LIM GUAN ENG DAP BERBOHONG, TERLUPA ATAU TAK TAHU?

Disember 15, 2016 Admin 0 Comments

Lim Guan Eng DAP berbohong cuba untuk menipu rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang?


Persoalan ini timbul apabila kita merujuk kepada kenyataan beliau yang dilaporkan di dalam Malay Mail bertajuk "Penang homeowners get assessment exemptions for 2017"bertarikh 11 Disember 2016. Lihat printscreen di bawah:


Di antara lain, Malay Mail melaporkan kenyataan Guan Eng yang mendakwa bahawa pemilik hartanah di Pulau Pinang akan 'dapat menyimpan besar pada tahun 2017 terhadap 'assessment rate' mereka. Setiausaha Agung DAP dilaporkan berkata bahawa kerajaan DAP akan 'menanggung GST 6% tersebut'.

Persoalannya, apakah benar 'assessment rate' ini dikenakan GST 6% atau hanya pembohongan Guan Eng semata-mata?

MiM tidak menuduh tetapi soalan ini timbul kerana kenyataan Guan Eng itu berlainan daripada yang sebenarnya. Jawapannya boleh dilayari di dalam web Jabatan Kastam DiRaja Malaysia : http://gst.customs.gov.my/en/rg/SiteAssets/FAI/0LATEST%20FINAL%20GST%20MADE%20SIMPLE%20%20(1).pdf


Ini jawapannya :

Is assessment rate collected by a local council subject to GST?
NO, assessment rate collected by local council is not subject to GST
since it is form of regulatory and enforcement function of the local council.
Rupa-rupanya,'assessment rate' yang dikutip oleh pihak berkuasa Tempatan tidak perlu dikenakan GST!  

Satu lagi persoalan, apakah Lim Guan Eng DAP berani untuk menjawab isu ini atau beliau mendiamkan diri kerana beliau memang berbohong atau akan menyaman akhbar Malay Mail?

Kita tunggu jawapannya. Dan sebenarnya, banyak lagi persoalan yang tidak dijawab. DAP juga mendakwa kononnya menyokong penuh Perlembagaan Malaysia. Padahal kita semua tahu bahawa terdapat beberapa dasar parti DAP yang mempertikai serta tidak menyanjung Perlembagaan negara.

Fasa II (Matlamat-matlamat) Perlembagaan parti cauvinis DAP perenggan 4 iaitu: 

4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;
Perenggan 4 Fasal II ini tidak menyatakan yang parti DAP mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan. Perenggan 4 itu juga ternyata melanggar Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan: 
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Terdapat kawalan dan sekatan untuk mengembangkan agama lain di kalangan orang Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan negara TETAPI perlembangaan parti DAP TIDAK mahukan undang-undang yang berbentuk sekatan dan diskriminasi!

Parti DAP memang menolak Perlembagaan Malaysia. Parti itu juga pengamal tegar kronisme dan parti korup.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.