Pembangkang Patut Mengadakan Demonstrasi Membantah Projek ECRL Di Medan Tiananmen.
18/07/2013, merupakan detik yang bersejarah apabila pembangkang yang dikepalai oleh DAP telah pergi ke Taiwan untuk berdemo dan menyampaikan notis bantahan terhadap projek 'Kuo Kuang Petrochemical Technology Company (KKPTC)' dan 'Refinery and Petrochemicals Integrated Development (RAPID)' yang dicadangkan untuk dijalankan di Pagerang, Johor. Projek berkenaan telah dibatalkan dan DAP telah mendabik dada bahawa pembatalan itu adalah usaha mereka.
Terkini, pembangkang sekali lagi membantah projek East Cost Rail Line (ECRL), satu projek kerjasama di antara syarikat China, China Communication Contruction Company Ltd (CCCC) dan syarikat milik penuh MOF Inc, Malaysia Rail Link Sdn Bhd.
Kita mengharapkan agar pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli, Wong Chen dan Ong Ka Ming dapat mengetuai demontrasi dan bantahan terhadap projek ECRL di China. Adalah dicadangkan demontrasi dan bantahan berkenaan diadakan di Medan Tiananmen atau berhampiran 'The Forbidden City' di Beijing.
0 comments:
Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.
Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.
Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.
Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.
Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.
Sekian, terima kasih.