AHLI MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK) SEBAR VIDEO 'BLUE' DALAM GROUP WHATSAPP!
Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tan Heng Kim didakwa kerana memuatnaik klip video lucah dalam ‘group’ applikasi WhatsApp.Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, beliau terkejut dengan tindakan tidak bermoral Heng Kim sambil menyifatkan ia sebagai keterlaluan dan melampau. “Kejadian berlaku pada minggu lepas dan kami amat kesal dengan tindakan Heng Kim yang memuatnak klip video lucah tersebut dalam group ‘WhatsApp MPK’.
“Kalau ia untuk tatapan peribadi beliau sahaja mungkin kami boleh faham tapi ‘group WhatsApp AM MPK 43B JKP’ itu bertujuan untuk menyalurkan aduan dan permasalahan rakyat dan bukan untuk perkara seperti ini ,” ujar sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya.
Menurutnya di dalam ‘group WhatsApp’ tersebut terdapat hampir 50 orang ahli MPK yang lain termasuk beberapa orang wanita. “Mungkin dia rasa tindakan itu hanya sebagai gurauan, namun kami merasakan tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan harus dihentikan kerana ini bukan kali pertama dia berkongsi klip-klip video seperti itu.
“Bukan saya seorang malah majoriti ahli kumpulan tersebut turut mengecam tindakan tersebut, mungkin kamu boleh call dia untuk minta penjelasan, sebab saya tak nak nanti orang kata kami cuba untuk memfitnahnya.
“Walaupun ada yang cuba menasihatinya namun dia masih meneruskan tindakan seperti itu jadi kami harap selepas isu ini dibangkitkan dia akan berubah dan berhenti melakukan perkara seumpama itu,” katanya lagi, Sumber tersebut turut mengirimkan beberapa ‘screenshot’ untuk membuktikan dakwaannya itu.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.