TAKTIK BODOH - NAJIB RAZAK DILAGA-LAGAKAN DENGAN ZAHID HAMIDI
Sebelum ini DC telah menulis dalam Facebook tentang beberapa surat palsu kononnya DS Zahid Hamidi meminta DS Najib Razak meletakkan jawatan.Seperti dijangka, tidak ada pihak yang mengaku. Lebih-lebih lagi apabila ramai pihak termasuk DC & MiM menganggap bahawa surat palsu ini adalah satu taktik yang sangat bodoh.
Apatah lagi, pihak yang merekacipta surat palsu ini cuba melaga-lagakan seorang pemimpin bernama DS Ahmad Zahid Hamidi yang telah menyatakan komitmen beliau untuk menyokong dan membantu DS Najib Razak dengan tanpa berbelah lagi.
Malah Najib Razak sendiri tidak pernah meragui kesetiaan orang kanannya ini dan memberi kepercayaan penuh kepada Ahmad Zahid Hamidi.
DC percaya, sama ada kita pro-BN atau pun pro-Pembangkang, kita pun tidak akan percaya dengan surat palsu ini, malah tergelak besar dengan kebodohan pihak yang menulis serta menyebarkan surat palsu tersebut.
Dalam masa yang sama, kita dapat mengagak bahawa pihak yang menabur surat fitnah ini juga akan ketawa kerana surat itu sekurang-kurangnya telah membangkitkan satu isu yang panas diperkatakan terutamanya dalam media sosial walau pun ianya hanya sehari dua sahaja panasnya serta dijawab oleh MiM dan pihak lain. Malah, regim Pembangkang sendiri pun terpaksa menafikan terlibat.
Tetapi kita tidak boleh membiarkan pembohongan dan fitnah ini berterusan seperti yang sering dilakukan oleh RBA DAP dan cacai pembangkang. Malah, ahli-ahli politik Pembangkang sendiri sering berbohong dan menabur janji kosong.
Kita juga jangan lupa bahawa masih wujud lagi gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut atau api dalam sekam di dalam parti UMNO. Mereka ini sudah pasti terlibat untuk menyebarkan surat palsu dan mengapi-apikan lagi fitnah.
Tetapi peribahasa berkata, angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. Kita akan tahu juga siapa mereka ini.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.