Ringgit Jatuh: Rupanya Mahathir Guna Rujukan Tidak Sah.
JUMAAT lepas (11 November 2016), Mahathir dan pakatan pembangkang yang diketuai DAP, beraya sakan apabila mendakwa kononnya nilai matawang ringgit jatuh sehingga ke paras RM 4.56/per dollar. Maka, cukup sekadar pembacaan dari tajuk yang seperti itu, berkoyan-koyan la makian kepada kerajaan kononnya gagal menguruskan ekonomi dengan baik sehingga berlaku kejatuhan teruk itu.
Apa sekali yang dirujuk Mahathir dan culai-culainya sebagai nilai Ringgit yang dikatakan jatuh teruk itu, rupa-rupanya berlaku di pasaran luar pesisir (offshore) seperti kontrak hadapan tidak boleh diserah (NDF) yang tidak diiktiraf Bank Negara Malaysia.
Memang complicated la sikit pemahamannya ni, tambah-tambah penyokong pembangkang majoriti bodoh tak sekolah, tapi cukuplah difahami bahawa BNM tak iktiraf nilai yang diniagakan di pasaran luar pesisir ni.
Tak hairanlah kenapa laman web Bank Negara sendiri tidak mencatatkan peningkatan sehingga RM 4.56/dollar pada hari tersebut. Seperti yang dijelaskan Penolong Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani dalam akhbar Berita Harian hari ini, “pasaran (matawang) kita ditetapkan pada tukaran dolar-ringgit berasaskan urus niaga dalam negara atau offshore”.
Ini macam mana cerita bekas Perdana Menteri tak tahu pasaran mana yang Bank Negara rujuk untuk menentukan nilai matawang? Ironinya, Ringgit tidak diniagakan luar Malaysia sejak 1998 – keputusan yang penulis percaya ada kaitan dengan kegawatan ekonomi ketika itu dan kejatuhan teruk nilai ringgit ketika Mahathir masih menjadi Perdana Menteri sehingga terpaksa ditambat (pegging) pada kadar RM 3.80/dollar.
Maksudnya besar kemungkinan Mahathir tahulah dia merujuk kepada pasaran yang salah, tapi kenapa dia sengaja melakukannya untuk mensabotaj ekonomi negara!! Patutnya ada tindakan undang-undang yang keras dikenakan kepada pelaku yang sebegini.
Atau kalau tak taknak percaya Mahathir sengaja nak sabotaj, boleh pilih yang satu lagi – Mahathir buta ekonomi, pasaran matawang mana BNM rujuk untuk tentukan nilai ringgit pun dia tak tahu. Nampak sangat segala kejayaan yang diagungkan kononnya dia yang memulihkan kegawatan ekonomi 1998 dulu hanyalah satu dongengan yang sengaja diperbesar-besarkan.
Dalam masa sama, agak aneh BNM memberi penjelasan yang sebegini mudah hampir seminggu selepas rakyat ditipu Mahathir. Memang pada hari yang sama ada kenyataan dari BNM tapi tak jelas dan membuat orang ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.