Masihkah Ingat Bagaimana Polis Dipukul Ketika Demo Haram Bersih?

November 18, 2016 Admin 0 Comments

KITA  amat terkejut dengan kenyataan yang cukup hipokrit dari Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkenaan keselamatan anggota polis akan dipertaruhkan sekiranya Datuk Seri Jamal Yunos yang memimpin gerakan Baju Merah tidak ditangkap.
Masihkah anda ingat bagaimana peserta perhimpunan haram Bersih bertindak ganas memukul anggota polis serta menterbalikan kereta polis tersebut? Adakah perkara ini tidak dianggap ganas oleh Rafizi?
Ketika ini kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal masih lagi belum wujud namun keganasan terhadap polis telah berleluasa dilakukan oleh peserta Baju Kuning. Masihkah Rafizi mahu terus menyalahkan Baju Merah atas insiden tersebut?
Apa yang cuba dilakukan oleh Rafizi hanya lah menakut-nakutkan anggota keselamatan agar Jamal ditangkap dan mereka dapat melakukan jenayah hasutan melalui demonstrasi haram jalanan secara bebas dan tanpa sekatan.
Atau adakah Rafizi “takut” pihak keselamatan akan menggunakan kaedah kawalan, termasuk penggunaan semburan lada, jika perlu dalam menangani perhimpunan haram Bersih dan Baju Merah.
Jika pakatan harapan pimpinan DAP tidak mempunyai keyakinan untuk mengadakan perhimpunan haram tersebut maka mereka sepatutnya menarik diri. Jika mereka menarik diri maka secara automatik pasukan Baju Merah akan turut menarik diri memandangkan kumpulan tersebut hanya bertindak sedemikian atas dasar menentang perhimpunan haram Bersih semata-mata.
Tindakan parti PAS yang enggan menyertai Himpunan haram Bersih kali ini akan memberikan kesan yang agak berlainan daripada sebelum ini.
Pihak pakatan harapan yang diketuai DAP merasa sedikit gusar berkenaan jumlah kehadiran sehingga memaksa mereka mempergunakan Tun Dr Mahathir untuk merayu agar penyokong beliau turut sama dalam perhimpunan tersebut. Namun Mahathir sendiri telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir atas alasan berada di luar negara.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.