Penulis Blog Berusia 13 Tahun Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng
Remaja yang membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng pada 23 November lalu dan kini berusia 14 tahun.Dikenali sebagai Ahmad Ali A Karim, penulis blog dan kini belajar di sebuah sekolah di Ampang, Selangor.
Remaja itu mendakwa menulis buku pertamanya pada usia 3 tahun dan blog sejak berusia 4 tahun.
Jumaat lalu, remaja tersebut menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia yang beliau ada kuasa untuk memaksa ketua menteri Pulau Pinang menghabiskan masa sejam bagi menjelaskan kepada polis kenapa satu kenyataannya yang dimuat naik ke limguaneng.com tidak berbaur hasutan, lapor FMT.
Lim Guan Eng menyifatkan laporan dan siasatan polis terhadapnya “remeh”.
“Terpulang kepada polis sama ada mahu meneruskannya, tetapi siapa yang akan dapat faedahnya?” kata Lim kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis, Jumaat lalu.
Seorang lagi pengadu ialah kakak remaja itu yang berusia 20 tahun, Aeshah Adlina.
Remaja yang mendedahkan butirannya kepada Berita Harian memberitahu: “Ayah saya kata dia mahu membuat laporan polis dan saya tanya jika saya juga boleh membuat laporan. Ayah saya benarkannya.”
Seorang pegawai polis kanan yang ditemu bual FMT berkata, tidak salah untuk kanak-kanak atau remaja membuat laporan polis.
Pegawai polis itu berkata, tiada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah yang menghalang seorang remaja daripada memfailkan laporan.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.