Rafizi Dicabar Ulang Kenyataan Duit Kerajaan Diseleweng Dalam NFC.

Februari 12, 2017 Admin 0 Comments

Aku cabar Ahli Parlimen Pandan untuk mengulang dakwaan beliau bahawa wang kerajaan diselewengkan dan digunakan oleh National Feedlot Corp (NFC) secara terus ataupun sebagai jaminan untuk membeli rumah kondo.

Boleh YB Rafizi ataupun mana-mana pemimpin pembangkang mengulas sekali lagi "NFC: Cows for Condo"? 

---
Saya berterima kasih di atas penghakiman Yang Arif Azizul Azmi Adnan yang memutuskan kenyataan saya adalah fitnah dan mengarahkan saya membayar RM300,000 kepada Dato’ Seri Salleh Ismail dalam bentuk gantirugi dan kos guaman.
Saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai sudut-sudut penghujahan yang boleh dikemukakan di dalam rayuan kelak.
Saya akan memaklumkan kepada media apabila rayuan dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.
Sementara saya yakin keputusan ini tidak mengubah pandangan masyarakat mengenai skandal NFC dan segala pendedahan yang saya buat setakat ini, saya mengambil pendirian mempertahankan ruang untuk membawa kebertanggungjawaban kepada mereka yang menggunakan dana awam mestilah dipertahankan sebaik-baiknya.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
31 Oktober 2016


0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.