INI BUKTI-BUKTI HIPOKRASI MAHATHIR TENTANG ANWAR & LIM KIT SIANG!
Dr Mahathir nampaknya semakin melanggari segala pegangan dan prinsip beliau selama ini.Sebelum ini, beliau sendiri berpendirian supaya rakyat akur dengan keputusan mahkamah terhadap kes Anwar Ibrahim yang meliwat Saiful Bukhari, pembantu lelaki banduan itu. Lihat video di bawah di mana Mahathir sendiri telah meminta rakyat supaya akur dengan apa sahaja keputusan
Mahkamah :
Bukan itu sahaja. Semasa Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya yang diadakan pada awal Oktober 2016, Dr Mahathir sekali lagi menyatakan pendirian beliau yang menyokong apa sahaja keputusan Mahkamah dan penyokong-penyokong Anwar tidak perlu buat sebarang perhimpunan kerana tidak akan mempengaruhi badan kehakiman.
Tambah beliau lagi, mahkamah mesti mempunyai keputusannya sendiri tanpa perlu mengambil kira populariti individu yang berdepan dengan kesalahan jenayah. mahkamah yang menentukan menentukan keputusannya dan bukannya orang lain. Rakyat mesti terima keputusan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah, kata Dr Mahathir.
"Semua orang hendaklah sama sisi undang-undang. Bagaimana jika esok kita mempunyai seseorang yang menghadapi keadaan yang sama (tetapi) yang tidak mempunyai sokongan orang ramai seperti Anwar."" katanya.Lihat video di bawah :
Malangnya, kenyataan yang baharu sahaja sebulan diucapkan oleh Dr Mahathir itu tampak hanya satu hipokrasi apabila Dr Mahathir muncul di khalayak ramai dengan lencana "Free Anwar Now"!
Mahathir sokong banduan peliwat Anwar dibebaskan sekarang!
Di manakah perginya kenyataan 'Mahkamah yang menentukan keputusan kes' dan supaya 'rakyat mesti akur kepada keputusan Mahkamah' seperti yang diucapkan oleh Dr Mahathir sebelum ini?
Apakah Mahathir percaya Anwar sudah insaf dan tidak akan meliwat lagi apabila keluar dari penjara?
Atau Mahathir sudah lupa atau beliau telah membelakangi segala prinsip beliau selama ini?
Kita sebagai rakyat amat kecewa dengan sikap Dr Mahathir ini apatah lagi bila beliau mula bersekongkol dengan puak cauvinis DAP dan Lim Kit Siang yang pernah Dr Mahathir labelkan sebagai RASIS.
Ini adalah satu hipokrasi.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.