PM Najib & Korea Utara : Ada Yang Kecewa 9 Rakyat Malaysia Selamat !
PM Najib Razak telah mengotakan janji beliau untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat.Kepulangan 9 rakyat Malaysia itu membuktikan skil diplomasi Najib Razak, Kementerian Luar Negeri dan kerajaan Persekutuan BN yang tinggi dan patut dipuji.
Saya telah menulis artikel tentang isu Korea Utara ini dan beberapa lagi pencapaian diplomasi Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN. ( Baca Sini )
Pembangkang menuduh kononnya cara pentadbiran PM DS Najib Razak melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia berada dalam bahaya.
Kerajaan BN juga dituduh bertindak gopoh, bermegah, tidak mahu menggunakan pihak ketiga dan tidak bijaksana menghadapi konflik Korea Utara itu. Segala tuduhan puak pembangkang ini telah menyerlahkan kebodohan mereka sendiri.
Malah, kedua-dua negara masih tetap menjalani hubungan diplomasi negara walau pun telah bertegang buat seketika dek konflik kematian Kim Jong Nam. Memang mind boggling dan impresif apabila melihat kaedah diplomasi PM Najib Razak dan kerajaan BN Malaysia yang dapat mengekalkan status quo dengan sebuah negara asing yang dianggap keras dan tidak peduli dengan negara lain.
Segala tuduhan serkap jarang pembangkang ini ibarat ludah hijau yang terpalit balik ke muka puak pembangkang. Apatah lagi, puak pembangkang sering memburuk-burukkan nama baik Malaysia di luar negara dan sanggup sabotaj ekonomi negara sendiri.
Kemampuan Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN membawa pulang rakyat Malaysia melalui saluran diplomasi dan rundingan ini bukan sahaja telah mengecewakan puak pembangkang tetapi juga pihak luar negara!
Siapakah pihak luar negara yang kecewa dengan kemampuan kerajaan kecil Malaysia berjaya membawa pulang rakyatnya tanpa sebarang konfrontasi yang tidak diingini?
Sumber mendedahkan bahawa pihak luar negara itu adalah negara kuasa besar yang amat mengharapkan agar negara Malaysia terperangkap dalam mainan konfrontasi mereka. Konflik Kuala Lumpur - Pyongpyang ini diharapkan menjadi lebih besar impaknya dan berlarutan supaya pihak ini mempunyai alasan untuk menekan Korea Utara.
Kuasa besar ini juga amat mengharapkan agar kerajaan Malaysia membuat percaturan yang silap seperti yang diharapkan oleh puak pembangkang dan Korea Utara bertindak lebih keras dan kejam terhadap 9 rakyat Malaysia itu.
Bagi kuasa besar yang bermusuh dgn Korea Utara itu, nasib dan nyawa 9 rakyat Malaysia tidak penting, kata sumber itu. Tetapi bagi kerajaan BN Malaysia, setiap warga rakyat adalah aset negara dan kerajaan akan lakukan apa saja untuk memastikan keselamatan rakyatnya.
Kita juga menjangka media asing mengharapkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini, tetapi sebagai negara yang berdaulat, kerajaan Malaysia telah berjaya menyakinkan Korea Utara untuk membebaskan kesemua 9 rakyat Malaysia tanpa gagal.
Sumber juga mendedahkan bahawa proses rundingan berlangsung dgn penuh serius di mana kedaulatan Malaysia kekal selain mendesak 4 rakyat Korea supaya menyerah diri kekal kerana mereka adalah suspek.
Kerajaan Malaysia juga tidak tunduk dengan tekanan supaya kes pembunuhan Jong Nam diubah kepada mati biasa walaupun dipaksa oleh Korea Utara. Pendirian kerajaan Malaysia ialah kes akan tetap diteruskan dan 4 suspek kekal dlm Interpol Red Notice.
Kerajaan Malaysia juga tidak akan tarik balik siasatan kerana ianya melibatkan undang-undang negara dan kedaulatan undang-undang.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.