APAKAH MALAYSIA AKAN MENERIMA NASIB SAMA SEPERTI UKRAINE?
Dari blog Lim Sian See.
Pada pertengahan tahun ini, pendedahan dan pembongkaran dibuat oleh Wikileaks dan DC Leaks telah menggemparkan kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Ia turut mengheret calon Presiden, Hillary Clinton kepada pelbagai masalah dengan Biro Siasatan Persekutuan, FBI. Banyak pendedahan yang dibuat itu melibatkan Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki George Soros.
Sebanyak 2,576 fail yang kebanyakannya berkait dengan OSF. Pendedahan itu termasuk perancangan sulit yayasan itu, strategi, keutamaan dan aktiviti di seluruh dunia yang ditunjangi Soros.
Terdapat banyak rujukan dibuat kepada Malaysia dan satu program yang menarik perhatian ialah ‘Malaysia Program’ yang turut terkandung dalam dokumen didedahkan itu.
Dokumen ini menarik perhatian kerana ia membuat penilaian terhadap aktiviti Soros bagi ‘pilihanraya bebas dan adil’ di Malaysia termasuk pembiayaan, latihan serta bantuan diberikan Soros kepada Bersih, Merdeka Center, Majlis Peguam dan Malaysiakini, di mana kesemuanya telah mengesahkan kaitan mereka dengan OSF.
Dokumen terbabit juga menyebut Soros mempunyai kepentingan peribadi terhadap Malaysia dan mahukan pembangkang memenangi pilihanraya namun tidak mahu ia terlalu ketara.
Klik untuk paparan imej lebih besar.
Ia menyebut OSF mula menjalankan kerja-kerja mereka untuk Pilihanraya Umum pada 2010 dengan jangkaan pilihanraya akan diadakan pada 2011, dua tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bukan sahaja OSF mengakui membiayai aktiviti Bersih sejak 2010 malah turut berkata:
“Sementara kebanyakan sokongan diberikan adalah melalui pembiayaan geran, Program Malaysia ini memerlukan peranan lebih besar dan bukan lagi sebagai pemberi geran dan turut menjadi pengendali sebenar kerja-kerja yang dilakukan.”
Ya, yayasan ditunjangi Soros adalah pengendali kepada gerakan ‘pilihanraya bebas dan adil’ ini.
Konsisten dengan pendedahan bahawa Soros memainkan peranan secara aktif melobi ahli politik Amerika Syarikat bagi menjatuhkan Najib, nampaknya kumpulan ini telah menjalankan kerja-kerja bagi ‘mengubah’ Malaysia sejak sekian lama dengan pembiayaan wang serta perancangan yang teliti.
Melalui dokumen yang dinilai mereka sendiri, OSF mengakui sokongan mereka terhadap penerima geran kerana ia dianggap ‘instrumental’ bagi mendapatkan sokongan orang awam dan menyokong usaha ‘pertubuhan awam’ dan sokongan itu dianggap berkesan dalam mencetuskan gerakan melibatkan ribuan kalangan remaja.
OSF sendiri mengakui apa yang selama ini kita syaki yang Soros adalah di belakang perhimpunan Bersih.
Soros dikenali sebagai pihak yang terlibat dengan pelbagai gerakan revolusi atau rampasan kuasa di seluruh dunia selain mempengaruhi politik sesebuah negara. Dan pendedahan ini adalah bukti jelas betapa seriusnya penglibatan jutawan ini.
Bagaimana kita mengetahui fakta ini? OSF sendiri mengakui fakta ini melalui dokumen yang didedahkan
Semalam, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mengakui apa dana yang diterima Bersih (daripada NDI dan OSF) dan mendakwa tiada kesalahan untuk menerima dana asing.
Jadi kita lihat kembali dokumen sulit OSF yang didedahkan DC Leaks dan Wikileaks.
Kita menemui banyak pendedahan yang menarik, antaranya ialah:
1). OSF mengakui terlibat dalam pelbagai revolusi warna di seluruh dunia di mana pertubuhan ini mengakui mencetuskan keganasan hingga menyebabkan kematian, termasuk yang paling terkini iaitu dua tahun lalu di Ukraine.
2). Melalui tiga memo dalaman yang ditulis oleh tiga penasihat OSF, Morton Halperin, Jerry Fowler dan Jonas Rolett, OSF berkata ‘pilihanraya bebas dan adil tidak mencukupi dan berkesan bagi memperolehi demokrasi sebenar.’
