Skil Diplomasi PM Najib vs Skil Temberang Pembangkang

April 07, 2017 Admin 0 Comments

Sebelum ini, puak pembangkang mendakwa kononnya cara pentadbiran PM DS Najib Razak melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia berada dalam bahaya.

Pembangkang juga berlagak pandai menuduh kononnya keengganan Najib menggunakan pihak ketiga ketika menangani konflik Kuala Lumpur - Pyongpyang akan menjadikan Malaysia bahan ketawa antarabangsa.

Pembangkang yang tidak ada skil berdiplomasi dengan negara asing selain daripada memburuk-burukkan nama baik Malaysia itu juga mendakwa kerajaan bertindak gopoh, bermegah, dan tidak bijaksana menghadapi konflik Korea Utara itu.

Puak Pembangkang juga berkata bahawa 'bukanlah satu perkara yang mengaibkan bagi negara-negara kecil seperti Malaysia mengunakan khidmat negara ketiga untuk menjadi pengantara rundingan kerana itu adalah sebahagian daripada adat dan resam dunia diplomatik'.

Seperti yang dijangka, puak pembangkang terpaksa menjilat balik ludah hijau yang terpalik ke muka mereka apabila Najib Razak mengotakan janji beliau untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat. Kepulangan 9 rakyat Malaysia itu membuktikan skil diplomasi Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN yang tinggi dan patut dipuji.

Skil diplomasi kerajaan Persekutuan BN terbukti lagi apabila 5 rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf juga telah selamat sampai ke tanah air Malaysia. Kesemuanya diculik di perairan Lahad Datu, Sabah pada 28 Julai 2016.

Najib Razak dan isteri telah meluangkan masa untuk berjumpa mangsa culik bersama keluarga masing-masing. Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), DS Abdul Azeez Rahim yang turut membantu mangsa dan keluarga terlibat juga telah hadir.

DS Najib Razak dan DS Azeez Ibrahim mendengar pengalaman mangsa culik

Syukur Alhamdulillah kerana kesemua yang terlibat telah balik dan dapat bersama kembali dengan keluarga masing-masing.

Dalam masa yang sama, Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN bukan sahaja dapat menyelesaikan 2 isu ini melalui diplomasi tetapi ianya turut terserlah semasa insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada Julai 2014.

Melalui kekuatan diplomasi PM Najib Razak dan kerajaan Malaysia, pihak pemisah Ukraine telah bersetuju menerima tuntutan Malaysia seperti menyerahkan mayat penumpang dan kotak hitam pesawat MH17 yang diserahkan langsung kepada Malaysia.

Malaysia juga telah mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine untuk membenarkan anggota polis antarabangsa memasuki lokasi kapalterbang dan melindungi penyiasat antarabangsa.

Begitu juga dengan peristiwa bersejarah Perjanjian Damai antara Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation (MILF) di Manila pada bulan Mac 2014 yang turut dibantu oleh Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

Presiden Filipina Benigno Aquino III telah berkata, 

"Rakyat Filipina akan terhutang budi selama-lamanya kepada Malaysia dan kehadiran Malaysia memberi sinar kepada setiap peringkat perjanjian damai itu...sesungguhnya Malaysia, di bawah kepimpinan Najib, telah memainkan peranan penting."
Isu-isu di atas pasti akan membuka mata kita rakyat bahawa segala tuduhan puak pembangkang tentang tahap diplomasi kerajaan Persekutuan hanya satu cubaan untuk mengaut keuntungan politik murahan daripada kesedihan yang dihadapi oleh rakyat.

Kejayaan Najib dan kerajaan Persekutuan BN ini sudah pasti telah memalukan seluruh kepimpinan pembangkang.

Apatah lagi mereka itu terlibat dalam agenda sabotaj ekonomi negara dengan memburuk-burukkan nama baik Malaysia di luar negara.

Pembangkang memang patut ditolak pada PRU14 nanti.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

PM Najib & Korea Utara : Ada Yang Kecewa 9 Rakyat Malaysia Selamat !

April 06, 2017 Admin 0 Comments

PM Najib Razak telah mengotakan janji beliau untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di Korea Utara dengan selamat.

