Perbezaan Di Antara Pemimpin BODOH Dengan Pemimpin Yang CERDIK.
Korang jangan fikir semua pemimpin-pemimpin dan bapak-bapak menteri di negara ini cerdik-cerdik belaka. Ada yang bodoh sejak azali dan ada jugak yang bodoh hanya kerana telah dibutakan hati mereka dengan kekayaan yang melimpah ruah. Ada juga yang jadi bodoh hanya kerana hasad dengki dan dendam.
Mehhh sini Gomez nak tunjukkan pada korang perbezaan antara pemimpin bodoh dan pemimpin yang cerdik. Gomez ambil contoh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman… Beliau sebelum ini dilucutkan Darjah Kebesarannya oleh Sultan Terengganu, Sultan Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Namun akibat menyesal dan mengakui kesalahan yang dilakukannya sebelum ini, Razif tidak cepat melatah… Malah bersikap sabar dan terus memohon keampunan kepada Tuanku. Berkat kesabarannya, kini Darjah Kebesaran tersebut dikembalikan kepada beliau.
Berbeza pula dengan pemimpin yang bodoh dan buta hati perut… Contohnya seperti Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Apabila Majlis Raja-Raja menarik balik undangan kepada Mahathir ke majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Mahathir terus melatah!
Dia terus bertindak biadap dengan mencela pihak Istana… Tidak puas dengan menghina keputusan pihak Istana. Mahathir bertindak memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tak pasal-pasal nama perdana menteri pula dipetik Mahathir… Dia menuduh kononnya Istana Negara kini adalah menjadi milik Najib Razak dan Barisan Nasional. Hah! Nampak tak??
Kerana hasad dengki… Mahathir kini menjadi buta hati dan bodoh! Tak boleh berfikiran positif dan waras. Itulah perbezaan antara pemimpin yang bodoh dan yang cerdik, korang pilih yang mana??
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.