3). Dokumen OSD menyarankan penggunaan perhubungan media atau propaganda, melobi kerajaan negara barat bagi memberi tekanan kepada negara sasaran serta beberapa lagi langkah.
Satu lagi dokumen berasingan yang didedahkan Wikileaks menjelaskan dengan terperinci bagaimana Soros melobi kerajaan Amerika Syarikat untuk menghentikan sokongan kepada Najib. Pada Mac 2016, Soros bertemu dengan pemimpin Amerika Syarikat bagi mendesak sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri dihentikan.
Melalui satu email bertarikh 6 Mac dengan tajuk ‘John Pang Memo’, Vachon memberita Podesta:
“Saya rasa George (Soros) mahu berbincang mengenai perkara ini, antara topik mahu diperbincangkan.”
Memo Pang bertajuk ‘The TPP dan Krisis Rasuah Malaysia’ mendesak pentadbiran Barrack Obama untuk menjauhkan diri daripada Najib.
Maka bukanlah satu kebetulan apabila dalam tempoh empat bulan iaitu pada Julai 2016, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) telah mengambil tindakan terhadap beberapa invididu yang dikaitkan dengan Najib dalam satu kes sivil dan diumumkan melalui satu sidang media yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Individu bernama John Pang yang disebut dalam pendedahan Wikileaks itu adalah rakyat Malaysia, malah dia adalah satu-satunya rakyat Malaysia dalam kumpulan 23 orang yang menduduki Lembaga Pengarah Global OSF bersama Soros dan dua anak lelakinya.
John Pang juga adalah individu yang memberikan maklumat palsu kepada blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) 10 tahun lalu untuk membuat satu Akuan Bersumpah terhadap Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur bagi mengaitkan keduanya dengan pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya.
RPK kemudian menyedari dipergunakan dan telah menerima maklumat palsu daripada John hingga terpaksa melarikan diri ke United Kingdom.
RPK turut menulis mengenai John Pang kira-kira lima tahun lalu sebelum kaitan antara John dan Soros didedahkan Wikileaks beberapa bulan lalu.
Parti Demokrat Amerika Syarikat turut didakwa perlu tunduk kepada Soros dan perlu membuatkannya gembira.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Hungaru, Viktor Orban membidas pemimpin Parti Demokrat dan mendakwa mereka menjadi orang suruhan kepada empayar bayangan yang dikendalikan George Soros.
4). Dokumen OSF turut mengakui Malaysia adalah sasaran utama OSF dan menjadi kerangka kepada gerakan OSF. Ia turut menyebut Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia.
5). OSF adalah pengendali kepada Program Malaysia dan melangkaui peranan sebagai pembiaya sahaja dengan turut mencetus serta meningkatkan langkah termasuk menggunakan media antarabangsa, melobi kerajaan Amerika Syarikat dan menggunakan firma perhubungan awam antarabangsa. OSF mendakwa sangat penting ‘untuk menggerakkan ratusan ribu rakyat Malaysia’ ke perhimpunan jalanan.
Syarikat media dan perhubungan awam antarabangsa yang berkerjasama dengan portal dan ahli politik Malaysia amat berkesan dalam mencetuskan propaganda.
Antara contoh paling ketara ialah ketika Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) di mana ramai rakyat Malaysia terperdaya dengan dakwaan terdapat 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dan kononnya berlaku gangguan elektrik di pusat mengira undi.
Ia kemudiannya dibuktikan tidak benar oleh Bersih dan DAP sendiri beberapa bulan kemudian apabila perhimpunan jalan Blackout505 tidak menjadi dan turut menerbitkan satu laporan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan tiada bukti ia berlaku.
Disebalik fakta ini, ramai rakyat Malaysia masih lagi terperdaya dengan propaganda ini namun tidak dapat menjawab mengapa pihak pembangkang gagal menangkap seorang pun warga Bangladesh daripada jumlah 40,000 orang itu atau mampu menjawab di mana lokasi gangguan elektrik berlaku.
6). Dokumen OSF turut menunjukkan mereka mengaku membiaya dan mengawal International Renaissance Front (IRF) berpusat di ibu negara Ukraine, Kiev, yang diketahui sebagai pencetus kepada revolusi berdarah Ukraine pada 2014.
