LEGASI DR MAHATHIR YANG MENYUSAHKAN, DISELESAIKAN DATUK SERI NAJIB

November 30, 2016 Admin 0 Comments

Dari tulisan Lim Sian See.
Plus Highway Berhad adalah syarikat lebuhraya terbesar di Malaysia dan Asean, memiliki Lebuhraya Utara Selatan, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), laluan kedua Malaysia Singapura, Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE), jajaran tambahan Lebuhraya Persekutuan dan Jambatan Pulau Pinang.
PLUS bermula dengan penswastaan lebuhraya Utara Selatan di mana pada 1986, biarpun kerajaan membayar dan membina separuh daripada lebuhraya Utara Selatan itu, ia ‘secara misteri’ diswastakan kepada syarikat kroni kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Halim Saad untuk tempoh 30 tahun bermula 1988 hingga 2018.
Syarikat baharu ditubuhkan itu dibenarkan untuk mengutip tol bagi keseluruhan jajaran lebuhraya itu, dengan alasan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)  tidak membinanya dengan cukup pantas.
Salah satu rungutan masyarakat terhadap konsesi tol ini adalah perjanjian konsesi berat sebelah yang membenarkan kadar tol dinaikkan seperti pusingan jam pada setiap tahun.
Melalui perjanjian itu, kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dibenar dinaikkan sebanyak 10 peratus bagi setiap tiga tahun.
MELANJUTKAN TEMPOH KONSESI
Pada 1999, biarpun menerima pelbagai kecaman, Dr Mahathir sendiri telah melanjutkan konsesi tol itu kepada 12 tahun hingga 2030 bagi mengelak kenaikan kadar tol berdasarkan kepada perjanjian yang ditandatangani sendiri oleh Dr Mahathir pada 1998.
Pada 2005, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menandatangi lanjutan konsesi tol untuk lapan tahun lagi dan berakhir pada 2038 bagi mengelak kenaikan kadar sebagaimana dimaktubkan dalam perjanjian yang ditandatangani Dr Mahathir pada 1998.
Malah, sebagaimana dilaporkan pada 2005, jika kerajaan membekukan kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan, kerajaan akan terpaksa membayar RM38 bilion sebagai pampasan kepada pemilik persendirian yang memegang konsesi sebagaimana perjanjian ditandatangani Dr Mahathir.
Berikutan itu, lanjutan itu dipersetujui Tun Abdullah (bagi mengelak kerajaan terpaksa membayar RM38 bilion kepada kroni Dr Mahathir).
Sebagaimana kadar kenaikan perkhidmatan ERL yang tinggi baru-baru ini atau kerajaan terpaksa membayar RM2.9 bilion atau melanjutkan konsesi kepada 30 tahun kepada syarikat swasta YTL, Lebuhraya Utara Selatan ini juga isu legasi yang terpaksa didepani Datuk Seri Najib Tun Razak.
KENAIKAN KADAR TOL DIHALANG
Pada 2008, Lebuhraya Utara Selatan dijadualkan akan menaikkan kadar tol sekali lagi namun Datuk Seri Najib menghalangnya dengan mengemukakan satu rancangan membeli semula PLUS Highways Berhad.
(Biarpun syarikat UEM diambilalih oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada proses menyelamatkan syarikat itu pada 1998, PLUS telah diswastakan dan disenarai di pasaran saham pada 2002 bagi mengurangkan hutang UEM/Renong yang semakin meningkat pada masa itu).
Perjanjian itu berjaya disempurnakan pada 2011 dan Kementerian Kewangan (melalui syarikat UEM yang dimiliki 100 peratus) kini memiliki 51 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 41 peratus dalam syarikat PLUS Highways Berhad.
16 Nov 2011: UEM Group Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemilik baharu aset PLUS Expressways, telah melepaskan hak mereka bagi pampasan RM6.5 bilion sebagai gantian kepada lanjutan tempoh konsesi bagi Jambatan Pulau Pinang dan dua lagi lebuhraya.
