KARTUN HINA PM NAJIB DITURUNKAN !
Sungguh memalukan dan kebudak-budakkan apabila Lim Guan Eng DAP yang berjawatan Ketua Menteri Negeri telah merasmikan satu pameran kartunis Zunar di KOMTAR Pulau Pinang sebentar tadi.Zunar pula seperti mahu memperbodoh-bodohkan rakyat Pulau Pinang dengan berkata kononnya karikatur-karikatur itu 'bukan bersifat politik, sebaliknya lebih kepada kartun rakyat'.
Come on .... Zuhar. Jangan hendak berbohong. Kita semua tahu kiblat politik kamu yang kuning kotor menyokong Pembangkang.
Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri negeri pula sepatutnya bersikap profesional dan tidak berpolitik setiap masa dengan menyokong pameran yang mempamerkan karikatur-karikatur yang turut menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Cuba bayangkan jika kerajaan Persekutuan berfikiran sempit seperti ini dan mengadakan pameran karikatur Lim Guan Eng pula di Putra Jaya.
Jangan kita lupa 'Banglo No Swimming Pool' . 'No Rain No Banjir' dan pelbagai lagi kata-kata Lim Guan Eng yang boleh dijadikan bahan karikatur untuk dipamerkan tetapi MiM yakin Perdana Menteri tidak kebudak-budakkan seperti kroni tegar Kit Siang DAP.
Mujurlah Pemuda UMNO Pulau Pinang telah hadir dan berbincang dengan Zunar sebelum rakyat Pulau Pinang bertindak balas merampas dan menurunkan sendiri karikatur-karikatur berbau fitnah milik Zunar itu.
Kartun-kartun itu diturunkan. Lihat video di bawah:
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.