Revolusi 2014 itu telah mengakibatkan beratus terkorban dan orang hilang semasa perhimpunan jalanan hingga turut mencetus perang saudara dan perpecahan Ukraine yang turut menyebabkan kematian lebih 8,000 orang dan angka ini terus meningkat. Peperangan saudara ini juga turut menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh.
Melalui dokumen yang sama, ia turut menyebut di Malaysia, pengerusi kepada jawatankuasa penasihat OSF adalah pengasas kepada Malaysiakini di mana OSF sendiri memiliki 29 peratus saham dalam portal itu.
Projek di Ukraine dinamakan ‘The New Ukraine’ (Ukraine Yang Baharu) manakala projek di Malaysia diberi nama ‘Malaysia Program’ (Program Malaysia).
Apabila ‘demokrasi sebenar’ menguasai Ukraine. Keruntuhan ekonomi negara itu.
Sama seperti Iraq, Mesir, Algeria, Syria dan beberapa negara lain yang mengalami revolusi (dan turut mencatatkan kematian melibatkan ribuan rakyat serta keruntuhan ekonomi dan negara mereka) dengan bantuan Soros serta Amerika Syarikat, kononnya bagi menerima demokrasi sebenar dan Ukraine turut menghadapinya.
Revolusi pada 2014 dengan demonstrasi jalanan turut mencetus pergaduhan dengan pihak keselamatan kerajaan dan mereka yang membantah perhimpunan itu (seperti kumpulan Baju Merah) hingga mengakibatkan 760 orang mati dan hilang.
Angka kematian dan hilang di Ukraine. |
Satu tindakan yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diberi pujian pada Bersih5/Himpuan Baju Merah lalu adalah mengambil langkah pencegahan dengan menahan ketua gerakan dan memisahkan kedua-dua kumpulan itu bagi mengelak pergaduhan tercetus di mana ia berlaku di Ukraine apabila kumpulan membantah dan polis bergaduh.
Ia berikutan pemisahan Crimera daripada Ukraine dan perang saudara yang masih berlaku di negara itu. Sehingga kini, lebih 8,000 orang telah terbunuh. Peperangan itu turut menjadi punca kepada pesawat MH17 ditembak jatuh dalam kawasan konflik itu.
Angka kematian peperangan Ukraine pada 2014 |
Disebabkan oleh bermulanya ‘demokrasi sebenar’ ini, ekonomi Ukraine turut runtuh.
Kadar inflasi Ukraine melonjak 65 peratus selepas 2014. |
Ekonomi Ukraine musnah dan bernilai lebih rendah daripada separuh sebelum revolusi 2014.
Dan ia adalah rendah daripada 10 tahun lalu.
|
Pertumbuhan KDNK bertukar negatif. |
Inflasi meningkat kepada 65 peratus, matawang bernilai kurang daripada suku daripada nilai sebenar, ekonomi runtuh separuh malah lebih kecil daripada 10 tahun lalu, melenyapkan pertumbuhan ekonomi hampir sedekad lalu.
Tentu sekali dengan keruntuhan ini dek ‘demokrasi sebenar’, Ukraine perlu diselamatkan. Namun, siapa yang akan menyelamatkan mereka?
‘Penyelamat Ukraine’ dan Pemulihan Ekonomi
Soros membantu meruntuhkan Ukraine dan dia juga datang untuk ‘menyelamatkan’ Ukraine.
Soros berkata dia akan melabur sebanyak USD1 bilion di Ukraine.
Soros turut mewujudkan Dana Pembangunan Semula Ukraine yang diletakkan di bawah Pengurusan Dana Soros.
Mengenai Dana Pembangunan Semula Ukraine:
Dana Pembangunan Semula Ukraine (URF) adalah satu usaha pelaburan persendirian yang akan fokus kepada situasi khusus dan pelaburan ekuiti swasta di Ukraine dan syarikat yang mempunyai operasi di Ukraine.
URF akan menyasarkan kepada pelaburan yang mempunyai potensi untuk mempromosikan pembangunan ekonomi dan sosial di Ukraine. Penasihat utama pelaburan kepada URF adalah Dana Pengurusan Pembiayaan Soros LLC, satu penasihat pelaburan persendirian kepada beberapa dana pelaburan yang dikendalikan secara eksklusif bagi keluarga Soros dan pelanggannya.
Soros turut dijemput oleh Pentadbiran Presiden Ukraine, Boris Lozhkin bagi menyertai Majlis Pelaburan Ukraine.