UEM dan KWSP turut berkata kenaikan bagi Lebuhraya Utara Selatan, mahkota PLUS, akan diturunkan daripada 10 peratus kepada lima peratus bagi jarak tempoh yang sama manakala tiada kenaikan akan dilakukan terhadap tol di Jambatan Pulau Pinang. Kerajaan berhutang dengan PLUS berbilion Ringgit dalam bentuk pampasan berikutan keputusannya untuk membekukan kenaikan tol sebagaimana dimaktubkan dalam perjanjian konsesi sehingga 2015.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, KWSP membiayai pembelian RM23 bilion dengan membeli bon yang diterbitkan PLUS dan kerajaan kini mengawal sepenuhnya lebuhraya ini dan sebarang rundingan akan lebih mudah kerana ia melibatkan kerajaan sendiri.
Oleh itu, hutang RM6.5 bilion bagi pampasan yang ditanggung kerajaan sejak 2005 telah dilupuskan dan kerajaan meneruskan urusan merunding semula terma perjanjian konsesi.
Sebagai maklumat tambahan, berbeza dengan persepsi orang ramai dan bagi meningkatkan pendekatan pentadbiran yang lebih telus dan seimbang, antara langkah pertama diambil Datuk Seri Najib ketika mengambilalih jawatan Menteri Kewangan pada 2008 ialah mengubah status kesemua perjanjian tol.
Terdapat perubahan kepada kadar kenaikan tol selepas PLUS Bhd diambilalih pada 2011 dan kadarnya turut dirunding semua:
A. Kadar kenaikan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dirunding semula dan diturunkan daripada 10 peratus kepada 5 peratus setiap tiga tahun tanpa sebarang lanjutan tempoh konsesi.
Mengambil kira tempoh konsesi dan kesannya, semakan semula ini amat signifikan melalui carta simulasi di bawah:
Melalui semakan ini, tol yang anda bayar bagi perjalanan dari Jalan Duta ke Ipoh Selatan pada 23 tahun akan datang iaitu 2038 adalah RM39.15 dan bukannya RM83.17 sebagaimana dimaktubkan dalam perjanjian berat sebelah dimeterai Dr Mahathir.
Malah, kenaikan lima peratus bagi setiap tiga tahun adalah kenaikan hanya 1.7 peratus, lebih rendah daripada inflasi.
Generasi akan datang seharusnya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib.
Sebagai sebahagian daripada pakej rundingan yang disebut di atas, lebuhraya lain yang bertol dimiliki PLUS turut disemak semula:
B. Lebuhraya Laluan Kedua Singapura Malaysia: Kenaikan kadar tol disemak semula daripada 25 peratus setiap lima tahun kepada lima peratus sahaja bagi setiap tiga tahun dan tanpa sebarang lanjutan tempoh konsesi.
C. Lebuhraya Elite: Kadar kenaikan tol disemak semula daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada lima peratus sahaja setiap tiga tahun dan tempoh konsesi hanya dilanjutkan sebanyak lapan tahun daripada 2030 kepada 2038.

D. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE): Kenaikan tol dikurangkan daripada 25 peratus bagi setiap lima tahun kepada lima peratus bagi setiap tiga tahun tetapi tempoh konsesi dilanjutkan 12 tahun daripada 2026 kepada 2038.
E. Jambatan Pulau Pinang: Kenaikan tol disemak semula dan diturunkan daripada 10 peratus bagi setiap lima tahun kepada TIADA kenaikan langsung namun tempoh konsesi dilanjutkan daripada tahun 2021 kepada 2038.
Dan pada 2013, PLUS turut memberikan diskaun sebanyak 20 peratus, daripada RM7 kepada RM5.60 jika anda menggunakan kad Touch N Go bagi mereka yang bekerja atau tinggal di Pulau Pinang.
jambatan-pulau-pinang-malam
Foto daripada http://www.penang-traveltips.com/fwukai-quah.htm
Melihat kepada penurunan ini, kerajaan telah merunding dan menyemak semula dengan baik bagi mewujudkan penjimatan untuk rakyat sambil masih adil kepada KWSP dan kerajaan sendiri.
KWSP memperolehi pelaburan yang baik dengan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) bagi pelaburan terhadap PLUS ini menjana sekurang-kurangnya 10 peratus selari dengan garis panduan pelaburan KWSP, dan ia turut bermakna satu dividen yang baik bagi pemegang akaun KWSP.
