Surat arahan bincang semula fatwa kalimah Allah tersebar

Februari 12, 2017 Admin 0 Comments

Kerajaan DAP Pulau Pi­nang terus ditekan untuk menjelaskan kemelut me­ngenai campur tangan dalam isu pewartaan fatwa selepas surat arahan supaya Jawatankuasa Fat­wa membincangkan semula fatwa kalimah Allah tersebar di laman sosial hari ini. SURAT arahan Abdul Malik Abul Kassim kepada Hassan Ahmad berkenaan Surat bertarikh 26 Mei 2010 itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama ne­geri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan ditujukan kepada Mufti Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Hassan Ahmad. 


Surat itu turut ditujukan untuk perhatian Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Zainal Rahim Seman. Menerusi surat itu, Abdul Malik melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap Hassan yang didakwa membelakangkannya selaku Exco berkaitan agama Islam dalam pemfatwaan kalimah Allah tanpa terlebih dahulu merujuk kepada beliau. Tambah Abdul Malik, tindakan itu dilakukan dalam keadaan Hassan mengetahui ‘pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang’ selepas beberapa kali dibangkitkan dalam pertemuan mereka sebe­lumnya. 

Dalam surat sama, Abdul Malik turut menegaskan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam pembentangan isu kalimah Allah oleh Jawatankuasa Fatwa. Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Abdul Malik mengenai ‘pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang’ di dalam surat itu adalah merujuk kepada gesaan Guan Eng sebelum ini supaya kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Dalam pada itu, Abdul Malik ke­tika dihubungi mengenai surat arahan tersebut tetap dengan pendirian bahawa arahan yang dikeluarkan supaya membincang­kan semula fatwa tersebut bukan bermaksud adanya campur ta­ngan kerajaan negeri. 

Mengulas surat sama, Mufti negeri, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor pula berkata, kandu­ngan surat itu tidak mengarahkan Jawatankuasa Fatwa negeri supaya mengubah fatwa sedia ada. Malah katanya, mesyuarat ja­watankuasa itu juga mengambil keputusan mengekalkan fatwa sedia ada iaitu larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah selain menambah 39 lagi kalimah berkaitan Islam.  
“Apabila Ketua Menteri membuat kenyataan pada 2014 yang mana bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, saya yang mengambil alih jawatan Mufti negeri membantah dan beliau tidak membangkitkan lagi isu itu sehingga kini,” katanya

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.