Adalah amat menarik untuk melihat kononnya tindakan Soros disebalik inisiatif pelaburan. Membeli industri teknologi, pertanian dan aset tenaga Ukraine pada harga sangat murah pada ketika nilai matawang sangat rendah akan berbaloi jika negara itu keluar daripada konflik dan menyertai Kesatuan Eropah (EU), sesuatu yang diinginkan Perdana Menteri Ukraine.
Sudah tentu ia satu model perniagaan yang baik.
Melabur wang berpuluh dan ratusan bilion dan memberi bantuan teknikal bagi mencetus pertukaran rejim, meraih semula pelaburan itu dengan keuntungan berpuluh bilion daripada keruntuhan negara itu. Dan ini semua berlaku pada tahun 2014.
Pada masa yang sama, ahli politik Amerika Syarikat juga tidak mahu ketinggalan.
Anak kedua Naib Presiden Amerika Syarikat, Robert Hunter Biden (lahir 4 Februari 1970) yang tidak pernah memiliki sebarang pengalaman perniagaan dan dibuang dari Tentera Laut Amerika Syarikat kerana penyalahgunaan dadah pada Februari 2014, dilantik kira-kira dua bulan selepas itu iaitu pada April 2014 untuk menduduki kerusi pengarah di Burisma Holdings, pengeluar gas terbesar swasta di Ukraine.
Ada yang menuduh Amerika Syarikat sebagai dalang kepada apa yang berlaku di Ukraine bagi membolehkan syarikat minyak negara Barat mendapat akses tanpa halangan kepada sumber gas dan menggerudi minyak di seluruh Ukraine.<
Hubungan NDI, NED dan CIA
Selepas Perang Dunia Kedua, berdepan dengan ancaman tanpa sebarang mekanisme bagi menyalurkan bantuan politik di kalangan sekutunya, Amerika Syarikat memilih langkah berselindung dengan menghantar secara rahsia penasihat, peralatan dan membiayai akhbar dan pihak yang diancam di Eropah.
Apabila didedahkan pada penghujung 1960-an terdapat beberapa organisasi sukarelawan Amerika Syarikat (PVO) menerima dana terselindung daripada CIA bagi mencetus persengketaan idea di forum antarabangsa, Pentadbiran Presiden ketika itu, Lyndon Johnsonmengarahkan ia dihentikan, dan memberi saranan mekanisme awam dan persendirian diwujudkan bagi membiayai aktiviti luar negara dengan lebih terbuka.
Di Capitol Hill, Ahli Kongres Dante Fascell (D, FL) dikemukakan dengan satu usul pada April 1967 untuk mewujudkan Institut Hal Ehwal Antarabangsa, satu inisiatif yang membolehkan dana terselindung disalurkan bagi program bagi mempromosi ‘nilai kebebasan.’ Ia turut mencetuskan kepada kewujudan National Endowment for Democracy (NED).
Itu antara faktor mengapa NED dikenali sebagai alat terselindung kepada CIA.
NED distrukturkan sebagai sebuah yayasan yang mengagihkan dana, menyalurkan dana kepada pertubuhan bukan kerajaan kononnya untuk mempromosikan kebebasan di luar negara.
Pertubuhan itu berfungsi sebagai organisasi utama di mana separuh daripada dana tahunan NED diperuntukkan kepada empat organisasi di Amerika Syarikat iaitu American Center for International Labor Solidarity (ACILS), Center for International Private Enterprise (CIPE), National Democratic Institute for International Affairs (NDI), dan International Republican Institute (IRI).
Kedua-dua S Ambiga dan Maria Chin turut mengakui selain menerima dana daripada OSI milik Soros, Bersih juga menerima pembiayaan daripada NDI.
Dalam satu temuramah pada Ogos 2011, Ambiga memberitahu portal yang dimiliki sebanyak 29 peratus oleh Soros – Malaysiakini kenyataan berikut:
“Mengenai dakwaan dana asing, Ambiga berkata kedua-dua organisasi asing itu – National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) – memberikan bantuan kewangan kepada BERSIH 2.0 tetapi khusus untuk projek masa depan yang berkaitan dengan persempadanan semula dan bukannya untuk perhimpunan tersebut.”
Maria turut mengakui menerima dana beberapa kali:
Memandangkan NDI dibiayai sepenuhnya oleh NED, menerima dana daripada NDI adalah sama seperti pembiayaan terus daripada NED, alat terselindung bagi CIA.
Ia juga membuktikan Bersih mempunyai kaitan dengan CIA sebagaimana didakwa Annuar Musa.