Kepulangan 9 rakyat Malaysia itu membuktikan skil diplomasi Najib Razak, Kementerian Luar Negeri dan kerajaan Persekutuan BN yang tinggi dan patut dipuji.

Saya telah menulis artikel tentang isu Korea Utara ini dan beberapa lagi pencapaian diplomasi Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN. ( Baca Sini )

Pembangkang menuduh kononnya cara pentadbiran PM DS Najib Razak melihatkan kelemahan ketara diplomasi negara dan meletakkan warga Malaysia berada dalam bahaya.

Kerajaan BN juga dituduh bertindak gopoh, bermegah, tidak mahu menggunakan pihak ketiga dan tidak bijaksana menghadapi konflik Korea Utara itu. Segala tuduhan puak pembangkang ini telah menyerlahkan kebodohan mereka sendiri.

Malah, kedua-dua negara masih tetap menjalani hubungan diplomasi negara walau pun telah bertegang buat seketika dek konflik kematian Kim Jong Nam. Memang mind boggling dan impresif apabila melihat kaedah diplomasi PM Najib Razak dan kerajaan BN Malaysia yang dapat mengekalkan status quo dengan sebuah negara asing yang dianggap keras dan tidak peduli dengan negara lain.

Segala tuduhan serkap jarang pembangkang ini ibarat ludah hijau yang terpalit balik ke muka puak pembangkang. Apatah lagi, puak pembangkang sering memburuk-burukkan nama baik Malaysia di luar negara dan sanggup sabotaj ekonomi negara sendiri.

Kemampuan Najib Razak dan kerajaan Persekutuan BN membawa pulang rakyat Malaysia melalui saluran diplomasi dan rundingan ini bukan sahaja telah mengecewakan puak pembangkang tetapi juga pihak luar negara!

Siapakah pihak luar negara yang kecewa dengan kemampuan kerajaan kecil Malaysia berjaya membawa pulang rakyatnya tanpa sebarang konfrontasi yang tidak diingini?

Sumber mendedahkan bahawa pihak luar negara itu adalah negara kuasa besar yang amat mengharapkan agar negara Malaysia terperangkap dalam mainan konfrontasi mereka. Konflik Kuala Lumpur - Pyongpyang ini diharapkan menjadi lebih besar impaknya dan berlarutan supaya pihak ini mempunyai alasan untuk menekan Korea Utara.

Kuasa besar ini juga amat mengharapkan agar kerajaan Malaysia membuat percaturan yang silap seperti yang diharapkan oleh puak pembangkang dan Korea Utara bertindak lebih keras dan kejam terhadap 9 rakyat Malaysia itu.

Bagi kuasa besar yang bermusuh dgn Korea Utara itu, nasib dan nyawa 9 rakyat Malaysia tidak penting, kata sumber itu. Tetapi bagi kerajaan BN Malaysia, setiap warga rakyat adalah aset negara dan kerajaan akan lakukan apa saja untuk memastikan keselamatan rakyatnya.

Kita juga menjangka media asing mengharapkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini, tetapi sebagai negara yang berdaulat, kerajaan Malaysia telah berjaya menyakinkan Korea Utara untuk membebaskan kesemua 9 rakyat Malaysia tanpa gagal.

Sumber juga mendedahkan bahawa proses rundingan berlangsung dgn penuh serius di mana kedaulatan Malaysia kekal selain mendesak 4 rakyat Korea supaya menyerah diri kekal kerana mereka adalah suspek.

Kerajaan Malaysia juga tidak tunduk dengan tekanan supaya kes pembunuhan Jong Nam diubah kepada mati biasa walaupun dipaksa oleh Korea Utara. Pendirian kerajaan Malaysia ialah kes akan tetap diteruskan dan 4 suspek kekal dlm Interpol Red Notice.

Kerajaan Malaysia juga tidak akan tarik balik siasatan kerana ianya melibatkan undang-undang negara dan kedaulatan undang-undang.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

TIBA-TIBA SAHAJA RAFIZI RAMLI JADI SEBODOH-BODOHNYA APABILA ISU MEMBABITKAN PENYELEWENGAN SPLASH BERNILAI RM3 BILION DIDEDAHKAN!!!

