Tip ‘Khurafat’ Budak WeChat Untuk Pasangan Yang Sedang Bercinta

Disember 14, 2016 Admin 0 Comments

Banyak pula tip dan petua yang mula dikongsikan oleh budak-budak WeChat untuk pasangan yang sedang bercinta.. Memang petua yang dikongsikan budak-budak WeChat ni selalunya sangat berkesan untuk menjadikan korang semua bahagia sampai jahanam..

Waktu bercinta pun dah jahanam, ingat nanti korang semua nak bahagia sampai jannah ke? Bahagia sampai jannah tu kalau korang dah berkahwin dan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki atau perempuan yang halal, maksudnya yang sudah berkahwin.. Bukannya hubungan cinta dengan pasangan yang bukan mahram tu..
Budak-budak WeChat sekarang ni bila tengah bahagia bercinta saja, mulalah muat naik status Islamik.. Padahal tak sedar diri tu dah serupa macam setan.. Guna status Islamik sebab nak hubungan yang terjalin itu kekal bahagia, kalau dah bercinta pun berlandaskan nafsu, tak ada maknanya korang nak bahagia..
Tip baru yang dikongsikan budak-budak WeChat adalah untuk sesiapa yang rindukan pasangan masing-masing.. Kalau korang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh atau ditinggalkan pasangan korang dalam tempoh yang lama, bolehlah guna tip ni..
Biasalah pasangan bercinta ni kalau kena tinggal dengan pasangan 2 jam pun dah rindu kan.. Perempuan ni kongsikan petua dengan baca Al-Fatihah dan sebut nama penuh pasangan korang dan katakan rasa rindu.. Dengan petua ini pasangan korang pun akan rindu pada korang..
Benda macam ni pandai pula budak-budak WeChat nak amalkan.. Suruhan agama yang suruh menutup aurat, tak pula korang nak amalkan.. Memang jenis bangang abadilah budak-budak WeChat ni Miss A rasa.. 

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.