Sementara itu, saya menggesa pihak berkuasa negara ini untuk meneliti dokumen yang didedahkan DC Leaks dan Wikileaks secara terperinci.
Atau mungkin mereka sudah lakukan dan sebab itu Maria Chin diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Penahanan Maria Chin di bawah Sosma
Pihak polis telah memberitahu penahanan Maria Chin di bawah SOSMA bukan kerana penganjuran demonstrasi jalanan Bersih. Sebab itu tahanan lain daripada gerakan kuning dan merah dibebaskan kecuali Maria.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan penahanan Maria di bawah SOSMA adalah berikutan dokumen yang ditemui ketika serbuan polis di pejabat Bersih sehari sebelum demonstrasi jalanan diadakan dianggap sebagai ancaman keselamatan.
Dan tidak, SOSMA bukan hanya untuk pengganas sahaja tetapi untuk apa sahaja ancaman sama ada dari luar atau dari dalam negara yang boleh menggugat negara pada skala yang besar.
Pihak polis dan Peguam Negara memahami impak persepsi berikutan penahanan seorang wanita separuh usia dalam tahanan jika mereka tidak mempunyai alasan yang cukup munasabah untuk berbuat demikian, maka tentu sekali bukti dan asas untuk bertindak sedemikian wujud.
Selain itu, suami Maria Chin, Yunus Lebai Ali adalah komando Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Di Beirut, Yunus menerima latihan selama enam bulan dan kemudiannya dipilih untuk menyertai Unit Komando PLO. Unit itu adalah pasukan elit yang mempunyai kepakaran memerangi rejim Zionis dan pengganas Phalangist. Beberapa tahun kemudian, Yunus diserap kepada pasukan keselamatan peribadi Yasser Arafat. Pada awal tahun 1980-an, berikutan perang saudara di Lebanon, Yusuf melarikan diri ke United Kingdom.
Pada 1987, Yunus ditangkap Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui Ops Lalang.
(dan kini agak janggal apabila Dr Mahathir keluar membantah dan duduk tepi jalan menuduh Najib yang bukannya Menteri Dalam Negeri sebagai zalim berikutan tindakan polis menahan Maria selama 28 hari mengikut SOSMA walhal Mahathir sendiri menahan suami Maria selama setahun dalam penjara).
Selepas penahanan Maria Chin, Ambiga turut mendedahkan Maria dan suaminya adalah dua individu yang menubuhkan Bersih dan keduanya adalah individu utama disebalik gerakan kuning, sesuatu yang Ambiga tidak pernah dedahkan sebelum ini.<
Dan tidak seperti propanga disebarkan, Maria Chin tidak dilayan dengan zalim dalam apa bentuk sekalipun. Malah, dia sendiri tidak mengadu apabila ditahan atau kononnya dilayan secara teruk oleh pihak polis.
Usahlah terperdaya dengan propaganda mengenai penahanannya yang direka untuk mencetus simpati.
Benarkan SOSMA hanya untuk pengganas atau kita terkeliru antara Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA)?
Benarkah apa yang didakwa kononnya Maria Chin ditahan berkaitan perhimpunan haram Bersih 5?
Kesimpulan
Jika anda merasakan apa yang ditulis ini melangkaui fikiran anda, mungkin rakyat Ukraine boleh memberitahu anda dari perspektif yang berbeza. Malah, Russia, sebuah negara yang kuasa besar yang memiliki nuklear melihat ancaman George Soros ini secara serius hingga mendapatkan Peguam Negaranya mengeluarkan satu kenyataan mengharamkan George Soros, OSF dan kesemua organisasi yang berkaitan dengan Soros.
Manakala negara ekonomi kedua terbesar di dunia, China turut memberi amaran kepada Soros untuk tidak mengisytiharkan perang terhadap matawang Yuan mereka.
Manakala kita sendiri pula, adakah kita perlu mengambil iktibar secara serius mengenai penglibatan Soros ini? Adalah lebih baik mencegah daripada mengubati.
Tetapi bagi anda yang tidak mahu mempercayai negara kuasa besar, sebuah negara yang mempunyai kuasa ekonomi kedua terbesar di duna atau seorang blogger seperti saya, apa kata anda dengar sendiri daripada penerima anugerah dan pelakon yang juga bapa kepada Angelina Jolie, Jon Voight mengenai siapa George Soros yang digelarnya ‘syaitan.’
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.