April 05, 2017 Admin 0 Comments

Rafizi Ramli mempamerkan kepelikan luar biasa apabila dia menyatakan, DIA TIDAK TAHU MENAHU LANGSUNG tentang urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengurusan Air Selangor (SPLASH) walaupun dia sendiri dilaporkan kepada SPRM berhubung penyelewengan dan rasuah di dalam urusniaga berkenaan.

Ahli Parlimen Pandan yang dikenali sebagai PROFESOR SERBA TAU walaupun tahunya itu lebih banyak fitnah berdasarkan fakta yang diputarbelit, tiba-tiba menjadi BODOH, BANGANG, BENGAP dan TOLOL apabila membabitkan isu yang melibatkan PKR dan Pakatan Selangor.

Dari isu 1MDB, Derma Politik RM2.6 bilion, pengambilalihan Eagle High oleh FELDA bernilai RM2.1 bilion, kebankrapan Tabung Haji, kebankrapan Tabung Angkatan Tentera dan sebagainya, Rafizi Ramli tahu segala-galanya. Malahan dia langsung tidak takut dan tidak serik walaupun akhirnya dia mengaku, dia 'hanya bergurau' bagi fitnah-fitnah yang dibuatnya, di mahkamah apabila disoal.

Dalam isu SPLASH, Rafizi Ramli kata, dia tidak tahu menahu.

Alasannya sangat mudah, selepas Azmin Ali mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Abdul Khalid Ibrahim, dia tidak lagi terlibat secara langsung dalam urusan pembelian syarikat konsesi itu.

Habis tu, isu-isu yang dibangkitkannya selama ini dan dia cuba menjadi juara, dia terlibat secara langsung ke?

Hari ini GERAKAN Selangor membuat laporan kepada SPRM dan seperti biasa, untuk berlagak macho, Rafizi mengalu-alukan laporan tersebut. Bagaimanapun, katanya, pihaknya perlu terlebih dahulu menyemak kembali fakta mengenali pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Menurutnya lagi, dia tidak tahu apa nilai yang telah dipersetujui tetapi secara jelas RM200 juta adalah nilai yang ditawarkan oleh pentadbiran sebelum itu (Khalid Ibrahim).

GERAKAN Selangor menggesa SPRM menyiasat Rafizi Ramli kerana mungkin terlibat dengan rundingan pengambilalihan aset air Selangor sehingga wujud konflik kepentingan. Pengerusinya, David Ang Chin Tat berkata, Selangor telah meluluskan RM2.7 bilion untuk pengambilalihan ekuiti SPLASH iaitu 11 kali ganda lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh Khalid Ibrahim. 

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Penyokong DAP Makin Kurang Ajar

April 05, 2017 Admin 0 Comments

Nampaknya makin lama puak-puak ni makin kurang ajar dan biadap..Kalau dulu mereka berselindung apabila melakukan kerja-kerja jahat..tetapi nampaknya mereka semakin berani menunjukkan belang mereka..Adakah mereka fikir negara ini mereka yang punya???

Yang terbaru seorang budak cina telah memuatnaik sebuah posting di FB miliknya yang agak keterlaluan dan kurang ajar..

Jika kita lihat dari posting-posting si Alven biadap ni ..Kita boleh nampak bahawa di penyokong DAP..EP tidak pasti sama ada dia terlibat secara langsung dengan parti tersebut atau hanya penyokong tegar,..

Apa yang pasti sikap yang ditunjukkan oleh si biadap ini tidak boleh diterima sebagai rakyat Malaysia..Sikap kebencian yang melampau sehinggakan meminta Ketua Polis Negara ditembak mati..Bukankah sikap seperti ini merupakan sikap yang ditanam oleh DAP kepada rakyat Malaysia..Menghasut rakyat Malaysia supaya benci pada PDRM dan juga Kerajaan Malaysia..

EP harap si Alven biadap ni akan dikenakan tindakan undang-undang yang berat agar perbuatannya akan menjadi pengajaran kepadanya dan juga seluruh rakyat Malaysia.. Bukan dilepaskan dengan meminta maaf..Jika tidak puak-puak DAP ini tidak akan takut dan akan melakukan perbuatan yang sama di masa hadapan..

