Kenapa Pula MalaysiaKini Tidak Boleh Disentuh?
Pelbagai respon ditunjukkan oleh banyak pihak berhubung perhimpunan mengejut Gerakan Baju Merah di hadapan ibu pejabat MalaysiaKini di Jalan Tandang, Petaling Jaya, Sabtu lalu. Dikalangan penyokong, mereka menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal Md Yunus bagi mengajar sedikit MalaysiaKini erti hormat kepada kerajaan hari ini.Bagi kelompok lain pula, mereka menganggap, apa yang dilakukan oleh Baju Merah ini sebagai melampaui batas dan cuba mengganggu urusan media yang dilindungi oleh Persatuan Media Antarabangsa. Dakwa mereka lagi, Baju Merah ini melambangkan cara sistem politik mengugut untuk membolehkan semua pihak tunduk kepada desakan mereka.
Terbaru, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dilapor mendesak kerajaan untuk menghentikan sebarang gangguan terhadap portal MalaysiaKini seperti yang dilakukan oleh Gerakan Baju Merah, Sabtu lalu.
Menurut wakil CPJ Asia Tenggara, Shawn Crispin berkata, dia hairan bagaimana laporan bebas MalaysiaKini boleh dianggap menjadi ancaman dan bukan kebaikan kepada demokrasi Malaysia yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan.
Dalam laporan yang sama, pihaknya menggesa polis hentikan siasatan yang dipolitikkan dan kerajaan berhenti mengancam kebebasab wartawan seperti yang berlaku terhadap MalaysiaKini, baru-baru ini.
Hebat, baru sahaja di gegarkan dengan lebih seribu orang, ianya pantas mendapat reaksi balas daripada agensi luar. Walhal, sepanjang perhimpunan itu berlangsung, tiada sebarang kekacauan ditumbulkan oleh Gerakan Baju Merah. Apa yang dituntut mereka hanyalah jawapan mengenai pembiayaan Open Society Foundation, seliaan George Soros yang membiayai operasi MalaysiaKini.
Jika Shawn memaksa pihak polis dan kerajaan untuk menghentikan gangguan terhadap MalaysiaKini, kenapa Shawn tidak meminta MalaysiaKini berhenti dari memutar belitkan laporan yang dibuat oleh portal berkenaan jika mengulas tentang isu membabitkan kerajaan? Kenapa Shawn tidak memaksa MalaysiaKini mengamalkan budaya menyampaikan berita yang tepat dan sahih?
Apa yang diminta oleh Datuk Seri Jamal dan Gerakan Baju Merah hanyalah jawapan berhubung pembiayaan Soros terhadap portal berkenaan, bukan bertujuan untuk menghancurkan portal tersebut. Adakah CPJ turut terganggu andai ada gerakan yang mahu membongkar pembabitan Soros dalam mana-mana gerakan yang mahu menghancurkan kerajaan?
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.