Penulis Blog Berusia 13 Tahun Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

Januari 17, 2017 Admin 0 Comments

Remaja yang membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng pada 23 November lalu dan kini berusia 14 tahun.

Dikenali sebagai Ahmad Ali A Karim, penulis blog dan kini belajar di sebuah sekolah di Ampang, Selangor.

Remaja itu mendakwa menulis buku pertamanya pada usia 3 tahun dan blog sejak berusia 4 tahun.

Jumaat lalu, remaja tersebut menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia yang beliau ada kuasa untuk memaksa ketua menteri Pulau Pinang menghabiskan masa sejam bagi menjelaskan kepada polis kenapa satu kenyataannya yang dimuat naik ke limguaneng.com tidak berbaur hasutan, lapor FMT.

Lim Guan Eng menyifatkan laporan dan siasatan polis terhadapnya “remeh”.

“Terpulang kepada polis sama ada mahu meneruskannya, tetapi siapa yang akan dapat faedahnya?” kata Lim kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis, Jumaat lalu.

Seorang lagi pengadu ialah kakak remaja itu yang berusia 20 tahun, Aeshah Adlina.

Remaja yang mendedahkan butirannya kepada Berita Harian memberitahu: “Ayah saya kata dia mahu membuat laporan polis dan saya tanya jika saya juga boleh membuat laporan. Ayah saya benarkannya.”

Seorang pegawai polis kanan yang ditemu bual FMT berkata, tidak salah untuk kanak-kanak atau remaja membuat laporan polis.

Pegawai polis itu berkata, tiada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah yang menghalang seorang remaja daripada memfailkan laporan.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Mampukah Ezam jadi ‘usahawan kotak’ yang berjaya?

Januari 17, 2017 Admin 0 Comments

Dari UMNO pindah ke PKR. Dari PKR pindah ke Gerak. Dari Gerak pindah ke UMNO semula. Dari UMNO pindah ke Bersatu. Dan sekarang ke Hisbah pula. Demikianlah perjalanan hidup politik Ezam Mohd Nor. Berpindah randah. Lebih kurang Ibrahim Ali juga.
Kemana hala tuju si Ezam Mohd Nor ini? Dari UMNO masuk PKR kerana membela Anwar Ibrahim. Kemudian keluar PKR tubuhkan Gerak kerana kunun nak membenteras entah apa ke bendanya. Dan kemudian menunjukkan sikap mesra UMN, dan hasilnya diangkat jadi senator.
Kemudian tak jadi juga dengan jawatan senator, tak taulah kenapa, mungkin senator tunggul kayu. Kemudian menyertai Bersatu mungkin kerana merasakan sesuai dengan karenah Dr Mahathir. Tapi tak lama, keluar juga.
Dan terkini menubuhkan pula Hisbah, kunun nak memperjuangkan keadilan, bagi Felda dan lain-lain, yang telah rosak teruk.
Berjayakah Hisbah Ezam ini? Rasanya akan menerima nasib yang sama dengan kotak-kotak Ezam. Sebab Geraknya dulupun terkubur, dan Hisbahpun lebih kurang Gerak juga, tak akan diperdulikan orang.
Percayalah bahawa Ezam akan bercakap sorang-sorang aja. Melalaklah sorang-sorang. Cuba lihat bagaimana nasib yang dialami oleh Perkasa Ibrahim Ali.. Dah pun macam dah nak terkubur walau disetiap negeri ada cawangannya.
Sebenarnya Ezam sedang membuang masa sahaja. Sebab UMNO, Bersatu dan PKR tidak memenuhi citarasa Ezam, cuma tinggal PAS aja yang Ezam belum cuba masuk. Nak suruh masuk DAP tentulah Ezam tak mahu rasanya..
Apa kata Ezam masuk PAS dan beramal dengan tarbiyah PAS.. Boleh juga Ezam mendengar pesanan-pesanan dari tuan-tuan guru dalam PAS. Jangan masuk PAN nanti sambil menghabiskan beras sudah lah…

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Lagi peniaga kecil melayu jadi mangsa kezaliman kerajaan DAP Pulau Pinang.

