Parti Cap Bunga Mengemis Simpati Kerusi Dari Pakatan Harapan.
Bersama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukanlah satu jaminan bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menempah nama dalam Dewan Parlimen.
Sebaliknya parti cap bunga itu harus merayu dan mengemis kerusi dari Pakatan Harapan, walaupun kini mereka disahkan menjadi rakan subahat dalam Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14. Korang ingat Pakatan Harapan tu senang-senang je ke nak bagi kerusi dorang pada ahli baru macam parti cap bunga ni?
Memang tak la! Sebaliknya parti cap bunga perlu berkorban dahulu jika dorang nak ganjaran kerusi. Dorang cuma mengharapkan simpati dari rakan sekutu mereka untuk memberikan mana-mana kerusi supaya parti cap bunga dapat bertanding dalam PRU14 akan datang.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup merayu dan melutut di kaki rakan subahat baru mereka, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP supaya memberi peluang kepada mereka untuk merasai suasana PRU14 kali ini.
Yela, dorang kan takde kerusi lagi… Jadi apa je yang mampu dorang lakukan selain merayu dan meraih simpati kerusi dari Pakatan Harapan. Semenangnya motif parti cap bunga bersetuju untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang, hanyalah untuk mengemis kerusi mereka sahaja.
Kalau tidak, buat apa dorang bersama… Persoalannya, berapa banyak kerusi yang akan diagihkan kepada parti cap bunga tu?? Nak ke DAP dan PKR beri kerusi pada parti cap bunga?? Dengan nak agih pada PAN lagi… Fuhhhhh, makin kurang la kerusi untuk DAP nanti.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.