PAU 2016 : Tiada Siapa Ratapi Ketiadaan Mahathir
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 lalu, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dijemput untuk menghadirinya. Namun beliau tidak menghadirinya.Dr. Mahathir kemudiannya telah mengambil keputusan untuk keluar UMNO pada bulan Februari lalu sebagai memprotes terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu dalam satu tindakan yang sememangnya telah dijangkakan sebelum ini.
Kali ini, pada PAU 2016 yang sedang berlangsung ini, tiada lagi kerusi yang dikhaskan kepada beliau. Ternyata ketiadaan Dr. Mahathir pada PAU 2016 ini tidak memberikan kesan kepada perjalanan satu perhimpunan tahunan parti keramat ini.
Tiada siapa yang meratapi ketiadaannya, malah apabila Najib menyifatkan beliau sebagai pengkhianat kerana bersekongkol dengan pembangkang dalam ucapan dasar Presiden semalam, ahli-ahli UMNO bersetuju dengan ucapan Dato Seri Najib.
Nama Dr. Mahathir memang disebut pada PAU kali ini tetapi hanya apabila dilabel sebagai pengkhianat. Selain itu, nama beliau tidak kedengaran kecuali nama anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
Itupun nama Mukhriz tidak disebut secara langsung sebaliknya perwakilan menggelarnya sebagai `Boboi' sebagai sindiran.
Ternyata orang UMNO tidak lagi merindui Dr. Mahathir sebaik sahaja beliau memutuskan untuk berasa sepentas dengan pembangkang dan menubuhkan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dengan matlamat Dr. Mahathir yang bukan sahaja mahu menggulingkan Najib, malah menguburkan UMNO, ia telah menyebabkan beliau tidak lagi dilihat sebagai negarawan terbilang dan dihormati seperti ini tetapi sebagai pengkhianat kepada orang Melayu.
Malah tindakannya yang mengumpulkan tandatangan untuk menyingkirkan Najib, menyertai perhimpunan haram Bersih dan menggunakan media asing untuk memburukkan Najib dan kerajaan, adalah satu tindakan desperado politik, tidak berprinsip, gelojoh serta menjatuhkan maruah.
Apa yang penting survival UMNO bergantung sepenuhnya kepada kesetiaan ahli-ahli bersama barisan pimpinan parti itu untuk mempertahankannya demi memastikan kemenangan UMNO pada PRU nanti.
Jangan biarkan Presiden parti berseorangan mendepani cabaran-cabaran ketika ini dan membantu beliau tatkala UMNO diserang oleh musuh.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.