Januari 17, 2017 Admin 0 Comments

Lagi peniaga kecil melayu jadi mangsa kezaliman kerajaan DAP Pulau Pinang.

Rasanya dah ramai peniaga melayu di Pulau Pinang yang cuba cari pendapatan sampingan dengan berniaga secara kecil-kecilan, dizalimi oleh kerajaan DAP melalui agensi penguat kuasaan dorang..
Mamu tau bahawa untuk berniaga ditepi-tepi jalan tu memerlukan lesen dapi pihak Majlis Bandaraya, tapi agak-agak lah kan kalau nak ambik tindakan sedangkan permohonan untuk mendapatkan lesen tak pernah diluluskan oleh majlis..
Bukannya peniaga-peniaga melayu tu bodoh sangat sampai tak reti nak mohon lesen.. Dorang pun tau kalau berniaga secara haram tu memang jadi satu kesalahan.. Tapi bila pihak majlis tak bagi sebarang penjelasan mengenai permohonan dorang, susah laa kann..
Takkan lah nak tunggu lesen punya pasal.., peniaga-peniaga melayu di Pulau Pinang ni kena nganga di rumah sambil hayun telor masing-masing? Rezeki kena cari jugak untuk sekeluarga.., tapi dihalang untuk berniaga hanya kerana pihak majlis buat diam saja bila mohon lesen..
Mamu rasa kalau pihak Majlis Bandaran di Pulau Pinang tu lebih toleran dan juga bijak berkomunikasi, rakyat tak lah benci sangat kat kerajaan DAP yang dok ada ni.. Ni dok buat peniaga kecil melayu macam pemintak sedekah saja bila dorang datang untuk memohon kelulusan berniaga.., sapa tak angin kann..
Yang magiknya Mamu tengok.., peniaga-peniaga cina yang dok berniaga di tepi-tepi jalan tu tak pulak pihak Majlis Bandaran nak ambil tindakan? Takkan la pihak majlis tak berani nak ambik tindakan kat dorang sebab dorang tu cina? Mamu tak berapa nak percaya laa kalau melayu-melayu penguatkuasa majlis bandaran penakut sampai macam tu..
Mungkin ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang halang tindakan penguatkuasaan dikenakan pada peniaga cina kot? Sebab tu dorang selamba saja dok berniaga macam halimunan di mata Majlis bandaran..
Yang paling baru kena tindakan ialah peniaga nasi dan air di tepi jalan berhampiran Gurney Plaza petang semalam.. Kesian Mamu tengok khemah-khemah peniaga tu kena rampas oleh penguatkuasa.. Mahal tu harga khemah yang dorang beli untuk cari rezeki halal..
Rasanya dulu masa Koh Tsu Koon jadi Ketua Menteri tak laa teruk sangat sampai macam ni.. Rakyat Penang kena fikir la lepas ni kalau nak undi pilih pihak mana yang bakal memerintah negeri.. Bukannya apa.., jangan laa dok ikut sangat emosi sampai nak cari makan pun susah..
Jangan sampai merempat di bumi sendiri sudah laa.. Nak meniaga pun dah tak boleh.., nak beli rumah pun mahal kemain.. Last-last lari pi duduk di Kedah.. Kesiannn… ¬ Mamu Jarum

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

MANA BUKTI RASUAH KOTAK-KOTAK EZAM??? CEPAT DEDAH.

