkan lebih lama lagi jika diselenggara dengan baik. Ketiga, jika menurut Kadir bahawa IPP ini adalah 'IPP hujung usia', maka dia tidak wajar mempersoalkan penjualan IPP ini pada harga RM9 bilion. Bukankah harga ini amat tinggi untuk 'IPP hujung usia'? Fakta yang cuba disembunyikan oleh Kadir adalah, 1MDB mendapat harga yang baik melaui penjualan 'IPP hujung usia' ini. 3 IPP ini dibeli pada harga RM18 bilion, iaitu RM12 bilion dan RM6 bilion hutang yang diwarisi IPP tersebut, dan IPP ini dijual pada nilai RM17.26 bilion, iaitu RM9.83 bilion dan pengambil alihan hutang sebanyak RM7.43 bilion. Penjualan ini juga dilakukan secara bidaan terbuka dengan 11 syarikat membuat tawaran pembelian. Tidakkah nilai RM17.26 bilion ini terlalu bagus untuk 'IPP hujung usia'?
10. Penipuan Kadir bersambung apabila menyebut, "apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?". Pertamanya, tiada bukti bahawa Perdana Menteri ditipu untuk menubuhkan 1MDB. Malah model perniagaan 1MDB bertujuan mengurangkan pergantungan kepada dana kerajaan dan bidang perniagaan yang diceburinya berpotensi. Walaupun hanya menerima dana sebanyak RM1 juta dari kerajaan sebagai modal permulaan (berbanding Proton yang menerima RM160 juta), potensi 1MDB jelas apabila menjana keuntungan sebanyak RM424 juta pada tahun 2010, RM544 juta (2011), RM44 juta (2012) dan RM 778 juta (2013). Hanya selepas itu 1MDB mengalami kerugian kerana perlu mula membayar hutang dan faedah. Kedua, Kadir amat ketinggalan kerana tidak sedar bahawa selepas Pelan Rasionalisasi 1MDB dilaksanakan, semua hutang jangka pendek dan sebahagian hutang jangka panjang 1MDB telah diselesaikan sepenuhnya lebih awal dari tarikh akhir pembayaran. Sehingga September 2016, hanya tinggal 4 bon dan sukuk yang akan matang pada tahun 2022, 2023 dan 2039, dan pembayaran bon dan sukuk ini telah dipadankan dengan hasil penjualan dan pembangunan aset-aset 1MDB serta pertukaran aset - liabiliti dengan IPIC. Ketiga, tiada bukti kukuh bahawa terdapat duit 1MDB diselewengkan dan ini telah dibuktikan melalui dapatan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
11. Siapa lebih bahaya? Sudah tentu Cina Dap yang memperjuangkan ideologi sosialisme, liberalisme dan sekularisme. Ideologi Dap ini amat bertentangan dengan agama Islam dan beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukankah Kadir sendiri pernah menulis mengenai bahaya ideologi Cina Dap ini? Siapa lebih bahaya? Sudah tentu Cina Dap yang bersikap cauvinistik dan yang disifatkan oleh Kadir sendiri sebagai 'parti pencetus gelora'. Siapa lebih bahaya? Sudah tentu pemfitnah dan pembohong seperti Kadir, yang bercakap tanpa fakta dan menuduh tanpa bukti dan saksi.
12. Sebenarnya bukan soal tanah milik kerajaan seperti Desa Water Park yang diperjuangkan oleh Kadir. Malah Kadir bukan mempertahankan Cina Dap. Sebaliknya Kadir hanya berminat memutar belitkan cerita 1MDB untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Najib Tun Razak, lebih-lebih lagi apabila yang terlibat dalam soal Desa Water Park ini adalah Vincent Tan, orang Cina yang dikatakan kroni kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
TF
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.