MAHATHIR KEPANASAN, LARI KE TUNISIA KETIKA #PAU2016
Perjuangan menentang kerajaan tidak bermakna jika pemimpin yang mendalanginya penakut dan tidak berani berdepan cabaran yang mendatang.
Begitulah boleh diibaratkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila asyik melarikan diri ketika acara melibatkan pembangkang yang mahu menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Tahun ini, ketika acara demonstrasi haram TangkapMO1 di ibu negara, Dr Mahathir yang kini Pengerusi PPBM melarikan diri ke Langkawi untuk bercuti dan tidak menghadiri perhimpunan berkenaan yang berakhir dengan kegagalan.
Selepas itu, pada perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lepas, Dr Mahathir pada awalnya sudah mengatakan bahawa beliau akan berada di Sudan untuk satu program dan mengatakan bahawa beliau tidak mungkin hadir.
Kemudian, mungkin selepas dipaksa kerana kehadiran semakin berkurangan, Dr Mahathir terus menghadiri Bersih 5 dari lapangan terbang hanya dengan menyarungkan sahaja t-shirt Bersih berkenaan di luar kemejanya.
Kali ini, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang bermula semalam sehingga 3 Disember nanti, Dr Mahathir lari lagi kali ini ke Tunisia pula.
Dr Mahathir sebenarnya bimbang sekiranya didatangi oleh pihak media khususnya arus perdana yang sudah semestinya mempunyai banyak soalan untuk ditanyakan kepada beliau yang kelihatan amat membenci Najib dan Barisan Nasional (BN).
Selain media, beliau juga khuatir akan ditanya oleh rakan-rakan politik yang ramai hadir ke ibu negara untuk menghadiri PAU kali ini berkenaan pendirian sebenar dan apakah asas kebenaran beliau menentang Najib ketika ini.
Dr Mahathir juga bukan seorang pemimpin yang tahan dengan kritikan kerana terbukti pada zamannya sebagai Perdana Menteri, mana-mana pihak yang melampau dalam mengkritiknya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pada masa ini, beliau sudah tiada kuasa menahan sesiapa, jadi apa yang boleh beliau lakukan selain daripada lari.
Beliau seolah-olah tidak senang duduk dan berasa seperti kepanasan untuk berada di ibu negara ketika perhimpunan parti terbesar Melayu ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ketika tragedi Memali dulu, Dr Mahathir mengatakan bahawa pada ketika itu beliau sudah berlepas ke China.
Mahathir takut berdepan dengan kebenaran. Panas telinganya kalau berada di Malaysia mendengar ucapan ucapan PAU 2016. Tahun lepas pun Mahathir kepanasan mendengar ucapan Dato Seri Najib.
Tahun ini Mahathir lari terus. Maknanya Mahathir akui parti bunganya tidak ke mana. Menentang parti UMNO adalah satu kesilapan besar pada Mahathir.
Lebih buruk lagi bila parti bunganya juga tidak dapat sambutan. Apa lagi yang boleh dibuat melainkan lari ke luar negara.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.