Januari 09, 2017 Admin 0 Comments

Tahun 1998/1999 Ezam memberitahu dunia bahawa dia ada 6 kotak bukti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa PM ketika itu.
Badan Pencegah Rasuah ketika itu (sekarang SPRM) meminta Ezam menyerah bukti2 itu kpd mereka utk disiasat.
Dgn meniru gaya suara seperti Anwar Ibrahim ,Ezam memberitahu kita semua bahawa beliau tidak akan menyerahkan bukti2 itu kpd BPR, kerana selagi Mahathirrrrrrrrr Mohamad berkuasa dia tidak percayakan BPR. Itu BPR alat Mahathir yg zalim, yg rakus, yg khianat negara, yg rompak negara dan mcm2 tuduhan lagilah.
Tahun 2008 apabila Tun Abdullah Badawi tubuh SPRM. Ezam puji menggunung dan mula percayakan SPRM. Mahathir dah tak berkuasa. BPR dah jadi SPRM. Ezam tak juga serahkan bukti rasuah 6 kotak itu.
Tahun 2013 pula Ezam dilantik sbg ahli Jawatankuasa Khas SPRM. Mahathir dah tidak berkuasa. Ezam pula yg ada suara dlm SPRM. Ezam tidak juga serahkan bukti2 itu.
Hari ini Ezam menulis di FB dia tentang persaraan Datuk Bahri. Dgn lagak bagaikan pendekar Ezam mulakan tulisan dgn perkataan SALUTE terhadap Datuk Bahri. Tak kan salute orang saja ? Anda pula bila nak di salute ? Tak kan nak puji orang saja ? Keberanian sendiri pula utk mendedahkan atau menyerahkan 6 kotak bukti rasuah kpd SPRM bila nak teruji ? Buktikan anda betul2 pendekar sejati wahai Ezam. Bukannya pendekar tempang.
Bab sembang kenal dgn org itu...orang ini...baik dgn orang itu...baik dgn orang ini memang Ezam kencang. Kalau duduk dgn dia dgr dia sembang habis orang semua dia kenal, dia baik dan orang itu respek dia. Fuhhh kalau anda dgr memang akan terpegun seolah2 Bill Gates tu pun kawan baik dia. Ibaratnya begitulah. Betul tak Haji Mohd Zaffarollah dan Ba'am Al Assad ?
Dalam FB hari ini Ezam sembang dia kenal Tan Sri Abu Kasim, kenal Datuk Shukry, kenal Datuk Bahri. Macamana dia boleh tak kenal sebab dia pernah jadi ahli JK Khas SPRM. Mestilah kenal...
Persoalannya, jika dulu dia tak percaya BPR kerana kata BPR adalah alat Mahathir. Masa kenal orang2 berpangkat dan berkuasa dlm SPRM, kenapa tidak serahkan 6 kotak bukti rasuah itu kpd mereka ?
Hari ini Ezam ckp kpd orang ramai adalah menjadi tanggungjawab kita melawan rasuah. Sayang negara jgn sampai negara rosak. Tapi dimana tanggungjawab anda wahai Ezam Mohd Noor ? Anda bersekongkol dgn rasuah. Anda simpan bukti rasuah sampai 6 kotak ? Andalah sebenarnya pengkhianat. Andalah sebenarnya perosak negara.
Nota: Bukti2 rasuah 6 kotak itu masih wujud sepertimana pengakuan Ezam dlm wawancara dgn Sinar Harian November 2016.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Macai CAP BUNGA MEMEKAK PASAL TUDM SUNGAI BESI TETAPI TUTUP CERITA SEBENAR TENTANG KEJAHATAN MAHATHIR TERHADAP ATM.

