JANGAN NAIKKAN CUKAI ARAK NAMPAKNYA AMANAH SOKONG BUKAN MUSLIM MINUM ARAK!

November 11, 2016 Admin 0 Comments

DS masih berfikiran positif apabila Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood semalam menegaskan bahawa cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana akan membebankan golongan bukan Islam. Dr Siti Mariah bijak menjaga hubungan baik beliau dengan rakan-rakan sekutu beliau di dalam DAP. Mungkin juga beliau mempertaruhkan kenyatan beliau untuk meraih undi masyarakat bukan Islam di Kota Raja di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.



Mungkim disebabkan oleh bebanan cukai arak yang terlalu tinggi maka Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor tidak dapat berpesta Octoberfest, satu pesta arak terbesar di Selangor tahun ini. Acara gilang gemilang yang dihadiri oleh 5,000 orang tahun lepas di One Utama, Petaling Jaya, hanya tinggal kenangan. Saya hanya dapat sertakan gambar kenangan untuk tahun lepas. Mungkin YB Siti Mariah dapat meperjuangkan harga yang lebih kompetatif untuk minuman keras di Selangor dengan meminta Kerajaan Selangor memberi diskaun yang tertentu. Ini dapat mengurangkan beban peminumnya.



0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.