Sejuta Belia Melayu Belum Daftar Pengundi.

November 26, 2016 Admin 0 Comments

Umno percaya lebih sejuta anak muda Melayu yang layak masih belum mendaftar sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata ketua penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, meskipun jentera Umno di peringkat akar umbi berusaha mengesan mereka, namun agak sukar kerana kebanyakan mereka berada di luar kawasan kerana bekerja.

“Banyak cabaran tetapi Umno kena terus bekerja. Apa yang penting kini adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan mereka yang belum berdaftar,” katanya dalam temubual dengan Bernama menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 di pejabatnya, di sini semalam.

Beliau berkata kesedaran itu penting kerana politik adalah satu-satunya kekuatan kaum Melayu, malah ia merupakan tuntutan fardu Kifayah dalam urusan membentuk kerajaan.

“Kita kena tahu orang Melayu tiada apa, tiada kekuatan ekonomi, tiada kekuatan lain kecuali kekuatan politik kerana kita ramai… tetapi sebenarnya yang ramai itu kini sudah berpecah-belah dan ditambah dengan yang tidak daftar mengundi, maka orang Melayu kena terima kalau kita hilang satu-satunya kekuatan,” katanya.

Malah, kata Annuar, Umno juga mengenal pasti ratus ribu anggota parti yang belum berdaftar sebagai pengundi. — Bernama

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.