RAFIZI MATI KATAK KERANA MENFITNAH.
Akhirnya Rafizi Ramli ke penjara juga!Walaupun belum 'muktamad' kerana proses seterusnya membabitkan rayuan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, tetapi yang pastinya, Mahkamah Sesyen telah mendapati Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan bersalah, dan dihukum penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman bermukasurat 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Zulqarnian Hassan memerintahkan kesalahan bagi dua tuduhan tersebut dijalankan serentak. Hakim turut mempersoalkan tindakan Rafizi yang enggan membuat pembelaan dan berkata, Rafizi juga gagal membangkitkan sebarang keraguan terhadap dakwaan ke atasnya.
Berbeza dengan ikrar Rafizi yang kononnya dia akan lawan dan membuat pelbagai pendedahan berhubung 1MDB di mahkamah apabila dia diheret ke muka pengadilan. Bagaimanapun, dalam proses perundangan yang berjalan, Rafizi Ramli sekadar mendiamkan diri bahkan memberi alasan, dia tidak mahu membela diri kerana muka surat 98 yang dipersoalkan itu tidak lengkap selain tidak dikemukakan di mahkamah.
"Penjelasan ini saya dapat dari video sidang media, menunjukkan Rafizi bukan sahaja tahu malah bagi komen sendiri. Dia baca kandungan dalam muka 98. Dia juga berkata dokumen itu rahsia, 'obviously OSA, is a risk we have to take...'", kata hakim merujuk Akta Rahsia Rasmi. (RUJUK SINI)
"Pada pandangan saya, tertuduh tidak diprejudikan kerana muka 98 sudah pun dikemukakan dalam mahkamah dalam bentuk dalam Facebook dan blog Rafizi," kata Zulqarnain.
Baru satu daripada 12 pertuduhan lain... baru OSA, belum Tabung Haji, belum lagi BAFIA... Kita tunggu berapa lama Rafizi Ramli dan pasukan guaman PKRnya boleh memanipulasikan undang-undang di negara ini.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.