Januari 09, 2017 Admin 0 Comments

CAP BUNGA MEMEKAK PASAL PANGKALAN UDARA TUDM SUNGAI BESI, TAPAK KEM TRANSIT JALAN AMPANG DAN KEM REJIMEN 502 JALAN AMPANG TAK MAHU CERITA JUGAK KE... TAHUN 1999 TU!
Puak Cap Bunga sedang berkompang kononnya Najib telah menjual tanah tentera kepada China. Ada juga anggota tentera yang telah terpengaruh tanpa mengetahui perkara sebenar.
Hakikatnya, penutupan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi merupakan sesuatu yang sangat wajar memandangkan pangkalan tersebut tidak lagi strategik, bahkan dikelilingi bangunan pencakar langit, dan sangat terdedah kepada sebarang elemen subversif.
Penggantian 303 hektar bersamaan 750 ekar di Sendayan bagi pangkalan udara TUDM selain pembinaan beberapa kem tentera dan pangkalan udara bagi unit PDRM Udara, jauh lebih baik dan lebih selesa, namun langsung tidak disentuh atau cuba disembunyikan oleh puak berkenaan.
Barangkali ramai yang tidak sedar, sekitar tahun 2005, KSU Kementah menyuarakan tidak puas hati apabila terdapat 15 projek ATM terbengkalai, termasuklah Kem Transit Jalan Ampang dan Kem Rejimen 502 (AW) Jalan Ampang yang telah pun ditutup tetapi Kem Transit dan kem 502 gantian, masih tidak dapat disiapkan semenjak tahun 1999.
Wisma Transit berketinggian 10 tingkat yang dibina menggantikan Kem Transit Jalan Ampang hanya disiapkan pada tahun 2008 setelah sekian lama terbengkalai. Ia sepatutnya siap pada tahun 1999.
Tapak Kem Transit Jalan Ampang (berhadapan dengan Hospital Gleneagles), telah dikomersialkan.
Siapa pemilik tanah itu sekarang? Ini adalah kerana kaedah yang digunakan pada waktu itu ialah, Kementerian Pertahanan akan membayar nilai projek tersebut dengan penukaran tanah milik Kerajaan Persekutuan kepada syarikat terbabit.
Penyokong Mahathir seronok menyorak tentang Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, tetapi mereka lupa tentang SWAPPING TANAH pada zaman Mahathir yang sangat rakus dilakukan!

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Polis Rampas Telefon Bukan Berlaku Di Malaysia Sebaliknya Di Singapura. PEMBANGANG KANTOI LAGI.

Januari 09, 2017 Admin 0 Comments

#PESANAN buat kaki #FITNAH ... sudah-sudahlah menfitnah #PDRMsia ...
Situasi yang di viral adalah berlaku di Singapura.. #BUKAN #MALAYSIA !!

Dan kepada yang suka-suka nak viral, komen dan kutuk... nilai dan check dulu sebelum anda terjerumus dalam golongan yang boleh dianggap#BERSALAH menyebar FITNAH !!

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Barang Basah Semakin MAHAL. Mana FAMA DAN LKIM???

Januari 09, 2017 Admin 0 Comments

Semalam aku ke Pasar Chow Kit untuk bekalan makanan basah dwi-mingguan rumah. Berbanding harga sebelumnya, memang wujud peningkatan harga ketara terutama yang membabitkan sayur-sayuran. 

Daging batang pinang yang aku beli semalam berharga RM29 sekilo berbanding RM32 sebelumnya. Ayam RM8 sekilo berbanding RM7.80 Ikan sardin untuk kucing aku, sekilo RM7 berbanding RM6 sebelumnya. 

Kembong besar dan kerisi RM12 berbanding RM9. Kalau di kedai pula RM17 sekilogram. Kobis RM6 sekilogram, sebelum tu RM5. Udang sederhana masih RM32 berbanding RM29. 

Udang harimau kekal RM35. Ketam, kekal dengan harga lama. RM24 sekilogram. Kacang bendi sekilo RM7 berbanding RM4. Cili api RM18 di kedai, berbanding RM10. Malaysia ada FAMA dan LKIM. Kedua-duanya sepatutnya berfungsi menstabilkan harga yang dikuasai oleh kartel dan orang tengah. 

Tetapi apabila FAMA dan LKIM sendiri menjadi kartel yang berlumba-lumba mendapatkan keuntungan dan berurusan pula dengan kartel dan orang tengah, sudah tidak nampak relevannya kewujudan kedua-dua agensi kerajaan ini! 

Takkan hanya cukup dengan dengan menyalak dan memekak supaya peniaga tidak sorokkan barang tetapi pada masa yang sama, mereka sebenarnya yang diberi tanggungjawab menjaga harga, bertindak lebih lintah dari pacat.