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

23 KEBAIKAN NAJIB RAZAK YANG PATUT DISEBARKAN.

April 04, 2017 Admin 0 Comments

"Tang hat kat mana najib LEBIH baik dari tun??.. huraikan 1per1..." Saya jawab:-

1. Tidak menyekat kebebasan bersuara

2. Tidak mengamalkan ISA.

3. Tidak mengamalkan kronisme di mana perjanjian atau konsesi adalah berat sebelah kepada pihak kroni.

4. Tidak mengamalkan sistem subsidi yang juga menguntungkan kroni.

5. Tidak mengamalkan dasar luar negara yang berasaskan pergaduhan.

6. Tidak mengamalkan sistem bercukai tinggi untuk melindungi secara artificial sesuatu perniagaan. 

7. Tidak mengamalkan sistem subsidi yang menelan berbilion ringgit dan distort market prices and competitiveness of Malaysia's economy.

8. Tidak mengamalkan kebergantungan yang berlebihan ke atas sebuah negara luar (Jepun).

9. Tun M membina terlalu banyak IPTA - quantity versus quality. Sekarang DSN perlu mengadakan kursus2 untuk "memulihkan" graduan-graduan agar dapat pekerjaan.

10. Membantu rakyat secara terusab dan tidak seperti Tun M yang membantu kroni dengan harapan dengan trickle-down theory akan membantu rakyat.

11. Tidak bail-out syarikat2 kroni dengan duit kerajaan.

12. Sebagai presiden UMNO, tidak mengamalkan sistem kuota untuk mempertahankan kedudukan jawatan presiden.

 13. Membuka hak mengundi untuk jawatan presiden kepada kesemua ahli cawangan dan buka hanya kepada ketua-ketua bahagian sahaja.

14. Tidak mengamalkan rundingan terus untuk projek besar2. 

15. Tidak membiarkan kroni-kroni membolot projek dan peluang perniagaan.

16. Tidak memulau atau memecat sesiapa yang menentang atau memutuskan peluang pekerjaan atau perniagaan kepada yang menentang.

17. Tidak rakus meminda perlembagaan untuk memusatkan kuasa kepada jawatan PM.

18. Tidak main dengan rizab asing negara hingga melibatkan kerugian berbilion ringgit.

19. Tidak memberi lesen dan konsensi kepada kroni.

20. Membantu kesemua bangsa dan suku kaum.

21. Membangunkan Sabah dan Sarawak agar mereka dapat meningkatkan tahap pembangunan seiring dengan Semenanjung.

22. Membangunkan negeri-negeri pantai timur agar tahap pembangunan seiring dengan pantai barat.

23. Tidak menunding jari kepada "bogeyman" seperti Yahudilah, Singapuralah, Amerika Syarikatlah, negara barat lah untuk mengalihkan perhatian untuk apa-apa pergolakan dalam negara.

Ok, penat dah nak taip.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Jawapan Kepada Tuduhan Kononnya KWSP Rugi.

April 04, 2017 Admin 0 Comments

Beberapa bulan dahulu, Pakatun termasuk blogger Mahathir Outsyed the box kata KWSP rugi RM575.8 juta dalam FGV.
Depa tipu lagi.
Rupanya, kerugian bersih KWSP dalam FGV ialah RM97.23 - iaitu kerugian kasar RM203 juta tolak dividen diterima oleh KWSP dari FGV sebanyak RM105.77 juta.

Kerugian RM97.23 merupakan 0.26% dari pendapatan RM37.08 bilion KWSP untuk tahun 2016 - ataupun hanya 0.013% dari jumlah asset RM731.11 bilion KWSP pada akhir tahun 2016
FUNGSI KWSP ialah untuk melabur pelbagai kelas aset. Melabur ada untung dan ada rugi tetapi secara keseluruhan, keuntungan KWSP baik.
Pada masa yang sama KWSP labur dalam FGV, KWSP juga untung RM2.1 bilion (sebelum kira dividen) dalam saham IHH yang disenarai pada masa yang sama dengan FGV
- Kerugian kasar RM97.23 juta ataupun kerugian besar RM203 juta pun tidak cukup untuk membayar kos RM305 juta wang rakyat untuk laporan Terowong projek kerajaan Pulau Pinang yang kini hanya 87% siap selepas 4 tahun. (Macai2 pun tak bising tentang ini).
LSS

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Trying To Trigger Racial Tension, Netizens Slam Teresa.