Biarpun kerajaan kini mengawal sepenuhnya PLUS, ia tidak boleh menghapuskan kesemua tol kerana ia masih lagi perlu membayar hutang RM23 bilion yang dibiayai KWSP bagi membeli syarikat lebuhraya ini. Menghapuskannya sekarang tidak akan adil kepada pemegang akaun KWSP.
Dan biarpun dengan semakan semula kadar tol ini, PLUS masih berupaya menyelenggara lebuhraya dan membiayai pembesaran lebuhraya yang ada dan pembinaan lebuhraya akan datang termasuk mewujudkan lorong tambahan bagi Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Utara Selatan.
Sejak 2005, tiada kenaikan kadar tol bermakna pengguna telah berjaya berjimat selama 11 tahun hasil inisiatif Datuk Seri Najib untuk tidak membiarkan kroni terus menjarah wang rakyat untuk poket sendiri.
JIMAT.. Hasil insiatif dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, pengguna tidak berdepan kenaikan tol selama 11 tahun sejak 2005.
JIMAT.. Hasil insiatif dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, pengguna tidak berdepan kenaikan tol selama 11 tahun sejak 2005.
Apapun bagi kes Lebuhraya Utara Selatan ini di mana ia adalah Lebuhraya Tol Antara Bandar, tidak akan ada kenaikan.
“Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya akan menghormati janji yang dilafazkan pada 2013 untuk mengurangkan kadar tol secara berkala bagi tol lebuhraya Antara Bandar menjelang 2018.”
Sekali lagi, ini adalah satu masalah legasi yang ditinggalkan pemimpin terdahulu dan Datuk Seri Najib perlu menyelesaikannya di mana perjanjian berat sebelah dimiliki syarikat persendirian menimbulkan kepayahan kepada rakyat dan kerajaan.
Bagi kes lebuhraya bertol, Datuk Seri Najib telah memulakannya dengan PLUS namun ia perlu dilihat sebagai langkah pertama sebelum meneruskan rundingan dan semakan dengan pemilik lebuhraya lain pada masa akan datang.
Sekurang-kurangnya, Lebuhraya Pan Borneo yang dibina oleh kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib akan menjadi lebuhraya tanpa tol dan dibiayai menggunakan model pembiayaan alternatif tanpa sebarang syarikat swasta memilikinya dan menjarah wang rakyat sebagaimana konsep Dr Mahathir.
Malah Dr Mahathir sendiri dalam satu kenyataannya pada 2007 mengakui beliau tersilap dengan perjanjian konsesi ini:
“Ini adalah salah satu perkara yang perlu diperbetulkan (daripada kesilapan saya). Apa yang anda ada pada ketika itu adalah barisan kabenit yang tidak berpengetahuan setiap masa kerana ia bukanlah dibarisi mereka yang pakar tetapi ahli politik (dan) ada di kalangan mereka termasuk saya sendiri kadang-kadang bodoh,” katanya apabila ditanya wartawan mengenai lima lebuhraya bertol dibina pada zaman beliau adalah Perdana Menteri.
“Kabinet hanya memberikan kelulusan secara prinsipal dan tidak mengkaji sepenuhnya implikasi pada beberapa bahagian dalam perjanjian itu.”
Apapun, seseorang perlu membersihkan kekalutan yang ditinggalkan Dr Mahathir, dan banyak sudah dibersihkan kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib termasuk harga kereta, perjanjian berat sebelah IPP, Permit Import (AP) dan banyak lagi.
Nota: Perkiraan kadar tol di atas adalah berdasarkan kepada maklumat yang boleh diperolehi secara terbuka. Ia adalah bersandarkan kepada asas usaha terbaik dan saya tidak memberi jaminan di atas adalah 100 peratus tepat. Saya akan membuat pengubahan sekiranya maklumat tambahan tersedia atau jika ada yang menunjukkan terdapat kesilapan kepada perkiraan itu.
Lim Sian See adalah penulis ekonomi dan politik yang sering dipaparkan di pelbagai media. Biarpun memilih untuk tidak dikenali dan menggunakan nama samaran, Sian See mengemukakan fakta sahih dalam tulisannya.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.