Skil Diplomasi PM Najib vs Skil Temberang Pembangkang

April 07, 2017 Admin 0 Comments

Sebelum ini, puak pembangkang mendakwa kononnya cara pentadbiran PM DS Najib Razak melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia berada dalam bahaya.


Pembangkang juga berlagak pandai menuduh kononnya keengganan Najib menggunakan pihak ketiga ketika menangani konflik Kuala Lumpur - Pyongpyang akan menjadikan Malaysia bahan ketawa antarabangsa.

Pembangkang yang tidak ada skil berdiplomasi dengan negara asing selain daripada memburuk-burukkan nama baik Malaysia itu juga mendakwa kerajaan bertindak gopoh, bermegah, dan tidak bijaksana menghadapi konflik Korea Utara itu.

Puak Pembangkang juga berkata bahawa 'bukanlah satu perkara yang mengaibkan bagi negara-negara kecil seperti Malaysia mengunakan khidmat negara ketiga untuk menjadi pengantara rundingan kerana itu adalah sebahagian daripada adat dan resam dunia diplomatik'.

Seperti yang dijangka, puak pembangkang terpaksa menjilat balik ludah hijau yang terpalik ke muka mereka apabila Najib Razak mengotakan janji beliau untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat. Kepulangan 9 rakyat Malaysia itu membuktikan skil diplomasi Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN yang tinggi dan patut dipuji.


Skil diplomasi kerajaan Persekutuan BN terbukti lagi apabila 5 rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf juga telah selamat sampai ke tanah air Malaysia. Kesemuanya diculik di perairan Lahad Datu, Sabah pada 28 Julai 2016.

Najib Razak dan isteri telah meluangkan masa untuk berjumpa mangsa culik bersama keluarga masing-masing. Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), DS Abdul Azeez Rahim yang turut membantu mangsa dan keluarga terlibat juga telah hadir.

DS Najib Razak dan DS Azeez Ibrahim mendengar pengalaman mangsa culik





Syukur Alhamdulillah kerana kesemua yang terlibat telah balik dan dapat bersama kembali dengan keluarga masing-masing.

Dalam masa yang sama, Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN bukan sahaja dapat menyelesaikan 2 isu ini melalui diplomasi tetapi ianya turut terserlah semasa insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada Julai 2014.

Melalui kekuatan diplomasi PM Najib Razak dan kerajaan Malaysia, pihak pemisah Ukraine telah bersetuju menerima tuntutan Malaysia seperti menyerahkan mayat penumpang dan kotak hitam pesawat MH17 yang diserahkan langsung kepada Malaysia.

Malaysia juga telah mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine untuk membenarkan anggota polis antarabangsa memasuki lokasi kapalterbang dan melindungi penyiasat antarabangsa.

Begitu juga dengan peristiwa bersejarah Perjanjian Damai antara Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation (MILF) di Manila pada bulan Mac 2014 yang turut dibantu oleh Najib Razak dan kerajaan Malaysia.


Presiden Filipina Benigno Aquino III telah berkata, 

"Rakyat Filipina akan terhutang budi selama-lamanya kepada Malaysia dan kehadiran Malaysia memberi sinar kepada setiap peringkat perjanjian damai itu...sesungguhnya Malaysia, di bawah kepimpinan Najib, telah memainkan peranan penting."
Isu-isu di atas pasti akan membuka mata kita rakyat bahawa segala tuduhan puak pembangkang tentang tahap diplomasi kerajaan Persekutuan hanya satu cubaan untuk mengaut keuntungan politik murahan daripada kesedihan yang dihadapi oleh rakyat.

Kejayaan Najib dan kerajaan Persekutuan BN ini sudah pasti telah memalukan seluruh kepimpinan pembangkang.

Apatah lagi mereka itu terlibat dalam agenda sabotaj ekonomi negara dengan memburuk-burukkan nama baik Malaysia di luar negara.


Pembangkang memang patut ditolak pada PRU14 nanti.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.