April 04, 2017 Admin 0 Comments

This comment was for a Teresa Kok's post that is trying to fan religious anger.
She wrote: "In Malaysia, non-Muslims being described as karfi harbi (non-Muslims who kill Muslims in a war in an Islamic state) by Imam, but no action taken against them ....

A brave lady who had voted for DAP several times before expressed her view that DAP posts such as these serves to divide the nation, incite anger, promotes negativity and does nothing good for the country.
Immediately after saying that, she gets attacked by the RBA - a favourite communist-era tactic employed by DAP to silence dissent among their supporters.
Later on, thhe replies "Will appreciate the respect of voices. One which you had just attacked by accusing me indirectly being ignorant, truth denying, small minded, and country ruining. Kindly remind me if i had missed anything out. Interesting turn of events.
If the only way one can express a view (like yours) is by trying to belittle me by asking me whether do i know something or not, something like spreading of awareness. Then all i can say is, i just made a right decision of steering clear of this crowd of people. Your comment had further confirm it. "
She got quite a bit of support from likes as well as people commenting too.
Looks like certain neutrals or DAP supporters are waking up to DAP's usual use of race/religion issues to incite and create hatred already.

0 comments:

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

ADAKAH AZMIN ALI BERMORAL TENTANG RM3 BILION SPLASH

April 04, 2017 Admin 0 Comments

Tulisan mantan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
"ADAKAH AZMIN ALI BERMORAL TENTANG RM3 BILION SPLASH?"
Suka saya nyatakan kepada Dato’ Menteri Besar bahawa sikap moral hendaklah digunapakai secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan pengurusan negeri. Jika beliau kononnya mengenakan nilai moral yang tinggi di dalam isu pemberian pampasan bernilai RM2.7juta, beliau juga perlu mempunyai sikap yang sama dalam hal yang lain termasuk dalam isu yang jauh lebih besar yakni pembayaran kepada SPLASH.
Saya ingin bertanya adakah ianya bermoral bagi seorang Menteri Besar (MB) itu bersungguh-sungguh untuk mendapat kembali wang pampasan RM2.7 juta kepada bekas pegawai namun bersungguh-sungguh pula untuk membuat bayaran RM3 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta?
Adakah ianya bermoral bagi seorang MB membelanjakan ratusan juta ringgit membayar juruperunding undang-undang dan kewangan serta jurunilai semata-mata mahu menyediakan satu laporan yang menjustifikasikan lebihan bayaran kepada SPLASH?
Adakah ianya bermoral bagi beliau selaku MB mengalihkan beban kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelewatan beliau menyelesaikan penstrukturan semula industri air Selangor setelah gagal mendapat dana untuk membayar lebihan RM2.7 billion kepada SPLASH?
Adakah ianya bermoral bagi seorang MB yang sengaja tidak mahu mengenakan atau menyemak semula “bulk service rate” terhadap SPLASH sedangkan perkara tersebut boleh beliau laksanakan sementara menunggu penyelesaian pengambilalihan yang mana beliau amat sedar dengan kegagalan beliau berbuat demikian SPLASH telah menikmati keuntungan melebihi RM400juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai?
Dan adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?
Dalam pada saya amat pasti rakyat Selangor dapat memberi jawapan yang betul kepada persoalan di atas, saya yakin Menteri Besar Selangor tidak berani untuk berdepan dengannya.
Dalam isu moral dan pembayaran ke atas Splash hingga meningkatkan beban negeri dan rakyat, saya yakin pimpinan dari PAS dan mungkin Umno boleh membincangkan dengan mendalam dan terperinci.
Rakyat Selangor memang menyokong MB dan kepimpinan negeri jika berpandukan kepada rating yang dikeluarkan Agensi yang dibiayai kerajaan negeri, justeru adalah menjadi tanggungjawab moral bagi MB memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Selangor dan berhenti mengisi tembolok syarikat konsesi apatah lagi jika mengamalkan sikap tidak bermoral dengan menyelam sambil meminum air dengan turut sama menikmati habuan laba.
YB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM